Assalamualaikum, semua... Selamat hari raya korban... anda sedang berada di kampung ke tu? Saya tak ke mana-mana. Suami saya bekerja. Jadi, kami beraya di rumah saja.
Hari ni, kita semua menyambut Hari Raya Aidiladha. Ada yang memanggilnya Raya Haji, ada juga yang lebih selesa dengan sebutan Raya Korban. Walau apa pun panggilannya, intinya tetap sama, sebuah perayaan yang mengingatkan kita tentang erti pengorbanan, keikhlasan dan keimanan.
Sejarah Dari Kisah Nabi
Saya suka merenungi kembali kisah Nabi Ibrahim a.s. bersama anaknya, Nabi Ismail a.s. Bayangkan, seorang ayah yang begitu lama menunggu kehadiran cahaya mata, akhirnya diuji oleh Allah swt untuk mengorbankan anak yang sangat disayangi - satu perintah yang amat berat untuk difahami oleh akal manusia biasa.
Namun, atas dasar ketaatan dan kepercayaan yang tidak berbelah bahagi kepada Allah, Nabi Ibrahim tetap bersedia melaksanakannya. Dan Nabi Ismail pula, seorang anak muda yang begitu patuh kepada perintah Allah, menerima ketentuan tersebut dengan hati yang redha.
Di saat itu, Allah menggantikan Nabi Ismail dengan seekor kibas - simbol bahawa ujian itu bukan tentang darah atau daging yang dikorbankan, tetapi tentang keikhlasan hati dalam menyerahkan sesuatu yang kita cinta demi mentaati perintahNya.
Pengorbanan dalam kehidupan seorang suri rumah
Sebagai seorang suri rumah, kisah ini sangat dekat dengan saya. Kita mungkin tidak perlu menyembelih haiwan setiap hari, tetapi dalam kehidupan seharian, kita juga berkorban dalam pelbagai cara.
๐Kita korbankan masa tidur untuk bangun awal sediakan sarapan untuk keluarga.
๐Kita korbankan keinginan peribadi demi memastikan anak-anak membesar dengan kasih sayang.
๐Kita korbankan cita-cita yang mungkin terpaksa disimpan sementara untuk memberi ruang kepada keluarga
๐Kita berkorban tenaga, sabar, dan emosi - dan kadang kala semua ini dilakukan tanpa sebarang tepukan, penghargaan atau pengiktirafan.
Namun, begitulah fitrah pengorbanan - ia dilakukan bukan untuk dilihat, tetapi kerana rasa cinta dan tanggungjawab. Sama macam pengajaran dari Hari Raya Korban ini, pengorbanan yang paling bernilai adalah yang lahir dari hati yang ikhlas.
![]() |
Rendang daging dalam pressure cooker, jemput naik atas meja. |
Semalam pergi pasar, saya beli daging. Keadaan di pasar lebih sesak berbanding hari biasa. Beli dua kilo daging, harga RM78. Balik rumah, masak rendang dalam pressure cooker. Sengaja buat rendang berkuah, sebab nak makan dengan nasi.
Ibadah Korban
Jika balik kampung di Kelantan, orang sana melaksanakan ibadah korban di rumah masing-masing saja. Satu ekor lembu, satu keluarga. Di sini, korban dilakukan di masjid.
Di saat ramai saudara kita di serata dunia melaksanakan ibadah korban hari ini, marilah kita juga mengambil sedikit masa untuk merenung apa lagi yang boleh kita korbankan — mungkin ego kita dalam hubungan, mungkin masa melayari newsfeed atau reels di media sosial untuk lebih dekat dengan Allah, mungkin sifat malas untuk menjadi insan yang lebih baik.
Hidangan Raya Kami
![]() |
Lemang siap dipotong |
Petang semalam, keluar bersama suami, cari lemang. Ada beberapa tempat di Manjung, yang jual lemang. Ada tempat, ramai sangat orang beratur, panjang barisannya. Kami pilih tempat jual lemang yang kami pernah beli masa hari raya puasa yang lepas. Beli dua batang, satu harga RM16, dan sebatang lagi harga RM14. Alhamdulillah, sedap, makan dengan rendang daging homemade.
