Friday, December 20, 2024

Kutip sayur

 Hari ni, ada kutip sayur sikit.


Ada 2 jambak sawi jepun atau pak choy, dan beberapa bayam. Sebab semalam hujan on and off sampai ke pagi, risau juga ulat hijau tu datang menyerang. Baik kita kutip dulu, walaupun sayur-sayur ni boleh besar lagi. 


Tumis bawang putih dicincang guna olive oil. Pecah telur 2 biji. Lepas telur masak, baru masukkan sayur. Saya letak black pepper sikit. Garam tak letak.

Alhamdulillah. 💗

Semai cili besar

 Cili besar atau cili hidup.

Cili padi hijau sudah pun naik beberapa anak pokok. Hari ni, kita tanam cili hidup pulak.

Biji cili

Hari tu masa masak lauk, ada guna cili sebiji. Teringat yang saya masih belum ada pokok cili hidup ni. Jadi, saya pun keluarkan la biji. Sudah keringkan 2-3 hari.


Sepatutnya, semai dalam polibeg. Tapi, tanah hitam saya pun tak berapa nak banyak. Jadi, guna pasu kecik-kecik ni je, yang saya beli di kedai Eco.

Ada 6 pasu kecik, semai cili hidup.

Bagi dia kawan dengan pokok kacang panjang. Nanti dah besar, boleh transfer tempat lain.

Setakat ni, saya gagal lagi untuk tanam cili hidup ni. Kalau cili padi, berjaya, dah banyak kali tuai dan guna untuk masak. Marilah kita tengok kali ni, dia jadi pokok ke, atau berjaya buah ke tidak. Ada sekali dulu, tumbuh, tapi pokok diserang bena putih tu, mati terus, tak sempat keluar hasil. 

Tumbuh dengan subur ye, cili hidup. Cili besar mahal, oi. 💗

Manjanya dia

 Pagi tadi masa keluar berjalan-jalan hirup udara pagi, ada kucing datang dekat.


Alahai... nak minta manja. Usap-usap sikit kepala kucing, lepas tu sambung jalan, tengok belakang, dia ikut kita.

Celah kaki kita pun dia lalu

Sihat dan sedang bunting kucing ni. Kucing jalanan, yang tinggal di sekitar taman rekreasi dekat rumah.

Sini ramai je yang bagi makan kucing jalanan. Kalau tak catfood, yang bagi ikan segar pada kucing pun ada, sebab ada juga orang memancing.

Sampai twist-twist badan layan budak manja ni.

Terapi juga melayan kucing ni, bila dia start bunyi pur-pur. Agak jauh juga kucing ni ikut saya. Lepas tu, bila dia dah penat, saya toleh belakang, dia sudah berhenti duduk. Jumpa esok, kucing, Insya-Allah.

Jalan-jalan di hari Jumaat yang mulia.

Jarak: 6.07 kilometer

Durasi: 1 jam 29 minit

Kalori burn: 313

Esok hari Sabtu. Pembaca sekalian ada yang nak pergi bercuti ke mana-mana? 💗

Thursday, December 19, 2024

FAIRUS Buat Giveaway

 Saya pun nak join.


Kenapa saya suka kunjungi blog Fairus Mamat?

Saya masih baru dalam dunia blogging. Jadi, tujuan saya adalah ingin membanyakkan connection antara bloggers yang ada. Ini adalah kerana, saya rasa, macam dah tak ramai orang suka berblog sekarang ni. Orang lebih bergiat aktif di media sosial seperti tiktok, IG dan FB. Gitew.

Tarikh akhir giveway ni adalah 31 Disember 2024. Jika ada pembaca yang ingin turut serta, boleh klik sini. 💗

Jalan Khamis

 Dengan keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang, agak susah juga nak keluar pagi untuk berjalan kaki, keluar peluh. Macam pagi tadi, tengah berjalan, hujan turun. Tapi hujan halus, jadi redah saja. Nasib baik pakai topi. Bila jalan ke depan jauh sikit, sudah tak hujan.

Awan mendung menyelubungi bukit.

Dari pengalaman saya sendiri, jika kita konsisten berjalan, paru-paru boleh clear. Saya sekarang masih batuk, sejak balik dari KL hari tu. Tapi sekarang sudah kurang batuk sikit la. Kurang suka sangat bergantung pada ubat batuk yang doktor bagi. 

