Saya bukan petani berpengalaman seperti Wak Warisan Tani. Saya masih belajar, bereksperimen dalam bidang bercucuk tanam ni. Bukan semua pokok atau biji benih yang saya tanam berjaya hidup dengan subur. Saya masih mencuba.
Setakat ni, tanaman yang saya berjaya tanam dari biji benih atau rizom, dan berjaya kutip hasil, maksudnya, saya boleh ambil untuk masak di rumah, adalah sayur sawi jepun, cili padi hijau, lengkuas, daun pandan, pokok kunyit dan ulam raja.
Pokok jagung adalah salah satu pokok yang asing bagi saya. Saya suka makan jagung yang dibakar atau direbus, tapi tentang pokoknya, asinglah bagi saya. Bila berjaya tanam dari biji benih dan tumbuh, saya tersangatlah gembira, walaupun belum keluar buah lagi.
Ada sebatang je pun pokok jagung. Mari tengok.
Gambar pada 24 Disember 2024 |
Ada keluar macam padi pulak kat atas jagung tu. Manalah saya tahu akan mekanisme pokok jagung ni. Seumur hidup, saya tak pernah tengok pokok jagung dari dekat. Saya ingat, yang rupa macam padi kat pucuk pokok tu, akan menjadi buah jagung. Nak gelak, silalah gelak. Saya memang jakun. Tahu tanam je.
Gambar pada 26 Disember 2024 |
Oh, bunga rupanya. Bukan buah jagung. Apedaaa... saya tahu ini bunga, sebab ada lebah datang hinggap pada bahagian pucuk pokok jagung ni. Kan rupa dia macam padi, kan. Semakin tunduk, semakin berisi.
Pokok jagung, dari sudut lain. Dah meninggi dia. |
Gambar pada 28 Disember 2024 |
Uit, ape benda ni? Macam janggut buah jagung je. Oh, rupanya, buah dia jadi kat batang pokok. Hahaha... amenda la aku ni. Jakun kejap. Ha, suka, suka!
Dari sudut lain, di mana buah keluar. |
Alhamdulillah. Pertama kali cubaan menanam pokok jagung sampai keluar macam ni. Saya harap, beruk liar tak nampak la akan kewujudan buah jagung yang sedang membesar ni. Pokok tembikai saya dulu pun berjaya berbuah, tapi tak sempat besar sehingga saiz yang dikehendaki, sudah dicuri oleh beruks.
Itu pasal saya suka bercucuk-tanam ni. Saya belajar benda baru tentang pokok yang saya tanam. 💗
Lain-lain entri tentang pokok jagung yang saya tanam.
Alhamdulillah..dapat menuai hasil berbudi pada tanah...semoga dpt makan jagungnya..
ReplyDeleteAminnn... harap-harap begitulah. :D
Delete