Pertama kali makan Pak Nasser's Nasi Lemak Ayam Rendang

 Tarikh 7 Jun, bersamaan Hari Raya Haji.

Suami kerja di hari raya. Dia habis kerja petang. Bila balik, suami ajak mengopi. Kami ke Aeon Mall.

Masa beli kopi Zus melalui aplikasi, saya tebus voucher untuk hot meal yang dapat percuma masa harijadi bulan Mei lepas. Sebelum sampai tarikh luput, baik tebus dulu. 

Saya baru tahu yang bukan setiap menu ada pada setiap cawangan. Contoh, untuk kategori Hot Meal, jika saya pilih cawangan dekat rumah, ada Mee Hoon Goreng Siam, Zus Signature Chicken Lasagna, Korean Mac and Cheese, Pak Nasser's Nasi Lemak Ayam Rendang dan Spagetti Carbonara.

Tapi, sebab kami berada di Aeon, maka saya perlulah pilih cawangan di situ. Pilihan Hot Meal yang ada cuma chicken lasagna, nasi lemak ayam rendang atau spagetti carbonara.

Boleh tebus voucher untuk satu saja hot meal, jadi kami pilih nasi lemak rendang ayam. 


Pak Nasser's Nasi Lemak Ayam Rendang Zus
Tadaaa... 

Kami kongsi makan berdua. Comel je nasi lemaknya. Tapi cukup rasa belaka, dari sambalnya ke rendangnya. Ooo.. inilah nasi lemak yang orang naik kapal terbang makan tu, ye.

Pak Nasser's Nasi Lemak Ayam Rendang Zus
Dah makan baru ingat nak ambil gambar.

Patut orang cakap, sedap. Memang sedap, pun. 😋😁

Saya ada terbaca, nasi lemak ini sudah boleh didapati bukan saja di Zus, di Tealive pun boleh, dan beberapa cafe terpilih. 

Harga nasi lemak rendang ayam ini, jika beli melalui aplikasi Zus, ialah RM12.90. Tapi sebab saya tebus voucher, percuma je la hari tu, kami beli ni. Bayar untuk dua cawan kopi sahaja. Alhamdulillah.

Ok la, tu je nak cerita. 

Jumpa lagi, ye. 💗

Share:

48 ulasan:

  1. Baru tau ada Nasi Lemak Pak Nasser di Zus. Mengundang kelaparan bila membaca post ini di waktu malam.

    BalasPadam
  2. Zus tempat Cie ada jugak nasi lemak pak nasir ni baru juga lagi belum pernah try.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ooo... ha ah, boleh nampak kat dalam display rak makanan Zus tu, kan.

      Padam
  3. Eh baru tahu Nasi Lemak Pak Nasser di Zus dan tealive. Nanti bolehlah rasa kalau ada branch yang ada jual di sini. Untuk juga tu tebus meal yang berbaloi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha ah, Fizah. Alhamdulillah, dapat voucher, boleh la merasa.

      Padam
  4. Sy belum pernah try nasi lemak PN ni... Memang ramai org puji katanya sedap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu la, saya pun selalu dengar akan kesedapannya. Ini baru dapat merasa.

      Padam
  5. Rendang kesukaanku, tapi harga daging sapi di indo lagi mahal banget. tembus Rp. 120rb per kilonya loh bu hmmmmmmm

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebab itu la makan daging jarang-jarang, sebab harganya, ya. Atau kalau teringin sangat, boleh beli portion kecil, tak perlu sampai sekilo daging.

      Padam
  6. waahhh dah ada jual di Zus & Tea Live rupanya ye? nak kena try jugalah nanti hehe

    BalasPadam
  7. wak blom try mkn nasi lemak kat Zus nih., hehe

    BalasPadam
  8. oh dah ada jual kat daratan ye. Ingatkan hanya di udara je. Kena cari ni.

    BalasPadam
  9. Nasi lemak, rendang ayam...wow betapa sedapnya, Mbak.
    Baru sekali saya mencoba makan nasi lemak dan rendang ayam di salah satu resto di Sukabumi. Gara-gara penasaran bagaimana rasa nasi lemak karena sering kali ditulis oleh blogger-blogger Malaysia.
    Ternyata memang nasi lemak itu sedap...

    Salam,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap kan, Pak Asa. Saya pun suka makan nasi lemak.

      Padam
  10. Kalau serba-serbi rasa cukup, maknanya sedaplah nasi lemak Pak Naseer ni kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iya, SK. Tapi sebab harga dia, sekali-sekala boleh la.

      Padam
  11. Dapat percuma ya. Aha pernah makan masa dalam kapal terbang. Haha muak sebab ambil 2 kali untuk sarapan dan makan petang.

    BalasPadam
  12. Oh baru tau kat tealive pun ada pak nasser ni
    Saya kalau naik AA jarang sikit order nasi lemak ni, lebih minat order makanan lain. Tpi mmng ramai kat sedapp

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, gitu. Ye la, nasi lemak, kat sini pun dah biasa makan. Naik kapal terobang mesti nak cuba makanan lain, kan.

      Padam
  13. Dulu kalau naik AA memang akan booked NLPN ni...skrg kat Zus pun ada jual kan..last week baru makan....

    BalasPadam
  14. Naik AA kadang order nasi lemak ni memang sedap

    BalasPadam
  15. oh menu pak naser ada di ZUS..biasa tau yg dlm flight je

    BalasPadam
  16. Kalo naik airasia, anak saya pasti pilih nasi lemak. Sedap memang, tp tak bisa menyaingi nasi lemak yg dijual bungkus daun 😅😄😄👍. Yg saya kurang suka sambal nasi lemak pak nasser tak pedas. Tapi paham lah, Krn utk makanan pesawat memang tak boleh pedas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha... betul juga tu, Fanny. Nasi lemak daun pisang juga terbaik! 👍

      Padam
  17. Dalam flight airasia pun pak nasser jugak kan.. mmg sedap ... Huhuu..

    BalasPadam
  18. Balasan
    1. Itula. Dia ada standard tertentu kan, Linda, makanan dalam kapal terobang ni.

      Padam
    2. Kita belum ada rezeki naik kapal terobang lagi kak.. Hihihi

      Padam
    3. Insya-Allah, nanti ada rejeki, mana tahu, terus Linda dapat terobang buat umrah, macam akak. Kuasa Allah belaka.

      Padam
  19. Ammi tak pernah pun dpt voucher gini di Apps. Atau ammi yg tak perasan. Kadang2 tau2 je rrward dh expired ahakss

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe.. kena selalu check kat rewards tu, Ammi. Sebulan sekali, dia bagi rewards baru.

      Padam