Pagi tadi, keluar awal pagi. Cepat pergi, cepat habis. Suami nak out-station pukul 11 pagi.

Hari masih gelap masa mula berjalan.

Waktu mula sampai di taman rekreasi dekat rumah, jam 6.47 pagi.

Jalan Khamis

Jarak: 5.19 kilometer

Durasi: 1 jam 16 minit

Kalori burn: 269

Alhamdulillah. Diberi nikmat sihat oleh Allah. 💗

Wednesday, December 18, 2024

I did it!

 Hari tu, aku dah berhenti minum kopi. Cukup seminggu, aku teman suami lepak sambil mengopi. Takkan order kopi untuk dia je, aku pun order la americano tanpa gula.


Rasa dah tak sedap, wei. Huhu.. Alhamdulillah, sehingga ke hari ni, aku tak lagi minum kopi. Walaupun masa aku pergi KL hari tu, adik-beradik aku semua order kopi zus, aku berjaya menahan temptation untuk order juga. 

Bukan senang bagi aku untuk berhenti. Sebab dah memang addicted, hari-hari minum, dulu. Aku tak sedar pun yang aku ni dehidrated sebenarnya. Bila dah bebas kopi ni, barulah aku dapat tengok bezanya muka aku. Ambil masa 2-3 hari juga untuk tidak sakit kepala lagi bila tidak ambil kafein.

Memang tak salah minum kopi sekali-sekala. Tapi bagi aku, aku tak mahu lagi terlibat dengan benda ketagih ni. Sampai kurang minum air masak. Aku buat untuk lebih sihat. Banyak la jimat duit, bila dah tak beli kopi ni. Kalau tak, sekali lepak richiamo, mau lebih 30 ringgit belanja. Itu untuk sehari. Kalau hari-hari pekena, manalah duit tak habis.💗

Camana nak unfollow blog

 Ok. Sesetengah orang sudah tak boleh follow sesebuah blog, sebab sudah sampai limit blog yang boleh follow. Ye, ada limit, bagi pembaca yang belum tahu.

Jika blog itu masih wujud dan kita mahu unfollow, senang saja, kan. Cuma perlu pergi ke blog itu, cari gajet Followers, dan klik butang Unfollow.

Macamana kalau blog yang kita nak unfollow tu, sudah tak wujud? Tuan punya blog sudah delete? Atau blog itu sudah tak aktif, bertahun-tahun tak ada entri baru, gajet Followers di blog itu missing in action? 

Ok, kalau macam tu, kita pergi ke Blogger Dashboard kita. Pergi ke Reading List kita. Klik Manage (bahagian atas kanan). Kemudian akan terpaparlah kesemua blog yang kita following.


 Bawa mouse cursor ke icon tong sampah di tepi nama blog yang kita nak unfollow, dan boleh lah kita klik tong sampah tersebut. Dengan itu, kita dah pun unfollow blog itu.

Harap bermanfaat pada pembaca yang mencari. 💗

Failed to follow blog, kenapa dan apa nak buat

 Aku google kenapa ada sesetengah pembaca tak boleh follow blog aku. 


Merujuk kepada jawapan di atas, mungkin ada masalah dengan akaun atau blogspot itu sendiri. Boleh jadi masalah teknikal, ketetapan privasi, dan sebagainya. 

Cuba refresh page yang kita cuba untuk follow. 

Tak tahu pula aku ada limit blog yang kita boleh follow di platform blogspot ni.

Aku tidak buat apa-apa ketetapan pada blog ini yang melarang orang untuk follow.

Boleh cuba log-out from google and log-in semula.


Merujuk kepada jawapan di atas, boleh contact support jika masalah follow berterusan, bukan saja di blog aku, malah di blog lain yang pembaca cuba untuk follow.

Tanya tuan blog, sama ada ketetapan public dan bukan private.

Untuk info pembaca, blog aku adalah public, bukan private. Kalau private, nak buka pun tak boleh, kan. 

Ok. harap pembaca tiada masalah untuk follow blog aku lagi. Kalau tak boleh hari ni, boleh cuba follow balik esok, lusa, tulat. Hehe.. atau boleh cuba clear cache browser, atau unfollow blog yang sudah tak wujud ke, ok. 💗

P/S: Aku test follow blog sendiri. Ok, boleh. Follow blog orang lain pun boleh. Sesetengah pembaca je alami benda ni, kan.

