Monday, December 16, 2024

Naik bas

 Pada hari Jumaat lepas, iaitu pada 13 Disember 2024, aku pergi ke Kuala Lumpur, dengan menaiki bas. Teruja sangat. Sebab dah lama tak naik pengangkutan awam. Hehe. Beli tiket bas awal, di aplikasi redBus. Harga tiket RM36.65. 

Kenapa tak pergi dengan keluarga? Sebab suami kerja, anak pula sekolah. Ada urusan sikit di KL. Nanti, aku cerita di lain entri.

Bas yang aku naiki, Plusliner.

Sebenarnya, tak ada banyak pilihan pun di aplikasi redBus, untuk lokasi aku ni. Maklumlah, luar bandar. Ada 1 je bas yang keluar pada tarikh yang aku rancang, iaitu Plusliner. Ok je. Dulu-dulu masa zaman belajar, ni juga bas yang kita naik, kalau tak Plusliner, Transnasional.

Suami aku hantar ke stesen bas dekat rumah. Bertolak pukul 9 pagi. Masa bertanya di kaunter tiket, dia suruh print out tiket digital kita. Bayaran print out RM1.

Beli roti dan air mineral buat bekal sebelum naik. Sebab tak makan lagi, tengah IF.

Tiba masa nak bertolak, aku pun naik la bas setelah bersalam dengan suami. 

Bahagian dalam bas, tempat duduk aku.

Di dalam bas, separuh bahagian hadapan adalah tempat duduk 2-2, macam biasa. Separuh bahagian belakang bas, adalah tempat duduk single-single macam dalam gambar atas. Aku pilih tempat duduk single-single ni, belah kiri.

Aku sorang je penumpang bas sewaktu bas bertolak. Bila bas sampai ke stesen berikutnya, barulah ramai sikit penumpang naik.

Pengalaman yang seronok. Makan roti masa pukul 12 tengahari. Semua ok. Perjalanan dipermudahkan. Selamat sampai ke Stesen Bas Shah Alam, pukul 1.30 tengahari. Alhamdulillah. 💗

Lupa nak cerita. Masa aku di KL, aku mula batuk-batuk. Lepas tu, baru aku teringat, masa naik bas tu, ada sorang uncle ni, batuk, duduk satu barisan dengan aku. Aku tak de pula terfikir nak pakai facemask dalam bas. Jangkit batuk dari dia, barangkali. Sampai hari ni aku masih belum sembuh dari batuk. Sudah makan ubat.

0 comments:

Post a Comment