Racun serangga homemade

 Hmm.. bukan racun la, sebab bukan boleh bunuh serangga. Tapi boleh menghalau serangga perosak dari makan tanaman kita.

Satu alternatif pada yang tak mahu guna racun pesticide, yang boleh mencemar tanaman kita. Menggunakan bahan-bahan yang ada dalam peti ais rumah saja.

Saya buat carian, dan jumpa satu cara. Kredit to Sirap Limau. Berikut saya kongsikan.

Bahan-bahan:

Cili padi 6 tangkai ★

5 ulas bawang putih ★

Halia 3 hiris ★

Sesudu minyak masak

Sesudu cecair pencuci pinggan

Air paip 250 ml


Cara-cara:

1. Kisar 3 bahan bertanda ★ di atas dan tambahkan sedikit air.

2. Tuang dalam bekas kedap udara, tutup dan biar selama 12 jam pada suhu bilik.

3. Lepas 12 jam, tapis bahan-bahan dikisar.

4. Ambil 30 ml pati (hasil ditapis tadi) dan 1 liter air, dan masukkan dalam botol spray. Campur sesudu minyak masak dan sesudu cecair pencuci pinggan. Goncang. Sedia untuk digunakan.

5. Spray pada pokok yang ada masalah kutu, hama, semut dan sebagainya yang menyebabkan masalah kerinting, daun bergulung serta berlubang-lubang. Lakukan pada sebelah petang sahaja, selepas siram pokok.

Saya spray petang semalam. Lepas tu, malam semalam, hujan pula, lebat pulak tu, sampai awal pagi. Pagi ni, saya tengok pokok-pokok yang saya spray semalam, ada pokok, sudah tak ada semut. Ada pokok, ada semut, tapi sudah berkurang banding sebelumnya. Ye la, hujan, kan. Makna pokok semua baru mandi, habis kot racun serangga homemade saya spray semalam dicuci oleh hujan lebat.

6. Seminggu, 2 kali buat.

7. Pati semburan tadi, boleh simpan dalam peti ais dan tahan selama 3 bulan.

Sumber: Facebook Liyana Mohd Poad

Saya suka selepas sembur semalam, ada bau bawang putih campur cili. Sekurang-kurangnya, tanaman kita tidak dicemari oleh racun serangga. Akan ulang sembur semula, sebab masih ada patinya, dalam peti ais. 💗

Kutipan di akhir tahun 2024

 Hari ni, kutip ulam raja. 

Suami tengah panaskan nasi dan lauk sambal tumis semalam. Suami pesan pada saya di luar rumah, tolong amikkan ulam raja.

Dapat satu bakul.

Lepas menebas, saya masuk dalam. Atas meja makan, ada telur dadar, suami goreng. Wah... telur dadar ada cili dan bawang. Sangat gebu tengok.

Ada juga budu yang sudah ada bawang, cili api dan hirisan limau kasturi.

Lepas mandi, sarapan bersama, pukul 10 pagi. Tak ambil gambar nasi. Lauk simple je.

Sangat bahagianya rasa. Nikmat. Budu sedap! 😋💗😍

Harga Netflix naik

 Tiap-tiap bulan masuk sms, RM55 kena caj, oleh Netflix.

Hari ni punya sms,


Dari RM55 sebulan, ke RM62.90 sebulan.

Kenaikan sebanyak RM7.90

Waiya! 😲

Makan apa sedap?

 Masa seminggu anak cuti sekolah minggu krismas, seminggu juga diet saya ke laut. Hahaha... cheat day hari-hari. Takpe, nanti tahun baru, start balik diet (ye ke? 🙈)

Bila tengok orang makan itu, teringin juga. Orang makan ini, teringin yang ni pula. 


Nasi kerabu yang dibeli di taman perumahan sebelah. Pertama kali cuba beli dengan kakak ni. Nasi kerabu dia, ada sambal tumis. Portion nasi pun banyak. Itu yang saya takut nak makan nasi kerabu. Tapi bila teringin, beli juga. Dia letak budu pun ok, secukup rasa. Ada sesetengah tempat, sampai rasa masin sebab lebih budu. Harga nasi kerabu ayam goreng kakak kejiranan sebelah, RM8. Sedap. 😋


Lain hari, bila tengok Encik Fairus Mamat makan nasi kukus ayam berempah, kita pun teringin juga. Sedap nasi kukus ayam berempah yang suami saya belikan di Restoran Nasi Kukus Pok Ya. Bila makan nasi kukus dia, saya lebih prefer bungkus dari makan di kedai. Kenapa? Sebab sambal dia menyengat, sambil air hidung keluar. Hihi... tapi harga dia mahal sikit dari nasi kukus yang Encik Fairus makan. Sini, harga RM9. 