Tuesday, December 17, 2024

Giveaway by Ejulz 2024

 Buat julung-julung kalinya, aku join giveaway di blog aku yang masih baru ni.


Tarikh akhir sertai giveaway ini adalah pada 31 Disember.

Saja, cuba nasib. Haha.. ok, kalau ada sesiapa yang baca entri ini yang ingin turut serta, boleh klik sini. 💗

Kek lapis sarawak

 Dapat merasa kek lapis sarawak, ada orang jauh bagi.

Perasa masam manis.

Mari kita potong.


Sedap, kek lapis masam manis ni. 👍👍 Sudah habis makan semalam.

Ada lagi satu, dapat. Hari ni, kita potong yang ni pula.

Perasa oreo choco.


Bila makan ni, kadang ada rasa macam makan biskut oreo. Ada cebisan-cebisan kecil biskut. Wow.

Alhamdulillah. Nak pergi Sarawak, tak tahu bila. Orang Sarawak datang sini sedekah, baru dapat merasa. Alhamdulillah. 💗

Posted in

Monday, December 16, 2024

Kursus umrah

 Tujuan aku ke KL adalah untuk menghadiri kursus umrah.


Insya-Allah, aku akan mengerjakan umrah pada hujung Januari 2025. Pergi bersama adik-beradik aku. Masa mula kakak aku ajak, menangis aku lepas solat. Tak sangka orang banyak dosa macam aku ni pun, Allah jemput. Dah la jahil. 

Aku ada hadiri 2 kali kursus umrah di tempat tinggal aku ni. Anjuran travel agency lain. Sebab kursus terbuka, jadi sesiapa saja boleh hadir, waima belum daftar umrah pun, sekadar nak belajar benda baru pun boleh join. 

Kali ni, aku hadiri kursus anjuran travel agency yang kami ikut. Lagi satu, sebab ada urusan lain seperti ambil beg yang disediakan oleh agensi, juga serah dokumen seperti passport, buku vaksin dan gambar. 

Kami adik-beradik sampai di masjid lebih kurang 15 minit sebelum majlis bermula. Wakil keluarga  daftar kehadiran. Kemudian kami sarapan, ada nasi lemak dan teh disediakan oleh pihak agensi. Ada juga jualan peralatan umrah seperti telekung, stokin, handsocks, tudung, dan banyak lagi, di perkarangan masjid.

Kemudian kami pun ambil tempat di dalam ruangan masjid. 

Suasana di dalam Masjid Ibnu Mas'ud, Kg Datuk Keramat, KL.

Cantik masjidnya. 

Pertama kali aku dengar kursus umrah oleh YM Habib Naqjamuddin Syed Othman Al-Khered. Beliau sampaikan kursus umrah dengan baik. Menerangkan tentang rukun, wajib umrah, perkara-perkara dilarang dilakukan semasa ihram, dan beberapa perkara berkaitan lagi dengan jelas. Sekali-sekala, keluar perkataan bersahaja, tergelak orang. 

Lagi satu, masa beliau cakap tentang betulkan niat, tersentuh hati aku. Rasa sangat bersyukur sebab Allah jemput. Bertuah. Aku akan ambil peluang ini untuk mengenali sejarah Rasululullah lebih dekat, dan mendekatkan diri pada Allah.

Masa sudah nak habis, semasa beliau baca doa, termenangis aku. Huu.. susah aku nak terangkan di sini, perasaan aku. Baru hadiri kursus umrah, belum lagi di hadapan Kaabah. Allahuakbar...

Semoga Allah memudahkan urusan aku dalam membuat persiapan jadi tetamuNya. Juga panjang umur sampai jejakkan kaki ke sana. 💗

Naik bas

 Pada hari Jumaat lepas, iaitu pada 13 Disember 2024, aku pergi ke Kuala Lumpur, dengan menaiki bas. Teruja sangat. Sebab dah lama tak naik pengangkutan awam. Hehe. Beli tiket bas awal, di aplikasi redBus. Harga tiket RM36.65. 

Kenapa tak pergi dengan keluarga? Sebab suami kerja, anak pula sekolah. Ada urusan sikit di KL. Nanti, aku cerita di lain entri.

