Thursday, December 26, 2024

Tembikai pula jadi mangsa

 Mangsa terbaru serangan ulat, pokok tembikai. 

Mula-mula, daun anak pokok tembikai bertukar jadi kehitaman. Lama-lama, mati. Saya ingat, mungkin ada kucing pi kencing kat pokok. Salah rupanya. (sori kucing, kena tuduh, huhu).

Semalam saya tak tengok pokok-pokok, sebab saya mengemas dalam rumah. Lap kabinet pinggan, dan cuci pinggan mangkuk dari habuk. Penatnya. Langsung tak tengok pokok.

Hari ni tengok, banyak daun anak pokok tembikai jadi hitam.

Kecik je ulatnya. Berbulu pula badan ulat. 


Jadi, saya potong dengan cutter, daun dan batang yang terjejas.

Belakang daun yang ada ulat


Mencabar rupanya jadi petani ni. Sebelum ni, pokok sawi jepun kena serangan ulat hijau. Anak pokok tembikai pula jadi mangsa serangan ulat ni. Kalau boleh, saya tak mahu spray racun serangga pada tanaman saya, sebab nak kekalkan organik. Baja pun saya tak guna baja kimia, saya guna sisa dapur je. Hmmm... nantilah saya tanya pada yang pakar. Kalau dah ada cara penyelesaian nak elak pokok kena serangan ulat ni, saya akan kongsikan di blog. 

Pokok tembikai yang sihat

Harap pokok lain yang masih sihat tumbuh dengan subur dan mengeluarkan buah. Saya pernah tanam tembikai dan berbuah, tapi belum sempat ambil hasil, beruk liar dah curi dulu. Huhu... 💗

4 comments:

  1. bab ini mungkin kena berguru dengan Wak "Warisan Petani"...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, ye. Saya ada follow blog Wak. Pakar bertani. Hehe..

      Delete
  2. Bila da kena serangan makhluk kecil tu mmg rs down, mcm sy pokok kari sepasu kena buang, sbb diserang mcm kumbang kecik, habis daun hitam2 berlubang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama pun pernah alami macam tu. Pokok kari memang susah nak jaga ye, Kakmim. Tips yang saya baca, kena siram dengan air basuhan beras, pokok kari tu.

      Delete