Cerita umrah disambung dengan benda berlaku pada hari Ahad, 2 Februari 2025. Jemaah dibawa ke Masjid Sayyidatina Aisyah di Tanaim, untuk menunaikan solat sunat ihram serta bermiqat dan akan melakukan umrah kedua.
Saya yang masih uzur, tidak turut serta, begitu juga roomate lagi sorang, Kak Didi, pun tak join. Kok dan Atam pergi. Tapi Atam tu berbelah bahagi semasa awal pagi, sebab dia rasa tak sedap badan, sakit tekak dan macam nak demam. Lewat-lewat sikit, semasa bas rombongan mereka kembali ke depan bangunan hotel, Atam turun bas dan balik ke bilik. Dia tak niat ihram pun, sebab macam tak larat. Kok proceed seorang dengan ahli jemaah Bas 1 yang lain.
Masa tu, Kak Fatin pun tak sihat. Sampai Mekah ni, ramai juga jemaah yang mulai batuk-batuk. Saya dan Kak Didi pergi ziarah Kak Fatin di bilik. Rupanya, tak semua bilik sama besar di tingkat kami tu. Bilik Kak Fatin lagi besar, takde la sempit macam bilik kami. Rezeki masing-masing.
![]() |
View dari tingkap bilik Kak Fatin |
![]() |
Yang kawasan bercahaya sebelah kanan, situ kawasan dataran Masjidil Haram. Masuk waktu solat je, penuh orang. |
Tak lama lepas tu, Kak Fatin rasa lebih sihat, dia ajak jalan-jalan ke Makkah Tower. Dia ada nak cari barang sikit. Jika semalam kami jalan di Safwa Tower, yang belah kanan Clock Tower. Hari ni, kami jalan ke bangunan sebelah kiri Clock Tower pula, iaitu Makkah Tower.
Pun sama macam Safwa Tower, tempat shopping juga Makkah Tower ni, tapi lebih tersusun dan kurang sesak, banding Safwa Tower.
Jalan-jalan tengok kedai dari tingkat ke tingkat, jumpa supermarket.
![]() |
Panda Supermarket |
Di Clock Tower pun ada supermarket juga, di tingkat 4 mall. Saya siap buat perbandingan harga. Supermarket Panda ni, harga dia slightly murah. Macam air Laban tu, di supermarket Clock Tower harga 3 Riyal botol kecik, yang di supermarket panda ni, harga 2 Riyal je.
Air Laban tu, minuman yogurt yang popular di Timur Tengah. Sini kadang kita tak cukup air, susah nak membuang. Air yogurt ni la jadi penawarnya. Ia sumber probiotiks.
![]() |
Laban yogurt drink |
Ada perasa asli, mangga, strawberry dan lain-lain. Saya tak boleh minum ni. Bila minum, perut keriuk-keriuk, banyak angin, sejenis lactose intolerance. Beli untuk kakak-kakak.
![]() |
Saya, dalam supermarket Panda. |
Saya beli lemon. Kok suka buat air lemon. Di Madinah, boleh ambil buah lemon di dewan makan hotel. Di Mekah, takde buah disajikan. Jadi, beli untuk Kok. Cuma ada lemon yang sudah dibungkus sebegini, harga 6 Riyal. Kalau ada yang kita boleh pilih, takdelah beli banyak macam ni. Ambil 2 biji dan boleh timbang dan bayar. Tapi tiada tempat sebegitu dalam pasarayanya. Semua benda sudah dipack.
Selamat beli barang, keluar balik dalam mall dia, jalan-jalan cuci mata lagi. Kak Didi juga cari sejadah yang ada orang kirim.
Special salah satu bumbung dia, bahagian atas ada air. Takde pula kami ke luar untuk lihat camana rupa dari luar.
Ada bank juga di tingkat bawah, jadi boleh bawa keluar duit, jika anda aktifkan kad bank anda untuk guna international.
Antara bangunan Clock Tower dan Mekkah Tower, ada satu tempat lapang macam dataran. Di situ, ramai orang duduk lepak. Saya sertakan video kawasan tersebut di bawah.
Kredit video: Kak Didi
Boleh nampak Masjidil Haram di depan tu je.
Di kawasan dataran antara Clock Tower dan Makkah Tower ni, orang selalu buat program sabeel. Kadang boleh nampak orang beratur panjang sini. Untuk apa? Untuk ambil makanan yang orang sedekah, boleh jadi set nasi dengan air, kurma, dan lain-lain. Semasa di Malaysia, biasa dengar masa sedekah, orang cakap Fisabilillah. Sabeel tu, lebih kurang seperti beri orang makan di jalanan.
Memang ada orang tidur di kaki lima, berehat di kaki lima kedai kawasan situ. Kok kata, kebanyakannya gelandangan. Ini, saya tak pasti, ye. Saya rasa, boleh jadi juga mereka punya hotel jauh dari masjidilharam. Nak berulang alik setiap kali waktu solat, penat kot. Jadi, nak berlunjur atau berehat dalam masjidilharam lama-lama tak boleh, ramai yang berehat di dataran.
Ada satu restoran bahagian bawah Clock Tower, Kak Fatin pergi dan cakap pada orang restoran tu, nak buat Sabeel, dan dia on the spot boleh sediakan.
![]() |
Set nasi bersama lauk ayam, siap dibungkus dan nak diagihkan untuk sabeel |
Saya kongsikan di sini, sebab saya baru tahu tentang sabeel ni. Jadi, pada pembaca yang tidak tahu macam saya, sekarang anda dah tahu. Agensi kami ada juga kumpul duit ramai-ramai untuk buat sabeel, dan kalau kita nak buat sendiri pun, tak ada masalah.