Bas yang aku naiki, Plusliner.

Sebenarnya, tak ada banyak pilihan pun di aplikasi redBus, untuk lokasi aku ni. Maklumlah, luar bandar. Ada 1 je bas yang keluar pada tarikh yang aku rancang, iaitu Plusliner. Ok je. Dulu-dulu masa zaman belajar, ni juga bas yang kita naik, kalau tak Plusliner, Transnasional.

Suami aku hantar ke stesen bas dekat rumah. Bertolak pukul 9 pagi. Masa bertanya di kaunter tiket, dia suruh print out tiket digital kita. Bayaran print out RM1.

Beli roti dan air mineral buat bekal sebelum naik. Sebab tak makan lagi, tengah IF.

Tiba masa nak bertolak, aku pun naik la bas setelah bersalam dengan suami. 

Bahagian dalam bas, tempat duduk aku.

Di dalam bas, separuh bahagian hadapan adalah tempat duduk 2-2, macam biasa. Separuh bahagian belakang bas, adalah tempat duduk single-single macam dalam gambar atas. Aku pilih tempat duduk single-single ni, belah kiri.

Aku sorang je penumpang bas sewaktu bas bertolak. Bila bas sampai ke stesen berikutnya, barulah ramai sikit penumpang naik.

Pengalaman yang seronok. Makan roti masa pukul 12 tengahari. Semua ok. Perjalanan dipermudahkan. Selamat sampai ke Stesen Bas Shah Alam, pukul 1.30 tengahari. Alhamdulillah. 💗

Lupa nak cerita. Masa aku di KL, aku mula batuk-batuk. Lepas tu, baru aku teringat, masa naik bas tu, ada sorang uncle ni, batuk, duduk satu barisan dengan aku. Aku tak de pula terfikir nak pakai facemask dalam bas. Jangkit batuk dari dia, barangkali. Sampai hari ni aku masih belum sembuh dari batuk. Sudah makan ubat.

Wednesday, December 11, 2024

Hari-hari tengok pokok

 Lepas balik dari jalan-jalan, tengok keadaan pokok-pokok.

Ulat hijau yang comei ada di balik sawi jepun. 

Baru satu daun jadi mangsa. Kena rajin belek daun setiap hari. 

Siram pokok. Seronok sebab suami tukar kepala hose getah, jadi siraman macam shower, barulah tanah tak terkeluar dari pasu. Jenuh sebelum ni, kena kepit hujung hose getah.

Kutip pucuk ulam raja untuk sendiri makan.

Sarapan.

Semalam ada masak bihun. Anak tanya, kenapa rupa bihun macam maggi. Sebab mak beli bihun stick, macam spagetti. Pertama kali jumpa. Kena rebus hingga lembut dulu, baru goreng. Selain bihun goreng semalam, buat telur rebus. Aku nak buat tiga suku masak. Baca komen orang kat fb, dia kata, rebus telur sampai menggelegak air dalam periuk, boleh tutup api, biarkan telur selama 4 minit. Ada kata 4 minit, ada kata 2 minit. Aku cuba 4 minit pagi tadi, siap pasang timer kat handphone. Nampaknya, telur jadi keras, hampir nak jadi hard boiled eggs. Jadi, lain kali, cuba biarkan dalam periuk selama 2 minit pula. Selain tu, makan ulam raja baru petik. 

Alhamdulillah. 💗

Jalan-jalan hari Rabu

 Cuaca baik. Sedikit berangin. Rasa nyaman. Pergi jalan-jalan di taman dekat rumah.

Bunga raya yang cantik.

Hari ni, berjalan lama sikit. Sebab seronok layan angin. 

Jarak: 6.24 kilometer

Durasi: 1 jam 33 minit

Purata heart rate: 101 bpm

Kalori burn: 324

Hari ni, tak pergi sampai ke hujung. Baru je nak sampai sana, sudah nampak anjing hitam galak terlompat-lompat. Takut juga nak approach. Jadi, pusing balik dan jalan di tempat yang sama, buat pusingan. Lebih selamat jalan di tempat yang ramai orang. 💗

Beli tudung Ibugarang

 Satu hari, aku belek-belek gambar lama di handphone. Ada yang aku upload di google drive, dan aku delete di handphone. Supaya tak pakai banyak space sangat. Pastu, nampak satu gambar lama, aku pakai tudung comel sangat. Tudung yang comei. Bukan aku. Pastu aku teringat, yang tudung tu, aku dah lama letak dalam peti oren tepi jalan, untuk recycle pakaian lama, sebab masa tu, bahagian awning dah pudar. Sebab aku suka pakai banyak kali, sampai pudar warna. 

