Tuesday, June 17, 2025

Hari-hari tebus voucher Zus

 Tarikh 8 Jun 2025, bersamaan hari kedua Hari Raya Haji.

Masa tu, anak sulung saya, Amirul masih ada di rumah. Dia pun sama juga, layan kopi. Waktu entri ini ditulis, Amirul sudah balik Uitm Dungun. 

Jadi, kita claim voucher lagi di aplikasi Zus. Ayoyo... hari-hari tebus voucher. Harap hujung tahun bila Zus buat recap berapa banyak cawan kita beli, dia bagi saya percutian percuma sebab hari-hari beli. Eh, takdelah hari-hari.

Kali ni, tebus voucher yang penghantaran percuma. Bagus ye, beli kopi tak perlu ke kedai. Rider foodpanda tolong hantarkan. Tiada caj penghantaran. Bayar untuk kopi sahaja.

Sekali-sekala, mama teringin juga minum Spanish Latte. Asyik americano kosong je, selalunya. Peh, nikmat rasanya. 😋 Alhamdulillah.


Hot Spanish Latte Zus Coffee
Ayor Spanish latte panas

"Coffee may not solve all your problems but it's a good start"

Bila dapat kopi panas, barulah rasa terbeliak biji mata yang layu. Langsung bersemangat untuk siapkan kerja rumah. Berusaha! 💪

Bahagia ikut cara kita sendiri. Cara saya, inilah dia, kopi. 😍 Orang lain mungkin dengan pergi bercuti, hiking, membaca, menonton KDrama, dan sebagainya. 

Boring ke, baca blog saya ni, kalau tak cerita pokok, cerita kopi. 😁

Kome buat apa tu? Udah makan ke belum?

Baiklah. Jumpa lagi, ye. 💗

36 comments:

  1. Voucher free delivery kat dalam apps zus ke? Kenapa kt apps saya tk abis2 voucher 10% off utk handcraft drinks jee.

    Ke jadi elite member zus baru ada voucher tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Mazni, dalam app Zus. Ye, untuk elite members only. Naik pangkat dulu, kena selalu beli, baru naik ke Elite. Bila dah naik Elite, tiap-tiap bulan dapat voucher free delivery, free add-on dan complimentary drink satu untuk setiap 8 cawan kopi yang dibeli.

      Delete
  2. Selain CEO Latte, SA pun suka Spanish Latte...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap kan, SA. Saya tak pernah cuba CEO Latte. Nanti nak try.

      Delete
  3. boleh geng ni..coffee lover..
    dpt kopi terus ok mood

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yay, high five sikit! ✋
      Kan... MA. Nikmat rasanya!

      Delete
  4. Saya kalau beli kopi Zus memang Spanish Latte manjang. Tapi suka yang sejuk. Cuma tak boleh nak beli selalu sebab duduk tempat jauh dari bandar, tak ada Zus tak ada rider delivery makanan 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya suka duduk tempat remote macam tu, Ujie. Jauh dari bandar, jadi tenang fikiran.

      Delete
  5. Sy belum terjebak dgn kopi² ni...
    Penuh stationery atas meja tu Nur, macam meja cikgu dah ahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baguslah PH.
      Hehe.. saya macam koperasi sekolah. Bila anak nak pen, dah ada beli, dia ambil je saya punya. Itu kena make-sure semua stationery ada.

      Delete
  6. Saya pecinta kopi
    sehari bisa 10 gelas kopi
    Mau tidur ,bahkan minum kopi dulu
    Bangun tidur minum kopi lagi, dan seterusnya
    Jika sakit pinggang sudah terasa, baru dah sadar, minum air putih

    ReplyDelete
    Replies
    1. OMG, banyaknya Encik minum, sampai 10 cawan? Waduh...
      Hahaha... sudah sakit baru sedar diri ye, encik.

      Delete
  7. Seronoknya dapat mengopi hari-hari. Untung juga dapat tebus voucher selalu. Itu yang buat rasa nak membeli selalu kan. Kalau dapat percutian tu memang lagi rajinlah orang beli kopi. hihi..Saya pun begitu, dapat kopi bahagia rasa. Blogwalking je ni kak. Alhamdulillah, makan sudah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama lah kita, ye Fizah. Rasa bahagia bila mengopi. Alhamdulillah.

      Delete
  8. Bong suka sgt latte latte hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. Bong ni, umur berapa, Ana? Tak pernah tanya.

      Delete
  9. duk cari mana la blog Kak Nur..rupanya dah bertukar wajah,maklum la saya baru timbul lama tenggelam haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la, Afzan ni. Mana pi, lama tak keluar. Tiber up cerita cek mek. Hehe..

      Delete
  10. spanish latte fav bff skarang..kita tk minum kopi tp pernah rasa juga spanish latte ni

    ReplyDelete
  11. Tooossss kak 😍😍. Saya pun kalo dah kena kopi baru semangaaat ❤️❤️. Macam layu kalo belum minum kopi hahahaha.

    Zus ini fav saya. Spanish latte nya sedaap memang

    ReplyDelete
  12. Rasa hendak minum kopi semula. Tengah cari kopi pracampur yang ada khasiat supaya tidak kena angin.
    Hehe bagus juga penghantaran percuma. Selalu beli barang secara talian ini nak penghantaran percuma.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan, NA, jangan. Nanti macam saya. Caffein addicted. Huhu. Saya setakat ni, minum americano merata-rata, memang tak kembung. Kalau kopi 3in1 tak boleh. Tak tahu kenapa.

      Delete
  13. Masuk zuss layan CEO jer ... Selalu singgah sementara tunggu anak balik sekolah petang ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tudia... bapak pekena kopi dulu sebelum amik anak. Kelasss, encik! 👍

      Delete
  14. Tak reti nk order kopi apa.. Last2 bancuh sendiri je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat app tu, ada banyak pilihan, Linda. Nilai kalori setiap kopi pun ada. Kalau tak tahu order mana satu, boleh cuba signature kopinya. Tapi bancuh sendiri lebih bagus, lebih jimat! 👍

      Delete
  15. Setakat ni saya belum dapat voucher free delivery. Selalu dapat voucher diskaun. Tu pun jarang guna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo... gitu. Akak tiap-tiap bulan dapat yang free delivery, free add-on untuk kopi dan complimentary drink tu. Alhamdulillah.

      Delete
  16. Ammi kan lebih suka baca blog gini. Blog tentang daily life org drpd blog yg tulis tentang info semata.

    Baca blog gini rasa mcm dekat dgn penulis walaupun tak dekat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Ammi. Komen Ammi menaikkan semangat saya untuk terus berblogging. Thank you! 🤗

      Delete
  17. Suka je baca cerita Tot mengopi dan makan di sana sini sebab menambah bucketlist kedai kopi yang entah bila tu😅Seronok baca pasal pokok juga sebab tak ramai orang tanam apa semua menjadi ni. Teruskan berkongsi ye Tot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, KSarie. Tambah semangat saya, bila baca komen KSarie ni. 🤗

      Delete