Bila set makanan dan air sudah sedia, orang restoran tu yang tolong agihkan pada orang-orang di dataran, tak sampai satu minit, habis licin semua. Sekejap, je. Pertama kali saya dapat tengok, Alhamdulillah.
Lepas tu, kami pun balik ke bilik. Kok yang pergi buat umrah kedua pun tak lama kemudian, tiba di bilik juga. Dia bawa balik pizza besar sekeping.
![]() |
Pizza beli di tingkat 3 Clock Tower. Ada kedai pizza arab. |
Cukup masa untuk makan tengahari, Kok suruh turun makan di dewan makan.
Saya ambil nasi arab, lauk ayam kicap dan ikan masak tempoyak tanpa tempoyak. Nampak macam masak tempoyak, tapi bila rasa, macam masak asam rebus.
Selesai zohor dan berehat sebentar, ikut Atam ke klinik. Walaupun kami pergi umrah guna visa pelancong, tapi kita boleh top-up beli insurans perjalanan, kena bayar lebih. Kalau visa umrah, dia sekali dengan insurans. Visa pelancong, tidak. Insurans perjalanan oleh Takaful Ikhlas, boleh claim sehingga RM1000 untuk pesakit luar. Jadi, rugilah ada insurans tapi malas pergi ambik ubat. Haruslah, ok.
![]() |
Teman Atam jumpa doktor di Albayt Medical Center. |
Pusat perubatan ni, lokasinya satu tingkat dengan hotel kami di bangunan Clock Tower. Tak ramai orang pun, semua urusan berjalan lancar, Alhamdulillah.
Bila doktor sudah periksa, dia bagi presription ubat, dan bagi info mana kami harus pergi. Farmasi dia ada di tingkat minus 1.
Bagi saja kertas presription tu, ahli farmasi tu bagi ubat dan terangkan cara makan, settle. Tak perlu bayar apa-apa dah.
Masa on the way ke farmasi tu, tiba ternampak ada supermarket BinDawood. Haruslah singgah.
Lepas Atam tak sihat, diikuti dengan Kok, lepas tu, kak Didi. Satu bilik kan, agak susah la kalau tak terjangkit. Saya last sekali, esoknya nak balik Malaysia, barulah ada rasa sakit tekak. Sekian cerita pada 2 Februari 2025 yang lepas. Sambung di lain entri pula. 💗
Tengah²hari ni bestnya kalau ada orang sabeel makanan kat saya, heheheh.
ReplyDeleteHehe... kannn... :D
Deletelady perasan, mertua lady pun kalau balik dr mekah atau di mekah mmg badan x sihat .. batuk2.. tapi kuat ... semoga Alalh permudahkan semuanya kan...
ReplyDeleteYa, betul. Sana walaupun kurang sihat seperti demam dan batuk, tapi ada kekuatan untuk pergi masjid lagi la. Kalau kat Malaysia, mau melepek atas katil. Hehe..
Deleteooh..tu beza antara visa umrah dengan visa pelancong. Insurans.
ReplyDeleteKalau pergi tempat orang ramai sesak, memang possibility tinggi kita kena jangkitan. Susah nak elak, cuma kena sedia ubatan untuk rawatan segera.
Ye, Ujie.
DeleteBetul. Orang pula sudah kurang yang pakai facemask bila sakit. Jadi, terjangkit juga.
Baru tahu ada dataran di tengah.
ReplyDeleteBiasa ujian sakit di Makkah.
Ye la, Na, Mekah memang banyak perubahan. Tapak pembinaan pun masih banyak yang in progress. Entah-entah pergi lagi sekali, dah lain rupanya.
DeleteBanyak beza harga tu. Sakit apa tu? Sebab perubahan suhu dan cuaca ke?
ReplyDeleteSakit tekak, demam, batuk dan selsema.
DeleteMungkin, kot. Ramai yang mulai kurang sihat bila di Mekah.
ikan masak tempoyak tanpa tempoyak? Puas uncle visualkan dalam kepala. 😂
ReplyDeleteHehehe... kat Mekah sana, susah nak dapat tempoyak kot, uncle. Dia jadi kurang kick la, lauk tu.
DeleteSy dulu suka ke Ben Dawood, beli susu tin, kicap & cili, ingat lagi moment tu...
ReplyDeleteWah... kalau bilik ada dapur, best juga, beli barang-barang groceries di Bin Dawood yek. Masak nasi je.
DeleteAlhamdulillah..suka baca pengalaman umrah kawan-kawan
ReplyDeleteTerima kasih, kak. Alhamdulillah.
Deletecuaca disana panas dan keringkan...tu yg mudah sakit tekak, batuk tu
ReplyDeleteYe, betul, Ammi.
DeleteSabeel masa kami pergi, ustaz dan mutawif yang uruskan semua. Bagus ni boleh nak buat sendiri jugak. Lauk Tempoyak di Mekah? First time dengar.
ReplyDeleteAda, yang agensi uruskan. Yang itu, dapat kumpul lebih banyak makanan untuk diagihkan.
DeleteYe, rupa dia tak ubah macam ikan patin tempoyak. Tapi bila rasa, oh, rupa je sama, tapi rasa, lain. Hihi...
Thank you sharingnya kak, terutama yg tentang sabeel ini. Semoga ada rezeki saya bisa umroh lagi dan menyediakan makanan utk sabeel juga.
ReplyDeleteSayang lagi pada sakit yaaa. Tp kalo ada insurance , yalah better digunakan. Tak usah bayar lagi sebab nanti hospital sana yg lgs claim dari insurance kah?
Sama-sama, Fanny. Semoga ada rezeki Fanny pergi umrah lagi nanti. Amin.
DeleteYa, medical center itu claim dari insurans kita. Kita tak perlu risau lagi tentang apa-apa bayaran. :)