Semalam makan mi kari di foodcourt Lotus. Boleh tahan. Cukup rasa. Harga semangkuk mi kari, RM11. Tak boleh komplen mahal. Nak murah, sila masak sendiri. Huhu.

Saya tak de la cerewet tentang makan ni. Yang sedap, kita boleh repeat pergi. Yang kurang sedap, kita makan diam-diam, rejeki Tuhan bagi, tak elok membazir. Tapi kan, tak boleh menyamai makan di rumah juga, nikmat dia lain maciam.


Contohnya macam pagi tadi, sarapan lewat, pukul 10 pagi lebih. Saya masak dulu. Lauk sambal tumis udang petai, dan goreng ikan rebus. Walaupun ulam kacang botol macam dah layu rupa dia, tapi sedapnya. Terasa nikmat. Dah la bau satu rumah, harum bau sambal tumis. Lepas tu, goreng ikan rebus pun, bau juga. Suami saya balik kerja dia beli roti, sebab tengok saya makan roti sapu garlic spread semalam, dia kata sedap. Tapi bila bau masakan saya tengah masak, terus tak jadi makan roti, makan nasi terus. Hihi... syukur Alhamdulillah. Bila tengok suami dan anak-anak makan masakan air tangan kita juga yang rasa bahagia. 💗

Kerja hari ini

 Lewat sikit keluar rumah, sebab hujan awal pagi. Pukul 8 pagi, barulah keluar tengok pokok. Seperti biasa, belek-belek daun sayur, check kot-kot ada ulat, dan cabut rumput yang tumbuh dalam planter box tembikai. 

Semalam ada pergi Mr. Diy, cari pasu lawa sikit, nak tanam pokok dalam rumah. Juga, singgah nursery pokok bunga, beli tanah. 

Pokok lidah jin atau lidah mentua. Dah beranak-ranak dalam pasu. Jadi, saya korek, dalam 2 anak pokok. Tanam dalam pasu baru beli semalam. 

Anak pokok pertama baru masuk pasu baru.

Anak pokok kedua, baru pindah pasu baru.

Pembersih udara semulajadi, orang kata. Itu pasal saya nak cuba letak dalam rumah.

Satu pokok, saya letak tepi tingkap di ruang tamu.

Satu lagi pokok, saya letak di tepi tingkap, di ruang makan.

Pokok lidah jin ni, cuma perlu disiram sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Harap dapat tumbuh dengan subur di dalam rumah. 

Semalam, selain beli tanah di nursery, saya ada beli satu pokok. Bukan namanya orang pompuan kalau pi nursery, tak sambor pokok satu, ye tak? 🙈 

Saya beli pokok keladi. Kat rumah, tak ada lagi pokok macam ni.

Kerja seterusnya, saya pindahkan pokok ni, dari pasu kecik, ke lebih besar.


Pasu baru tu, beli di Mr. Diy juga.

Close-up sikit pokok keladi baru beli.

Sejenis tumbuhan hiasan. Tumbuhan yang senang ditanam dan tidak perlukan penjagaan yang rumit. Sebab tu, ia popular sebagai tumbuhan hiasan di dalam rumah dan juga di tempat-tempat awam.

Kerja terakhir, saya buat planter box kecil, untuk tanam bawang. Ada bawang sudah keluar daun. Huhu.. nampak benor saya malas masak. 

Ada 4 biji bawang.

Gembar-gemburkan tanah di tapak asal. Buang segala rumput yang ada. Kemudian, tambah tanah yang baru dibeli semalam. Gembur-gemburkan lagi. Siram tanah supaya tanah basah. Kemudian, baru saya letak bawang. Saya tengok tutorial, kena potong sikit bahagian atas bawang sebelum tanam. Tapi saya benamkan je bawang yang sudah keluar daun tu ke dalam tanah. 

Saya pernah cuba tanam bawang, tapi tak berjaya. Takpe, kita terus mencuba. Don't give up. Usaha tangga kejayaan.

Planter box bawang sebelah planter box tembikai.

Last but not least, saya kongsikan gambar bunga ros kuning yang baru berputik.