Aku rasa, sekarang ni, aku tak jumpa apa-apa brand tudung yang selesa untuk aku pakai. Pastu aku terperasan yang pada tudung comei dalam gambar tu, ada label. Aku zoom-in la. Tulisan terbalik. Aku tengok depan cermin, barulah nampak brand apa pada tudung, Ibugarang. Wah... aku memang ada terbaca tentang Ibugarang ni, orang cakap selesa dipakai. Tapi rupanya, aku lebih dulu pakai tudung ni, sejak tahun 2020. Kalau aku tahu tak jumpa dah tudung camtu, takde aku letak dalam peti oren tepi jalan. Pudar warna pun, lantak lah, pakai saja. 

Masa tu, aku beli dari kawan aku. Saja, tolong member baru nak niaga. Entah dia dapat dari mana stok. Aku pula waktu tu, tak berapa perati sangat brand apa, belilah 2-3 helai. Sebab satu, dia jual RM28 ke, berapa, tapi less than RM30 sehelai. 

Jadi sebab aku dah tahu brand apa, aku pun belilah online, di website Ibugarang Sports Hijab.

Aku beli 6 helai terus, jenis yang aku pernah pakai dulu. Sekarang, dia dah ada pelbagai jenis tudung dah.

Beli instant hijab warna pink, maroon, brown, dark grey, black dan navy blue.

Berbunga-bunga rasa di hati. Alhamdulillah. Sekarang ni, harga dia dah RM30 sehelai. Selain instant hijab, ada pelbagai jenis lagi tudung yang dijual contohnya bawal instant, bawal tie back, syria dan lain-lain lagi. 

Walaupun tak pakai anak tudung, tudung ni ok. Tak melorot ke depan. Kalau pakai anak tudung apatah lagi, comei terbentuk. Pandai dia orang ni buat tudung. Boleh klik link aku share di atas kalau nak tengok-tengok ye. 💗

Tuesday, December 10, 2024

Tuaian kali kedua

 Balik dari mendobi, haruslah tengok pokok-pokok. Hujan masih belum berhenti, jadi tengok pokok sambil pegang payung. Nasib baik belek sawi, jumpa ulat hijau lagi. Kalau cuti sehari, alamat habislah daun sawi dikerjakan dek ulat.

Gigih aku belek pokok sambil bawak payung

Amiklah sejambak sawi jepun yang nampak agar besar banding yang lain. Tak perlu lagi beli sayur dari pasar. Suka ler...!

Dah masak dah, buat makan tengahari.

Sayurnya sikit, telur dan fish cake yang banyak.

Huhu... Alhamdulillah. 💗

Jalan-jalan dalam dobi

 Susah juga kalau hari-hari hujan, ada uniform sekolah anak pula, susah nak kering. Terpaksa pergi dobi.


Tengok la, dobi dia bukan main besar lagi. Lepas masukkan pakaian dalam dryer, aku pun jalan-jalan la dalam dobi ni. Dari muka pintu, sampai ke mesin hujung nun. Buat pusingan 4 segi. 

Macam orang gila je, kan. Habis tu, nak jalan-jalan di taman rekreasi tak boleh, cuaca sedang hujan. Dalam dobi pun jadilah. Sebab takde orang la, aku buat. Kalau ada, mesti aku duduk dengan sopan di kerusi yang disediakan sambil main telepon. 

Sementara nak tunggu dryer siap, aktiviti jalan-jalan dalam dobi:

Jarak: 1.42 km

Purata heart rate: 109

Durasi: 25 minit 54 saat

Kalori burn: 119

Lepas dah siap keringkan pakaian, nampak ada kopitiam baru buka. Alamak, menarik la. Tapi sayang, aku dah berhenti minum kopi. Apsal dia tak buka dari dulu, dekat pulak dengan rumah aku. Huhu... 💗

Resepi wrap versi Tot

 Sebelum ni, kalau ada leftovers makanan atau lauk tak habis, esoknya aku akan guna untuk masak nasi goreng. Tapi sekarang, aku 'wrap' kan aje.

