Monday, December 30, 2024

Makan apa sedap?

 Masa seminggu anak cuti sekolah minggu krismas, seminggu juga diet saya ke laut. Hahaha... cheat day hari-hari. Takpe, nanti tahun baru, start balik diet (ye ke? 🙈)

Bila tengok orang makan itu, teringin juga. Orang makan ini, teringin yang ni pula. 


Nasi kerabu yang dibeli di taman perumahan sebelah. Pertama kali cuba beli dengan kakak ni. Nasi kerabu dia, ada sambal tumis. Portion nasi pun banyak. Itu yang saya takut nak makan nasi kerabu. Tapi bila teringin, beli juga. Dia letak budu pun ok, secukup rasa. Ada sesetengah tempat, sampai rasa masin sebab lebih budu. Harga nasi kerabu ayam goreng kakak kejiranan sebelah, RM8. Sedap. 😋


Lain hari, bila tengok Encik Fairus Mamat makan nasi kukus ayam berempah, kita pun teringin juga. Sedap nasi kukus ayam berempah yang suami saya belikan di Restoran Nasi Kukus Pok Ya. Bila makan nasi kukus dia, saya lebih prefer bungkus dari makan di kedai. Kenapa? Sebab sambal dia menyengat, sambil air hidung keluar. Hihi... tapi harga dia mahal sikit dari nasi kukus yang Encik Fairus makan. Sini, harga RM9. 


Semalam makan mi kari di foodcourt Lotus. Boleh tahan. Cukup rasa. Harga semangkuk mi kari, RM11. Tak boleh komplen mahal. Nak murah, sila masak sendiri. Huhu.

Saya tak de la cerewet tentang makan ni. Yang sedap, kita boleh repeat pergi. Yang kurang sedap, kita makan diam-diam, rejeki Tuhan bagi, tak elok membazir. Tapi kan, tak boleh menyamai makan di rumah juga, nikmat dia lain maciam.


Contohnya macam pagi tadi, sarapan lewat, pukul 10 pagi lebih. Saya masak dulu. Lauk sambal tumis udang petai, dan goreng ikan rebus. Walaupun ulam kacang botol macam dah layu rupa dia, tapi sedapnya. Terasa nikmat. Dah la bau satu rumah, harum bau sambal tumis. Lepas tu, goreng ikan rebus pun, bau juga. Suami saya balik kerja dia beli roti, sebab tengok saya makan roti sapu garlic spread semalam, dia kata sedap. Tapi bila bau masakan saya tengah masak, terus tak jadi makan roti, makan nasi terus. Hihi... syukur Alhamdulillah. Bila tengok suami dan anak-anak makan masakan air tangan kita juga yang rasa bahagia. 💗

2 comments:

  1. sambal tumis udang mmg sedap.....jrg jumpa mi kari yg sedap, suka yg kuah dia cair2 sikit, bukan kari yg pekat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann...
      Ha ah, kalau kuah pekat tu, lekat kat tekak.

      Delete