Hari ni untuk sarapan, panaskan lemang menggunakan pengukus baru beli.
Baca sini ๐ Beli pengukus dan Resepi Ayam Kukus Sambal Embe
Masak nasi baru. Nasi semalam licin, habis. Panaskan rendang daging. Dan lauk tambahan baru, walaupun tiada kena mengena dengan menu raya.
![]() |
Telur dadar dan popcorn chicken |
Suami pun baru balik kerja shif malam. Jadi pagi ni, lepas solat raya, kami sarapan satu keluarga. Alhamdulillah. Tak lama lagi, anak sulung, Amirul, sudah hendak berangkat pulang ke sarangnya di Dungun, lagi 2 hari saja lagi. Rezeki dapat makan sedap dan nikmat terasa bila duduk bersama lima beranak satu meja, sambil menjamu selera, melayan keletah mulut masing-masing yang tidak habis bercerita.
๐ธ Salam Aidiladha dari saya, yang masih sedang belajar untuk terus berkorban dengan hati yang ikhlas. ๐ธ
Jumpa lagi, ye. ๐
Salam Aidil Adha Tot.
ReplyDeleteTerkesan baca entri ini.
Saya sentiasa berpegang kepada 'ikhlas' dengan makna melakukan sesuatu tanpa mengharap sebarang balasan. Dulu ikhlas, tapi jauh. Sejarang, cukuplah dengan mengharap redha Allah. In syaa Allah dapat ganjaran berlipat ganda di akhirat sana.
Salam Aidiladha, Kak Amie. ๐ค
DeleteSamalah kita, kak. Apa-apa pun, untuk cari redha Allah je. Motivasi juga bila semangat hilang. Suka baca komen Kak Amie. ๐
Selamat hari raya aidiladha.
ReplyDeleteSelamat hari raya korban, Cie.
DeleteSelamat hari raya kak tot sekeluarga. Semoga semua pengorbanan kita mendapat nilaian disisi Dia. Aminn
ReplyDeleteSelamat hari raya, SS.
DeleteAmin, YRA.
Selamat Hari Raya Aidil Adha Nur ✨
ReplyDeleteSama² kita mujahadah korbankan segala sifat mazmumah dlm diri.
Murah lemang dekat sana... Sini RM20 & 22 sebatang
Salam Aidiladha, PH.
DeleteBaik. Insya-Allah. Kita cuba.
Mungkin di tempat PH, buluh besar, tak. Itu mahal sikit.
Kalau hari raya aidiladha ni, saya teringat dgn saudara kita di palestine. Sudah 2 kali aidilfitri, 2 kali aidiladha, mereka masih menghadap ujian yg tak pernah berhenti.
ReplyDeleteSemoga segala pengorbanan mereka akan diberikan ganjaran yg selayaknya di syurga kelak
Kann... dia orang lagi susah. Kita at least, dapat juga makan. Deme nak makan pun tak cukup.
DeleteAmin, YRA. Mudah-mudahan. Allahuakbar.
Alhamdulillah...sungguh, ikhlas itu mahal dan susah...semoga apa juga yang kita lakukan, kita ikhlaskan segalanya...aamin...
ReplyDeleteEh, semalam pun linda beli lemang dekat Manjung, bawa balik Taiping
Amin, YRA. Insya-Allah, kita cuba ye, Linda.
DeleteTudia... entah-entah kita selisih, tapi tak kenal. Tapi petang yang esok nak raya tu, memang ramai orang. Hari raya udah kurang orang beli lemang. Beli di tepi jalan satu barisan dengan mamak biriyani tu ke?
Beli dekat jalan pasar malam di TF tu... Dekat kawasan lapang... Kami dari Aeon Manjung.