Pokok ros ni, suka sangat saya letak kulit telur dan kulit bawang sebagai baja. Banyak naik bunga. Suka! 💗

Update pokok jagung

 Saya bukan petani berpengalaman seperti Wak Warisan Tani. Saya masih belajar, bereksperimen dalam bidang bercucuk tanam ni. Bukan semua pokok atau biji benih yang saya tanam berjaya hidup dengan subur. Saya masih mencuba. 

Setakat ni, tanaman yang saya berjaya tanam dari biji benih atau rizom, dan berjaya kutip hasil, maksudnya, saya boleh ambil untuk masak di rumah, adalah sayur sawi jepun, cili padi hijau, lengkuas, daun pandan, pokok kunyit dan ulam raja. 

Pokok jagung adalah salah satu pokok yang asing bagi saya. Saya suka makan jagung yang dibakar atau direbus, tapi tentang pokoknya, asinglah bagi saya. Bila berjaya tanam dari biji benih dan tumbuh, saya tersangatlah gembira, walaupun belum keluar buah lagi.

Ada sebatang je pun pokok jagung. Mari tengok. 

Gambar pada 24 Disember 2024

Ada keluar macam padi pulak kat atas jagung tu. Manalah saya tahu akan mekanisme pokok jagung ni. Seumur hidup, saya tak pernah tengok pokok jagung dari dekat. Saya ingat, yang rupa macam padi kat pucuk pokok tu, akan menjadi buah jagung. Nak gelak, silalah gelak. Saya memang jakun. Tahu tanam je. 

Gambar pada 26 Disember 2024

Oh, bunga rupanya. Bukan buah jagung. Apedaaa... saya tahu ini bunga, sebab ada lebah datang hinggap pada bahagian pucuk pokok jagung ni. Kan rupa dia macam padi, kan. Semakin tunduk, semakin berisi. 

Pokok jagung, dari sudut lain. Dah meninggi dia.

Gambar pada 28 Disember 2024

Uit, ape benda ni? Macam janggut buah jagung je. Oh, rupanya, buah dia jadi kat batang pokok. Hahaha... amenda la aku ni. Jakun kejap. Ha, suka, suka! 

Dari sudut lain, di mana buah keluar.

Alhamdulillah. Pertama kali cubaan menanam pokok jagung sampai keluar macam ni. Saya harap, beruk liar tak nampak la akan kewujudan buah jagung yang sedang membesar ni. Pokok tembikai saya dulu pun berjaya berbuah, tapi tak sempat besar sehingga saiz yang dikehendaki, sudah dicuri oleh beruks. 

Itu pasal saya suka bercucuk-tanam ni. Saya belajar benda baru tentang pokok yang saya tanam. 💗

Lain-lain entri tentang pokok jagung yang saya tanam.

Kerja Semalam 

Check Pokok Lepas Hujan

Tengok Kahar: Kapla High Council

 Pada hari Isnin lepas, 23 Disember, saya dan keluarga pergi nonton wayang, movie Kahar: Kapla High Council.


Ini berikutan lepas tengok drama bersiri Project High Council di Netflix. Drama bersiri ni, lain daripada siri-siri melayu yang pernah saya tonton di tv. Cerita tentang budak-budak lelaki di sekolah berasrama. Ada drama tentang keluarga mereka juga. Pandai pelakon-pelakon muda ni berlakon. Sangat real. Saya suka dengan lakonan Mierul Aiman, Nadhir Nassar, Naim Daniel dan Amir Ahnaf. Walaupun 3 pelakon dalam drama bersiri ini tidak ada dalam filem Kahar: Kapla High Council ni, mereka cuma buat penampilan cameo, tapi kita ada rasa nak tahu, apa jadi pada Kahar lepas peristiwa si Ayam jatuh dari tingkat 3 tu. High Council pun sudah berakhir semasa batch dia orang.

Movie ni menceritakan tentang macamana Kahar boleh jadi Kapla High Council. Adegan manifesto atau pergaduhan pun real. Ada moral dia. 

Tiket wayang kami.

Untuk drama bersiri Project High Council, saya bagi 5 ☆☆☆☆☆

Untuk filem Kahar: Kapla High Council, saya bagi 4 ☆☆☆☆

Sebagai ibubapa, risau juga bila anak-anak masuk asrama. Based on untold Malaysian stories. Dengan macam-macam halnya. Walaupun anak-anak saya semua sekolah harian saja, bila lepas SPM baru mereka tinggal di asrama U dan politeknik. 