Pecah telor dalam mangkuk letak ajishio dan pukul, inti wrap, gardenia roll-up wraps, dan 2 keping cheese.


 Ini aku buat untuk anak. Suami beli wrap gardenia biasa. Sebab aku takde makanan tak habis, aku buat inti karipap untuk inti wrap.

Inti wrap, bahan-bahan:

Bawang bombay (potong dadu)

Daging kisar

Ubi kentang atau keledek (potong dadu)

Sedikit serbuk kari ikan

Salt and pepper to taste

Cara masak:

Semua kuantiti satu je. Bawang bombay tu, kalau besar, potong separuh. Senang je nak masak.

1. Panaskan kuali. Masukkan olive oil sikit. Tumis bawang bombay. Tak perlu hingga garing, bila sudah naik bau, boleh masukkan daging kisar Ramly. 

2. Sebab daging kisar masih beku, balik-balikkan bersama bawang dalam kuali. Ambil masa, tapi daging akan hancur dan masak. 

3. Masukkan kentang. Masukkan serbuk kari sedikit, serbuk perasa dan garam. Kacau rata. Tutup kuali, supaya kentang boleh empuk.

4. Bila kentang sudah empuk, tutup api, boleh guna sebagai inti wrap. Boleh refer gambar pertama di atas, rupa inti wrap dah siap.

Cara Sediakan Wrap

1. Guna kuali non stick. Panaskan kuali. Tak perlu letak minyak atau butter. Masukkan je 2-3 sudu inti karipap atau wrap kita dah sediakan tadi.

2. Kalau keluarkan dari peti ais sebab dah sediakan hari sebelumnya, kacau-kacau supaya panas. Yang aku buat ni, baru siap. Jadi, boleh terus tuang telur yang telah dipukul dengan ajishio. Kalau tak nak letak ajishio (white pepper), boleh letak apa-apa serbuk perasa ke, paprika ke, black pepper ke, terpulang.

Setelah dimasukkan telur.

3. Dengan segera, ambil sekeping wrap dan letak atas telur dan inti karipap tu.

Biar je dia cover benda di bawah. Kalau letak 2 biji telur, telur lagi besar dari wrap dan lebih kenyang. Terpulang.

4. Tekan-tekan dengan sudip. Kita nak telur yang masih belum dimasak di bawah tu, melekat pada wrap.

5. Bila hujung wrap sudah terjongket sikit, makna kita boleh balikkan wrap kita.

6. Letak chees yang telah dipotong dan tutup kuali supaya cheese melt.

Kalau versi aku, aku tak letak cheese. Kalau nak letak sos, boleh letak waktu ni. Nak letak salad ke, timun ke, tomato ke. Kesimpulannya, omelette di dalam wrap. So, ikut korang la nak buat omelette tu macamana. Aku pernah buat brocoli omelette dalam wrap, sedap! Tomato omelette pun sedap. Cendawan butang omelette pun sedap. Aku tak guna sos cili, sebab dalam sos kita tu, ada gula. 

7. Lipat separuh wrap dalam kuali, tekan-tekan bagi dia lekat dan siap untuk dimakan.

8. Lebih kurang macam McDonald foldover ler. Hitam tu, ada bau hangit. Bau hangit tu la sedap.

Yang ini baru buat pagi ni, sarapan anak ke sekolah. Dalam pinggan, yang atas guna mission wraps wholegrain, manakala yang bawah, gardenia roll-up wraps classic.

Gardenia wrap slightly bigger than mission wrap. Sekarang ada banyak jenis wrap, garlic la, chia seed la. Kalau pergi supermarket besar, boleh termenung depan rak wrap, tak tahu nak pilih mana satu. Apa pun, terpulang pada korang nak guna mana. 

Sarapan wrap aku semalam.

Ok. Selamat mencuba. 💗

Monday, December 9, 2024

Jalan-jalan

 Aku dah lama dah tak keluar berjalan-jalan, exercise keluar peluh. Sebab aku dah bercucuk-tanam di rumah, keluar peluh juga. Tapi hari ni, aku mula semula berjalan. Walaupun nampak di langit ada kilat, macam nak hujan. Tapi aku pergi juga.

