Hari tu, aku dah berhenti minum kopi. Cukup seminggu, aku teman suami lepak sambil mengopi. Takkan order kopi untuk dia je, aku pun order la americano tanpa gula.
Rasa dah tak sedap, wei. Huhu.. Alhamdulillah, sehingga ke hari ni, aku tak lagi minum kopi. Walaupun masa aku pergi KL hari tu, adik-beradik aku semua order kopi zus, aku berjaya menahan temptation untuk order juga.
Bukan senang bagi aku untuk berhenti. Sebab dah memang addicted, hari-hari minum, dulu. Aku tak sedar pun yang aku ni dehidrated sebenarnya. Bila dah bebas kopi ni, barulah aku dapat tengok bezanya muka aku. Ambil masa 2-3 hari juga untuk tidak sakit kepala lagi bila tidak ambil kafein.
Memang tak salah minum kopi sekali-sekala. Tapi bagi aku, aku tak mahu lagi terlibat dengan benda ketagih ni. Sampai kurang minum air masak. Aku buat untuk lebih sihat. Banyak la jimat duit, bila dah tak beli kopi ni. Kalau tak, sekali lepak richiamo, mau lebih 30 ringgit belanja. Itu untuk sehari. Kalau hari-hari pekena, manalah duit tak habis.💗
Fuh.. Americano tu.. Pahit le..
ReplyDeleteSaya lebih suka pahit dari manis. Hihi..
DeleteAmmi dulu sehari mesti 3kali minum kopi. Pagi, petang dan malam. Tapi sekarang ammi cuba untuk minum pagi je. Malam tu buat-buat minum air masak suam je. Mula2 memang payah tapi lelama ok dah.
ReplyDeleteMemang terasa kan badan mcm agak kering bila terlalu banyak minum coffee
Wah, sama macam saya la, kalau macam tu. Sehari, sampai 2-3 cawan kopi, dulu. Ye, bila minum kopi, kita jadi kerap buang air, jadi badan kurang air.
Delete