Kalau anak-anak muda tengok cerita ni, mesti rasa semangat nak jaga badan, sebab semua pelakon cerita ni, badan lawa, ada six packs. Ya Allah, ampuni dosaku.

Paling akhir saya baca, movie Kahar: Kapla High Council ni telah kutip RM12 juta. Wah... boleh tahan. Dan ada post-credit scenes. Lepas kredit naik, jangan bangun lagi, tau. Macam tengok movie Marvel pulak. Scene pendek je, ada Fakhri jumpa Kahar. 💗  

Makan besar sempena anniversary

 Pada 24 Disember, saya dan keluarga pergi makan besar, di kedai tomyam berdekatan dengan rumah. Sempena menyambut ulang tahun perkahwinan saya dan suami yang ke... berapa yek... sekejap nak kira. Nikah tahun 2001, jadi sudah 23 tahun la, perkahwinan kami. Alhamdulillah, syukur. 

Dua orang anak ikut. Sorang lagi, tak dapat join, sebab kawan-kawan dia datang bertandang di rumah. Lebih baik kawan-kawan anak bujang datang sembang di rumah, dari deme melepak di luar, pada saya la. Apijan pun dah lama tak jumpa kawan-kawan dia, sebab masing-masing sudah masuk U atau kolej, sementara Apijan masuk Politeknik.

Ok, berbalik pada topik makan.

Menu yang dipesan.

 Pesan telur dadar 4 butir, buat 2 biji, 2 biji. Ada daging masak merah, ikan siakap masak masam manis dan udang celup tepung. Kedai ni, specialty dia, udang celup tepung. Setakat ni, tak jumpa lagi udang celup tepung yang sedap dan crunchy, boleh makan dengan kulit-kulit. Dihidang bersama sos cili yang dicampur daun ketumbar dan bawang putih. Peh! Nasi sorang satu pinggan, manakala saya dan suami share nasi putih separuh separuh. Ambil pinggan kosong. Dah tahu dah, sini portion nasi banyak, haruslah kongsi.

Close-up udang celup tepung dan ikan siakap masam manis.

Semua habis, kecuali udang tepung, bawa balik pada Apijan yang tak ikut. Alhamdulillah, nikmat dapat makan sedap-sedap ni.

Kucing kedai yang nak tumpang bermanja.

Alhamdulillah juga, kerana Allah lanjutkan usia perkahwinan kami. Saya bersyukur kerana punya suami yang penyayang pada anak-anak dan bertanggungjawab, cari rezeki untuk saya dan anak-anak. 💗

Tembikai pula jadi mangsa

 Mangsa terbaru serangan ulat, pokok tembikai. 

Mula-mula, daun anak pokok tembikai bertukar jadi kehitaman. Lama-lama, mati. Saya ingat, mungkin ada kucing pi kencing kat pokok. Salah rupanya. (sori kucing, kena tuduh, huhu).

Semalam saya tak tengok pokok-pokok, sebab saya mengemas dalam rumah. Lap kabinet pinggan, dan cuci pinggan mangkuk dari habuk. Penatnya. Langsung tak tengok pokok.

Hari ni tengok, banyak daun anak pokok tembikai jadi hitam.

Kecik je ulatnya. Berbulu pula badan ulat. 


Jadi, saya potong dengan cutter, daun dan batang yang terjejas.

Belakang daun yang ada ulat


Mencabar rupanya jadi petani ni. Sebelum ni, pokok sawi jepun kena serangan ulat hijau. Anak pokok tembikai pula jadi mangsa serangan ulat ni. Kalau boleh, saya tak mahu spray racun serangga pada tanaman saya, sebab nak kekalkan organik. Baja pun saya tak guna baja kimia, saya guna sisa dapur je. Hmmm... nantilah saya tanya pada yang pakar. Kalau dah ada cara penyelesaian nak elak pokok kena serangan ulat ni, saya akan kongsikan di blog. 

Pokok tembikai yang sihat

Harap pokok lain yang masih sihat tumbuh dengan subur dan mengeluarkan buah. Saya pernah tanam tembikai dan berbuah, tapi belum sempat ambil hasil, beruk liar dah curi dulu. Huhu... 💗

Walk untuk makan sedap

 Musim anak-anak cuti ni, diet pun macam bercuti, hilang dibawa angin lalu. Huhu.. hadoi. Jadi, nak tak nak, kena paksa diri berjalan pagi-pagi. Nak makan sedap sedap, kenalah berjalan-jalan, supaya balance. Kalau masuk je, tak de yang terbakar, habislah... nak naik badan memang sekejap. Nak turunkan berat, tak turun-turun. Acaner tu? 

