Lewat sikit keluar rumah, sebab hujan awal pagi. Pukul 8 pagi, barulah keluar tengok pokok. Seperti biasa, belek-belek daun sayur, check kot-kot ada ulat, dan cabut rumput yang tumbuh dalam planter box tembikai.
Semalam ada pergi Mr. Diy, cari pasu lawa sikit, nak tanam pokok dalam rumah. Juga, singgah nursery pokok bunga, beli tanah.
Pokok lidah jin atau lidah mentua. Dah beranak-ranak dalam pasu. Jadi, saya korek, dalam 2 anak pokok. Tanam dalam pasu baru beli semalam.
Anak pokok pertama baru masuk pasu baru. |
Anak pokok kedua, baru pindah pasu baru. |
Pembersih udara semulajadi, orang kata. Itu pasal saya nak cuba letak dalam rumah.
Satu pokok, saya letak tepi tingkap di ruang tamu. |
Satu lagi pokok, saya letak di tepi tingkap, di ruang makan. |
Pokok lidah jin ni, cuma perlu disiram sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Harap dapat tumbuh dengan subur di dalam rumah.
Semalam, selain beli tanah di nursery, saya ada beli satu pokok. Bukan namanya orang pompuan kalau pi nursery, tak sambor pokok satu, ye tak? 🙈
Saya beli pokok keladi. Kat rumah, tak ada lagi pokok macam ni.
Kerja seterusnya, saya pindahkan pokok ni, dari pasu kecik, ke lebih besar.
Pasu baru tu, beli di Mr. Diy juga.
Close-up sikit pokok keladi baru beli. |
Sejenis tumbuhan hiasan. Tumbuhan yang senang ditanam dan tidak perlukan penjagaan yang rumit. Sebab tu, ia popular sebagai tumbuhan hiasan di dalam rumah dan juga di tempat-tempat awam.
Kerja terakhir, saya buat planter box kecil, untuk tanam bawang. Ada bawang sudah keluar daun. Huhu.. nampak benor saya malas masak.
Ada 4 biji bawang. |
Gembar-gemburkan tanah di tapak asal. Buang segala rumput yang ada. Kemudian, tambah tanah yang baru dibeli semalam. Gembur-gemburkan lagi. Siram tanah supaya tanah basah. Kemudian, baru saya letak bawang. Saya tengok tutorial, kena potong sikit bahagian atas bawang sebelum tanam. Tapi saya benamkan je bawang yang sudah keluar daun tu ke dalam tanah.
Saya pernah cuba tanam bawang, tapi tak berjaya. Takpe, kita terus mencuba. Don't give up. Usaha tangga kejayaan.
Planter box bawang sebelah planter box tembikai. |
Last but not least, saya kongsikan gambar bunga ros kuning yang baru berputik.
Pokok ros ni, suka sangat saya letak kulit telur dan kulit bawang sebagai baja. Banyak naik bunga. Suka! 💗
Ngapa la orang panggil lidah mentua kan?
ReplyDeleteJin ganas sikit... hehehe
Mungkin sebab lidah mentua pun tajam, kot. Alamak!
Deletemmg rambang mata kalau gi nursery...sambor jgn x sambor...hehe..semoga semua yg ditanam membesar dgn jayanya..
ReplyDeleteBetul, betul. Suka tengok banyak bunga cantik. Hihi...
DeleteAminn... yarabbalAlamin..