Hari masih gelap. Bila sudah terang, ha ah, memang nak hujan. Angin sejuk bertiup, rasa segar badan. 

Awan tebal nak hujan.

Nak kata brisk walk, tak juga. Brisk walk tu, jalan lebih laju dari biasa. Aku jalan santai je, macam pergi pasar, tengok pemandangan dan orang. 

Sempat jumpa Kak Siti, dia tanya bolehkah aku ganti dia hari Ahad ni, datang ke taman untuk bagi kucing makan. Alamak, aku tak boleh hujung minggu ni, sebab ada road trip. Dia kata, takpelah. Sebab hari Ahad, biasa, ramai je datang. Actually, aku ada nampak ada one chinese lady, pun dia datang ke taman, bagi makan kucing juga, cuma dia datang lewat sikit. So, ok la. Satu hari je, should be fine.

Sambung jalan sambil dengar lagu di spotify. Tak lama, hujan pun turun. Lajukan sikit speed, cepat masuk kereta, balik rumah. Orang tua cakap, tak elok main hujan. 

Aktiviti berjalan hari ini:

Jarak: 3.87 km

Durasi: 1 jam 1 minit

Purata heart rate: 102 bpm

Kalori burn: 217

Jadilah, Alhamdulillah. 💗

Resepi ayam rebus diet mode

 Banyak juga nampak di newsfeed fb tak lama dulu, orang sibuk rebus ayam. Antaranya, guna bahan seperti di bawah.

Kredit gambar dari fb, entah asal siapa punya, ramai yang dok forward.

Resepi untuk orang diet. Main ingredients-nya, mixed herbs, chilly flakes dan mushroom seasoning. Simple je, kan. Lebih kurang macam tu la, kita boleh lah gantikan dengan apa-apa bahan yang ada di rumah. Yang penting, masak ayam cara rebus, tanpa minyak.

Aku pun sama seperti gambar di atas, tapi sebab aku takde mushroom seasoning, aku letak kiub ayam. Lepas tu, tak cukup chilli flakes, aku tambah paprika dan black pepper. Aku tak letak oregano, tapi guna rosemary and thymes. Ayam, aku guna separuh ekor.

Campur semua bahan dengan ayam dalam periuk, dan bolehlah rebus. Mula-mula aku tutup periuk. Bila dah menggelegak, buka tudung periuk. 

Air rebusan mulai surut.

Tunggu sampai kering. Kacau-kacau la, supaya rata bahan-bahan kita, menyelaputi ayam ye.

Dah siap!

Selamat mencuba, dan jemput menjamu selera. No nasi, makan dengan keledek ungu rebus. 💗

P/S: Guna periuk non stick sangat berguna untuk resepi ni. Kalau periuk biasa, ayam boleh lekat bila sudah kering air rebusan.

Keledek ungu

 Jumpa kat pasar pagi Kampung Gajah, Perak.

Ada 2 jenis.

Akak yang jual keledek ni cakap, yang ada lubang-lubang hitam belah kiri, manis. Yang kanan tu, keledek ungu biasa. Or, is it the other way around? Hahaha... short term memory lost betul aku ni.

Potong kecil-kecil, bite size.

Aku rebus je.

Angkat setelah empuk.

Dah makan 2 ketul, test. Terus teringat fries yang pernah makan di Nando's beberapa tahun dulu. Peh, ini kalau celup tepung dan goreng, best ni. Tapi lupakanlah ye, diet mode, no oil. Rebus only. 💪

Hasil carian google mengatakan bahawa ubi keledek ungu mempunyai 2 kali ganda serat, 2 kali ganda kalsium, dan lebih 1,300 kali lebih Vitamin A berbanding ubi keledek putih, ia juga bersifat antiradang.

Aku selalu buat wrap, dalam tu, inti wrap, aku masak macam inti karipap, guna kentang. Bolehlah lepas ni, aku gantikan kentang dengan keledek ungu. 💗

Sunday, December 8, 2024

Bunga tahi ayam

Woah... dua entri dalam satu hari. Tak mahu lah sedih lama-lama. Aku harus terima ujian dengan lapang dada dan bersabar banyak-banyak. Lebih baik kita layan pokok. Lebih menenangkan. 

Meh tengok...

