Thursday, December 19, 2024

Jalan Khamis

 Dengan keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang, agak susah juga nak keluar pagi untuk berjalan kaki, keluar peluh. Macam pagi tadi, tengah berjalan, hujan turun. Tapi hujan halus, jadi redah saja. Nasib baik pakai topi. Bila jalan ke depan jauh sikit, sudah tak hujan.

Awan mendung menyelubungi bukit.

Dari pengalaman saya sendiri, jika kita konsisten berjalan, paru-paru boleh clear. Saya sekarang masih batuk, sejak balik dari KL hari tu. Tapi sekarang sudah kurang batuk sikit la. Kurang suka sangat bergantung pada ubat batuk yang doktor bagi. 

Pagi tadi, keluar awal pagi. Cepat pergi, cepat habis. Suami nak out-station pukul 11 pagi.

Hari masih gelap masa mula berjalan.

Waktu mula sampai di taman rekreasi dekat rumah, jam 6.47 pagi.

Jalan Khamis

Jarak: 5.19 kilometer

Durasi: 1 jam 16 minit

Kalori burn: 269

Alhamdulillah. Diberi nikmat sihat oleh Allah. đŸ’—

4 comments:

  1. Saya kalau rajin, sebelum masuk pejabat, saya berjalan dulu di persisiran Sungai Melaka dalam 2,3 kilometer. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus la, macam tu. Mesti semangat buat kerja bila badan ringan lepas berjalan.

      Delete
  2. ammi takut nak berjalan sorang2 dikawasan rumah. banyak anjing. kalau nak berjalan terpaksa ajak suami ke lake garden berhampiran

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama dengan saya. Tak pernah berjalan di kejiranan rumah. Kena pergi ke taman rekreasi.

      Delete