Lauk simple

 Lepas mandi selepas berkebun, masuk dapur pula. Sulaiman sorang yang ada di rumah. Antara ketiga-tiga anak, Sulaiman la yang paling kurang cerewet. Masaklah apa saja, semua dia makan. Takde komplen-komplen. 

Bawang merah, bawang putih dihiris, bersama cili api, diketuk.

Masak sardin je hari ni. Tumis-tumis bahan dalam mangkuk, dan masukkan sardin.

Lama tak makan sardin. Last makan, masa pergi berkhemah dengan kakak. Bila camping, masak apa pun sedap. Hihi.

Dah siap. Ada 4 ketul ikan sardin dalam tin sardin kecil.

Sardin dan telur dadar berpisah tiada.

Telur dadar.

Alhamdulillah. 💗

26 comments:

  1. sardin dan telur dadar mmg regu terbaik dan mmg menu wajib masa camping

    ReplyDelete
  2. Nampak gebu sedap telur dadar tu. Cer Tot share macam mana nak buat gebu gitu?

    Bestnya awak pergi camping. Saya dah bertahun tak camping, entah-entah dah reput khemah 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh, boleh. Kalau nak makan 3 orang, pecahkan extra sebiji, iaitu 4 biji pecah telur, pukul sampai kembang, letak lada sulah. Minyak lebih, barulah telur tu gebu. Api besar. :D
      Alamak, sila, sila. :D

      Delete
  3. Kombo yg x dpt dipisahkan... sardin & telor dadar... sebulan sekali mesti ada mkn lauk sardin... kekadang mmg teringin nk mkn yg simple mcm ni... lauk zaman belajar dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... simple tapi sedap. Sila, sila, kakmim.

      Delete
  4. salam kak, lady tercari2 akak rupanya akak di sini... knp dgn blog akak kait n lari ek...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam, Lady. Akak ada cerita lebih lanjut di entri ni..
      https://hiduptot.blogspot.com/2025/01/tot-adalah-nur.html

      Delete
  5. Pasangan yang sangat ideal tu, sardin dan telur dadar. Sedap.

    ReplyDelete
  6. Saya pun gini lah. Kena ada telur dadar baru lah lengkap menu sardin.

    ReplyDelete
  7. Sadin dah jadi bahan mewah tau sekarang....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, uncle. Satu tin besar RM8 hingga RM10. Sama macam ikan bilis. Pun dah mahal sekarang. Eh, semua la mahal sekarang. Hihi..

      Delete
  8. Bagus Sulaiman tak cerewet makan, senang mama masak ikut selera mama pun ok, kan. Sy pun kalau tak ada yg cerewet mesti suka masak sardin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, betul. Alhamdulillah. Itu la, simple dan cepat siap.

      Delete
  9. Lauk sardin sedap. Dahulu masa budak-budak saya cerewet makan maka lauk sambal sardin selalu dimasak.

    ReplyDelete
  10. Langsung ingat saya ada stok sardin ayam brand. Cuma brand ini saja yg sardinnya bisa saya makan. Lain tak bisa. Amis sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, begitu. Di indonesia juga, ada jual sardin ayam brand ya, Fanny?

      Delete

Powered by Blogger.