DeleteOoo... kat situ. Lain tempat, akak beli belah Mamak Biriyani sana kat simpang Lotus nun.
DeleteSalam Aidiladha 2025.
ReplyDeleteSalam Aidiladha, BK.
DeleteSalam Aidil Adha, Nur.
ReplyDeleteTahun ini saya seorang tidak balik kampung.
Salam Aidiladha, NA.
DeleteOoo... awat tu? Rehat di rumah saja, ya.
Haah. Buat rutin berbeza.
DeleteBagus juga tu, lari dari kebiasaan. Saya pun teringin, tapi belum berkesempatan.
DeleteAllahu.. setiap bait penuh pengertian dan menyentuh perasaan. Ternyata, korban bukan setakat menyembelih lembu atau kerbau. Salam Aidiladha buat Nur sekeluarga.
ReplyDeleteYe, SK. Korban dalam pelbagai bentuk.
DeleteSalam Aidiladha, SK. ๐ค
Salam Aidiladha. Setiap orang mempunyai kisah pengorbanan yang tersendiri. Banyak pengorbanan yang diiringi air mata. Banyak juga pengorbanan yang dilalui secara diam-diam kerana tidak ada orang yang mampu memahaminya kerana tidak berada di kasut yang sama. Lauk raya korban Tot bikin kelaparan๐
ReplyDeleteBetul apa yang KSarie cakap. Tapi Allah tahu, itu dah cukup. ๐ค
DeleteSaya dah 3 hari makan lemang. Ater, camana ni. Lemang beli dah habis, ada orang sedekah lemang lagi. Rejeki. Alhamdulillah.
Selamat Hari Raya Aidiladha kak Nur dan keluarga. Kita ambil iktibar daripada peristiwa Hari Raya Korban ni. Semoga ibadah korban kita diterima dan diberkati Allah SWT serta mendapat ganjarannya pahalanya. Aamiin...
ReplyDeleteSyukur dapat lemang yang sedap. Sedap tu makan dengan rendang berkuah selain makan dengan nasi.
Salam Aidiladha, Fizah. Aminn... YRA. ๐คฒ
DeleteAlhamdulillah, sedap, lemang.
Selamat hari raya. Setiap apa yang kita perbuat biarlah kerana Allah. Dan selalu lah bersyukur atas limpah kurnia NYA.
ReplyDeleteSelamat hari raya, Notie. Itu la, niat kena betul, kerana Allah. Barulah ada keberkatan. Insya-Allah.
DeleteSalam Aidil Adha. Moga ibadah kita diterima Nya. Aamiin.
ReplyDeleteSalam Aidiladha, Mulan. Amin.. YRA.
DeleteBetuuul kak nur. Pengorbanan yg dimaksud sesungguhnya pengorbanan dari hati kita utk menjadi lebih baik. Dan membuktikan bahwa kita ikhlas melakukan apapun demi Allah semata. Bukan bentuk kurban nya, tapi apakah kita selama ini rela melepas milik kita demi mengharap redha Allah. Lagipun dipikir2 tak ada 1 pun barang yg kita miliki, yg benar2 milik kita. Semuanya titipan.
ReplyDeleteAkak suka ayat last komen Fanny. Betul! Tak ada satu pun kita punya. Semuanya pinjaman. Thanks, Fanny. ๐ค
DeleteSalam iduladha
ReplyDeleteSelamat menjalani ibadah qurban
Salam Aidiladha, Wak.
DeleteBlom lewat lagi rasanya SA nak ucapkan Salam Aidiladha..lambat blogwalking..sibuk dengan urusan kerjaya
ReplyDeleteSalam Aidiladha, SA. Takpe, SA. Kita blogwalking bila free je, slow-slow ikut masa sendiri.
DeleteSalam Aidiladha buat semua. Semoga pengorbanan kita diterima dan diberkati Allah.
ReplyDeleteSalam Aidiladha, CCL. Amin... mudah-mudahan.
Delete