African marigold atau bunga tahi ayam

Beli di nursery Ah Bon, bila yek.. alamak, lupa, dalam minggu ni juga. Nama saintifik Tagetes erecta. Guna google Lense, untuk check nama dia. Baru tahu guna app ni. Padahal, dah lama Lense ni, duduk dalam handphone, tak pernah pakai. Google Lense digunakan untuk buat carian image atau gambar. Jadi, kita cuma masukkan gambar, dia boleh kenal pasti tumbuhan atau binatang apa, boleh cari makanan atau menu, carian produk online, dan macam-macam lagi. Tudia, nak cakap pasal pokok tahi ayam, dia pi cakap pasal Google Lense pulak. 

Pokok ni, datang dalam polibeg, aku dah transfer ke pasu. 

Suka sebab warna dia oren terang. Kalau boleh, nak tambah lagi pokok-pokok bunga yang warnanya warna-warni yang terang, supaya bertambah ceria halaman rumah. Ye la, sebab aku banyak tanam pokok sayur je. Bunga aku beli ni, tak ada bau. Ada bunga tahi ayam jenis lain, yang berbau agak busuk. 

Semoga tumbuh dan membesar dengan subur, pokok marigold oren ku. 💗

Sedih

 Tak tahulah apa nak jadi dengan aku ni. Ada je benda yang menghalang aku dari mengerjakan suruhanNya. Benda yang kita tak boleh kawal pulak tu. Dah apa nak jadi dengan badan aku ni, tak tahulah. Asal bersama suami je, lepas tu akan keluar sesuatu macam darah haid tapi bukan macam darah betul, dia warna coklat macam hujung-hujung nak habis haid tu, jadi tak boleh solat. Sedih aku camni. Dah 2 kali dah, jadi. Masa pertama kali jadi, pi klinik, doktor bagi Evening Primrose Oil tu, dan ubat. Dia kata, tak perlu makan ubat hentikan haid, biar dia habis naturally. Aku rasa, petang ni, nak pergi farmasi, beli Evening Primrose Oil, sebab dah lama tak makan, sebab dah habis. 

Kalau boleh, aku tak mahu ambil apa-apa supplement ni. Tapi apa nak buat. Dari segi jaga makan, aku dah cuba jaga semampu yang aku boleh. Aku dah stop gula, aku kurangkan makan nasi. Aku stop kopi. Bercakap tentang kopi ni, aku baru je tengok video Dr Noordin Darus, dia kata, teh dan kopi boleh minum, asalkan tanpa gula. Memang sebelum ni pun, aku minum americano kosong je, takde gula. Jarang-jarang sekali aku minum latte ke, cappucino ke, hazelnut latte ke, dan seangkatan dengannya. Masuk hari ni, sudah 4 hari tak minum kopi. Rekod paling lama seumur hidup, tak minum kopi. Ok, aku rasa, dah takde rasa nak gila dah. 

Aku betul-betul clueless ni. Kalaulah Allah cakap kat aku, apa sebenarnya yang aku patut buat, dalam hidup aku ni. Jika apa yang berlaku selama ni adalah petunjuk dariNya, maka lebih kepada laki aku adalah pengaruh buruk bagi aku, dan aku harus jauhkan diri dari dia. Ya Allah, apa yang patut aku buat. 😢

Saturday, December 7, 2024

Tuaian pertama

 Hujan lebat awal pagi. Walaupun hari Sabtu, anak tak sekolah, tapi mata ni masih akan terjaga pukul 4 pagi, tanpa alarm clock. Tak perlu masak sediakan sarapan anak ke sekolah. Amik wuduk, tahajud dan baca yassin sebelum Subuh. Lepas Subuh barulah turun bawah, lipat kain.

Tengok pokok seperti biasa. Pokok sawi jepun atau pak choy boleh besar lagi. Tapi amik je la, excited nak tuai hasil sendiri. Sebab bila hujan, ulat hijau tu selalu ada, celah-celah daun. Sebelum dia singgah, baik kita amik dulu.

Sawi jepun, benih beli dari kedai Eco.

Potong satu jambak.

Semalam ada masak kuetiau goreng. Tak habis, simpan peti ais. Pagi ni, perangat semula. Tambah telur dan sayur sawi jepun baru petik.


Jemput makan, semua. Kuetiau goreng for breakfast.

Alhamdulillah. 💗