Tujuan aku ke KL adalah untuk menghadiri kursus umrah.
Insya-Allah, aku akan mengerjakan umrah pada hujung Januari 2025. Pergi bersama adik-beradik aku. Masa mula kakak aku ajak, menangis aku lepas solat. Tak sangka orang banyak dosa macam aku ni pun, Allah jemput. Dah la jahil.
Aku ada hadiri 2 kali kursus umrah di tempat tinggal aku ni. Anjuran travel agency lain. Sebab kursus terbuka, jadi sesiapa saja boleh hadir, waima belum daftar umrah pun, sekadar nak belajar benda baru pun boleh join.
Kali ni, aku hadiri kursus anjuran travel agency yang kami ikut. Lagi satu, sebab ada urusan lain seperti ambil beg yang disediakan oleh agensi, juga serah dokumen seperti passport, buku vaksin dan gambar.
Kami adik-beradik sampai di masjid lebih kurang 15 minit sebelum majlis bermula. Wakil keluarga daftar kehadiran. Kemudian kami sarapan, ada nasi lemak dan teh disediakan oleh pihak agensi. Ada juga jualan peralatan umrah seperti telekung, stokin, handsocks, tudung, dan banyak lagi, di perkarangan masjid.
Kemudian kami pun ambil tempat di dalam ruangan masjid.
Suasana di dalam Masjid Ibnu Mas'ud, Kg Datuk Keramat, KL. |
Cantik masjidnya.
Pertama kali aku dengar kursus umrah oleh YM Habib Naqjamuddin Syed Othman Al-Khered. Beliau sampaikan kursus umrah dengan baik. Menerangkan tentang rukun, wajib umrah, perkara-perkara dilarang dilakukan semasa ihram, dan beberapa perkara berkaitan lagi dengan jelas. Sekali-sekala, keluar perkataan bersahaja, tergelak orang.
Lagi satu, masa beliau cakap tentang betulkan niat, tersentuh hati aku. Rasa sangat bersyukur sebab Allah jemput. Bertuah. Aku akan ambil peluang ini untuk mengenali sejarah Rasululullah lebih dekat, dan mendekatkan diri pada Allah.
Masa sudah nak habis, semasa beliau baca doa, termenangis aku. Huu.. susah aku nak terangkan di sini, perasaan aku. Baru hadiri kursus umrah, belum lagi di hadapan Kaabah. Allahuakbar...
Semoga Allah memudahkan urusan aku dalam membuat persiapan jadi tetamuNya. Juga panjang umur sampai jejakkan kaki ke sana. 💗
Seronoknya gi dengan adik beradik!
ReplyDeleteKenapa uncle gagal follow blog ni eh? Dia tulis failed
Ye, uncle. Rasa excited, dan nervous juga.
DeleteMungkin sebab uncle dan sampai limit follow blog kot. Mungkin. Saya pun tak pasti.