Langit pagi semalam

Jalan-jalan semalam, iaitu 23 Disember 

Sesi pagi

Jarak: 5.2 kilometer

Masa: 1 jam 13 minit

Kalori burn: 265

Sesi petang

Jarak: 1.43 kilometer

Masa: 31 minit

Kalori burn: 113

Semalam ada pergi berjalan-jalan di waktu petang, dengan anak-anak, di Taman UTP. 

Apijan posing dengan dinasour

Pertama kali bawa anak-anak ke taman UTP ni. Jalan-jalan tengok dinasour.

Jadi, tak rasa bersalah sangat makan double cheese burger semalam. Tapi still rasa lain macam, sebab minum air manis. Huu... saya tak kuat.

Hari ni punya jalan-jalan pula.

Jalan 24 Disember

Jarak: 5.23 kilometer

Masa: 1 jam 12 minit

Kalori burn: 266

Pokok kacang bantut keluar kacang sebiji.

Lagi-lagi suami tengah cuti. Asyik rasa nak jalan-jalan cari makan je dengan keluarga. Nikmatnya, syukur Alhamdulillah. 💗

Check pokok lepas hujan

 Biasanya, lepas balik dari berjalan kaki waktu pagi, saya akan tengok pokok-pokok tanaman. Tapi sebab semalam hujan. Jadi, tak pergi jalan kaki. Sarapan dulu bersama keluarga. Lepas sarapan, hujan pun berhenti. Barulah saya pergi tengok tanaman.


Tudiaa... penuh ulat hijau di belakang daun pokok sawi jepun. Huuu.... habis la, beberapa pokok yang masih kecil. Tak sempat nak besar. Itu la, saya perasan, bila lepas hujan je, mesti ada ulat hijau ni makan sayur yang saya tanam.

Saya tak spray racun serangga. Sebab nak makan, kan. Selalunya, ada la sekor dua. Ini rekod paling banyakla, ulat yang saya pernah jumpa pada satu daun. 


Update pokok jagung yang semakin membesar, Alhamdulillah. Suka dia, dapat pindah dari pasu ke tanah, saya ada cerita di entri ni. Belah kanan jagung, saya tanam serai, belah kiri jagung saya tanam halia.


Gambar lebih dekat pokok halia. Nampaknya, makin besar juga. Saya tanam sebab ada halia tua yang saya beli, dah ada tunas keluar dari mata halia tu (nampak benor malas masak, beli stok dapur tapi tak guna 🙈). Saya potong kecil, dan letak atas tanah. 

Boleh nampak kulit telur dalam gambar di atas? Itulah baja yang saya guna. Sampah dapur, saya letak pada tanaman. Saya ada cerita tentang sampah dapur ni, di entri ni.

Alhamdulillah. Suka bila hujan turun, sebab tak perlu siram pokok dan tanaman semua segar bila dapat air. Cuma itulah, bila lepas hujan je, kena check sayur segera, kalau tak, kena makan ulat hijau. 💗

Nak share Zus wrapped 2024 juga

 Sebab terbaca di blog Ammi, Zus pun ada buat wrapped 2024. Dengan gigihnya saya install balik app Zus walaupun sudah uninstall sebab berhenti minum kopi. Saje je, nak tengok rangkuman berapa banyak kopi dah beli dengan Zus ni. Yang saya tahu, memang banyak. Bukan kopi Zus je, kalau saya nampak kopi, saya akan beli, kadang beli Richiamo, kadang beli Gigi, kedai kopi hipster, kopi family mart, 7-Eleven, semua la, saya beli, dulu. Baik, marilah kita tengok.


Baru je install, sebab tengok anak guna app Zus ni. Saya bukanlah orang yang suka install banyak-banyak app dalam handphone. Tapi sebab nak senang order kopi dan tak perlu tunggu, bila dah siap kopi kita, kita boleh terus pick-up, sebab itulah saya install app ni. Dan tak lama pun dia duduk dalam phone.


I like my coffee black, no sugar, no milk. Paling banyak order, americano panas. Kadang-kadang baru saya order hazelnut latte panas. Saya dah lama berhenti ambil minuman manis, dan saya tak minum air ais.


