Pada hari Isnin lepas, 23 Disember, saya dan keluarga pergi nonton wayang, movie Kahar: Kapla High Council.
Ini berikutan lepas tengok drama bersiri Project High Council di Netflix. Drama bersiri ni, lain daripada siri-siri melayu yang pernah saya tonton di tv. Cerita tentang budak-budak lelaki di sekolah berasrama. Ada drama tentang keluarga mereka juga. Pandai pelakon-pelakon muda ni berlakon. Sangat real. Saya suka dengan lakonan Mierul Aiman, Nadhir Nassar, Naim Daniel dan Amir Ahnaf. Walaupun 3 pelakon dalam drama bersiri ini tidak ada dalam filem Kahar: Kapla High Council ni, mereka cuma buat penampilan cameo, tapi kita ada rasa nak tahu, apa jadi pada Kahar lepas peristiwa si Ayam jatuh dari tingkat 3 tu. High Council pun sudah berakhir semasa batch dia orang.
Movie ni menceritakan tentang macamana Kahar boleh jadi Kapla High Council. Adegan manifesto atau pergaduhan pun real. Ada moral dia.
![]() |
Tiket wayang kami. |
Untuk filem Kahar: Kapla High Council, saya bagi 4 ☆☆☆☆
Sebagai ibubapa, risau juga bila anak-anak masuk asrama. Based on untold Malaysian stories. Dengan macam-macam halnya. Walaupun anak-anak saya semua sekolah harian saja, bila lepas SPM baru mereka tinggal di asrama U dan politeknik.
Kalau anak-anak muda tengok cerita ni, mesti rasa semangat nak jaga badan, sebab semua pelakon cerita ni, badan lawa, ada six packs. Ya Allah, ampuni dosaku.
Paling akhir saya baca, movie Kahar: Kapla High Council ni telah kutip RM12 juta. Wah... boleh tahan. Dan ada post-credit scenes. Lepas kredit naik, jangan bangun lagi, tau. Macam tengok movie Marvel pulak. Scene pendek je, ada Fakhri jumpa Kahar. 💗
oo..kena tgk Project High Council dulu..baru boleh link dgn movie ni ya....tunggu keluar kt netflix movie ni...
ReplyDeleteKalau tak tengok Project High Council dulu pun takpe, sebab ada flashback dalam movie Kapla tu. Tapi kalau tengok, lebih membantu memahami jalan ceritanya, pada pendapat saya.
DeleteWow…12 juta!
ReplyDeleteBaru tau pasal movie ni.
Saya pun tahu tentang movie ni, sebab anak ajak tengok.
Delete12j? Maysuuukkkk!
ReplyDeleteKann... sampai pihak Astro Shaw ada buat press conference, nak buat prequel cerita ni, uncle, kali ni, nak cerita pasal alumni High Council pula. Haha..
Delete