Sunday, February 9, 2025

Cerita masa berangkat

 Syukur Alhamdulillah, bila terbitnya entri baru ini, maka saya selamat berada semula di rumah saya di Perak. 

Saya akan kongsikan cerita atau pengalaman saya, mengikut hari. Kalau tunggu lama, takut lupa pula. Untuk rujukan saya juga di kemudian hari.

Saya bermula dengan entri ini, dengan cerita saya bertolak ke Madinah pada 27 Januari 2025 yang lalu.

Untuk pengetahuan pembaca, ini adalah perjalanan pertama saya ke luar negara. 😊

Saya pergi bersama kakak-kakak saya. Kakak sulung dengan murah hati sponsor kesemua perbelanjaan. Kecuali barang persiapan lah, beli sendiri. 

Dihantar ke airport oleh suami dan Amirul (anak sulung saya), sebelum subuh lagi. 

Bila sudah check in bagasi, diberi nametag oleh agensi pelancongan kami, maka kami pun bergerak ke lounge, setelah cakap selamat tinggal pada suami dan Amirul. Kakak sulung cakap, alang-alang ke luar negara buat kali pertama, biarlah kami rasa seronok dan selesa sikit. Masya-Allah. 

Maka nikmat Tuhanmu yang mana lagi yang kamu dustakan.

Allah jemput bila kita nak. Mampu ke, tak mampu ke, tolak ke tepi. Saya cuma minta izin pada suami, sama ada dia izinkan saya tak, untuk tinggalkan keluarga 2 minggu untuk mengerjakan umrah? Bila suami izinkan, saya terus cakap ya pada kakak sulung. Dan semuanya dipermudahkan. Kalau ikut kemampuan saya sendiri, saya tak rasa saya akan sampai ke sana.

Kok (kakak sulung) dan Atam (kakak tengah) terus ke surau, untuk tunaikan solat subuh. Saya tinggal bersama hand carry luggage kami, jaga. Bila di airport, memang tak boleh tinggal beg begitu saja. Takut orang masukkan sesuatu dalam bag kita. Saya uzur. Nanti saya akan ceritakan lebih lanjut tentang hal ini, entri demi entri. 

Pemandangan dari tempat duduk di lounge

Di Golden Lounge ni, sangat selesa. Tempat duduk sofa, macam-macam bentuk, yang ada meja tepi, yang ada meja depan, dan lain-lain. Ada hidangan buffet macam di hotel, bilik air dan tandas, surau. 

Nap area atau tempat tidur pun ada.

Boleh tinggal pesan pada pekerja situ, untuk gerakkan kita kalau takut terlepas masa untuk boarding. Saya ada try duduk 5 minit, saja test. Memang selesa. 

Sarapan saya, scrambled egg.

Banyak lagi makanan lain. Nak makan, makan la, ambil lagi. Tapi simpan sikit perut sebab dalam kapal terbang pun ada makan lagi, Kok kata. Masya-Allah...

Atam sempat tidor setengah jam di nap area. Saya sempat beberapa kali pergi ke tandas. Baik kosongkan, sebab nanti dalam kapal terbang dah dry toilet, takut tak puas. Dipendekkan cerita, tibalah masa untuk boarding.

Tempat boarding.

Masa ni, nampak pramugari dan pilot lalu. Flight AMAL by Malaysia Airlines. Pramugari semua pakai tudung. Comel-comel.

Tak lama duduk sini, tibalah masa bergerak masuk ke kapal terbang. 

Saya duduk sebelah Atam. Letak hand carry luggage di compartment atas, dengan bantuan pramugari. 

Menu di tepi kerusi, boleh laras tempat duduk.

Boleh letak handphone kat tempat berjaring tu, ada remote untuk tv, tempat cucuk headphone, dan lampu.

Ruang kaki yang luas

Bila duduk tegak, kedudukan kami macam dalam gambar atas. Bila posisi tidur, masih banyak lagi ruang di depan.

Pemandangan semasa baru berlepas.

Penerbangan dijangka mengambil masa selama 8 jam 50 minit untuk tiba di Madinah. Walaupun ada Wifi dalam kapal terbang, tapi saya tak main handphone pun.

TV di tempat duduk

TV saja sudah ada macam-macam menu. Boleh mengaji, tengok movie, tengok tv, dengar lagu dan check kedudukan lokasi kapal terbang kita di mana.

Tak lama kemudian, sudah dijamu dengan hidangan pertama.

Sate. 😋

Lembut ye, sate ayam dan daging. Kuah pun sedap! Ada tuala lembab. Juga coklat dalam ada kurma. Dia ada bagi menu untuk dipilih, nak makan apa.

Hidangan kedua

Saya dah lupa apa nama menu ni. Tapi yang kanan tu, ikan salmon ada cream cheese. Ada biskut raisin. Juga pencuci mulut, macam mousse. Lupa apa nama dia. Semua sedap. Masa ni, saya sudah kenyang. 

Hidangan utama

Nasi bersama fish patties dan sayur. Saya tak dapat habiskan nasi, ratah lauk je sampai habis. Masya-Allah... rejeki Allah bagi.

Ada pengumuman dari kapten masa masuk waktu solat zohor. Dia ada bagi satu beg kecil mengandungi toiletries dan botol wuduk. Boleh solat di tempat duduk masing-masing.

Selang beberapa jam, ada pengumuman untuk senaman dalam kapal terobang.

Senaman kaki

Kita ikut sajalah, ye. Sebab banyak duduk. Nak berjalan ke sana-sini tak boleh, kecuali ke tandas. Sebab kadang ada turbulence, kena duduk dan pasang tali pinggang. Membantu juga senaman ni. Takde la kebas bontot duduk lama.

Pastu, boleh la berehat. Saya tak boleh tidur pun. Saya siap dengar bunyi orang berdengkur selang beberapa kerusi. Dalam 2-3 jam sebelum nak sampai, dia bagi makan lagi.

Buah-buahan, coklat dan manisan.

Kurang sejam lagi nak sampai bumi Madinah, berikut adalah view dari tingkap kapal terobang.

Tiada pokok.

Tak lama pun, mendarat lah dengan selamat. Alhamdulillah, selamat sampai di bumi Madinah. Saya sambung kemudian ye. Jumpa lagi. 💗

6 comments:

  1. Alhamdulillah dh selamat pulang.... seronok dpt merasa pengalaman naik business class

    ReplyDelete
  2. Seronok saya baca, dah lah ada yang menaja, business class pulak tu. Memang sangat selesa dan tak sempat lapar ya. hehe

    Alhamdulillah rezeki dari Allah.

    ReplyDelete
  3. Syoknya ditaja biz class. Memang betul2 rezeki tu Allah nak bagi.

    ReplyDelete
  4. Huiyo naik kelas perniagaan. Moga murah rezeki kakak pertama.
    Sayapun ada angan-angan untuk naik kelas pertama atau perniagaan. Insya Allah.
    Alhamdulillah atas nikmat yang Tot dapat.

    ReplyDelete
  5. Sukur selamat sampai. Terima kasih share foto2 intro ni.
    Tak sabar tunggu sambungan dengan foto2 yg boleh membangkitkan kerinduan

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah selamat kembali ke tanah air.
    Semoga bertambah rezeki kok ye asbab sponsor adik²nya ke tanah suci

    ReplyDelete