Tudia la... 79 cawan kopi order tahun ni. Bukan saya minum semua, ada sekali saja saya order untuk saya sorang. The rest, saya order 2 cawan kopi, iaitu untuk saya dan suami. Meh kita kira. Purata ye. 

Americano = RM6.90

Latte Ice = RM9.90 (peberet kopi suami)

Purata = (RM6.90 十 RM9.90) ➗ 2 = ± RM8.40 satu cawan

Ada 79 cawan kopi - (8.40 x 79) =± RM663.60 

Banyak tu! Itu baru Zus, belum kira lagi kedai kopi lain. Sebab tu la, saya ambil keputusan berhenti minum kopi. Sebab anak saya cerita, yang ada orang berhenti minum starbucks tu, hujung tahun dengan duit yang dia jimat, dia boleh pergi holiday overseas. Saya bukan nak holiday overseas, saya cuma nak simpan lebih banyak dalam tabung haji, supaya dapat pergi haji. 


Ha, itu la saya, the purist, kopi takde gula dan susu. 

Gitu ler. Harap saya dapat terus menahan diri dari minum kopi. Seminggu, sekali je, ok. Setakat nak melepas gian, itu pun bancuh sendiri kat rumah. Hehe.. 💗

Kutip sayur

 Hari ni, ada kutip sayur sikit.


Ada 2 jambak sawi jepun atau pak choy, dan beberapa bayam. Sebab semalam hujan on and off sampai ke pagi, risau juga ulat hijau tu datang menyerang. Baik kita kutip dulu, walaupun sayur-sayur ni boleh besar lagi. 


Tumis bawang putih dicincang guna olive oil. Pecah telur 2 biji. Lepas telur masak, baru masukkan sayur. Saya letak black pepper sikit. Garam tak letak.

Alhamdulillah. 💗

Semai cili besar

 Cili besar atau cili hidup.

Cili padi hijau sudah pun naik beberapa anak pokok. Hari ni, kita tanam cili hidup pulak.

Biji cili

Hari tu masa masak lauk, ada guna cili sebiji. Teringat yang saya masih belum ada pokok cili hidup ni. Jadi, saya pun keluarkan la biji. Sudah keringkan 2-3 hari.


Sepatutnya, semai dalam polibeg. Tapi, tanah hitam saya pun tak berapa nak banyak. Jadi, guna pasu kecik-kecik ni je, yang saya beli di kedai Eco.

Ada 6 pasu kecik, semai cili hidup.

Bagi dia kawan dengan pokok kacang panjang. Nanti dah besar, boleh transfer tempat lain.

Setakat ni, saya gagal lagi untuk tanam cili hidup ni. Kalau cili padi, berjaya, dah banyak kali tuai dan guna untuk masak. Marilah kita tengok kali ni, dia jadi pokok ke, atau berjaya buah ke tidak. Ada sekali dulu, tumbuh, tapi pokok diserang bena putih tu, mati terus, tak sempat keluar hasil. 

Tumbuh dengan subur ye, cili hidup. Cili besar mahal, oi. 💗

Manjanya dia

 Pagi tadi masa keluar berjalan-jalan hirup udara pagi, ada kucing datang dekat.


Alahai... nak minta manja. Usap-usap sikit kepala kucing, lepas tu sambung jalan, tengok belakang, dia ikut kita.

Celah kaki kita pun dia lalu

Sihat dan sedang bunting kucing ni. Kucing jalanan, yang tinggal di sekitar taman rekreasi dekat rumah.

Sini ramai je yang bagi makan kucing jalanan. Kalau tak catfood, yang bagi ikan segar pada kucing pun ada, sebab ada juga orang memancing.

Sampai twist-twist badan layan budak manja ni.

Terapi juga melayan kucing ni, bila dia start bunyi pur-pur. Agak jauh juga kucing ni ikut saya. Lepas tu, bila dia dah penat, saya toleh belakang, dia sudah berhenti duduk. Jumpa esok, kucing, Insya-Allah.

Jalan-jalan di hari Jumaat yang mulia.

Jarak: 6.07 kilometer

Durasi: 1 jam 29 minit

Kalori burn: 313

Esok hari Sabtu. Pembaca sekalian ada yang nak pergi bercuti ke mana-mana? 💗

Pages (22)1234567 Next »
Powered by Blogger.