Monday, June 23, 2025

Sarapan di Warung Nelayan Kg. Permatang

Tarikh: Khamis, 12 Jun 2025

Pergi sarapan bersama suami di Kampung Permatang, Seri Manjung. Suami off kerja. 

Sudah lama tak pergi Warung Nelayan. Di sini, ada hidangan goreng-goreng waktu pagi. 

Bila kita pesan, barulah dia masak. Lagi pun, warung ini dibuka awal pagi. Kalau malas pergi morning walk, ini salah satu tempat makan yang boleh dituju.

Jalan nak ke Warung ni, kecil saja. Kalau selisih kenderaan, salah satu kena ke tepi dan beri laluan. 

Sini juga ada chalet kecil, dan juga tempat orang sewa bot untuk pergi memancing di laut. 

Tempat parking terhad. Kena hati-hati juga, takut kita parking depan rumah orang, menghalang tuan rumah nak keluar. Ada juga yang letak tong-tong di tepi jalan, tak bagi orang ramai yang datang sini untuk letak kenderaan. Jadi, kena parking jauh sikit. Kalau nak senang, naik motor saja, senang cerita.


Menu Warung Nelayan Permatang, Kampung Permatang, Seri Manjung
Menu Warung Nelayan Permatang.

Ada nasi goreng pelbagai jenis, mee goreng, bihun goreng, mee atau bihun hailam, mee rebus, mee kari, mee bandung,  nasi putih, dan macam-macam lagi dalam menu Warung Nelayan Permatang ini.

Ada akak datang ke meja, tanya nak makan apa. Lepas ambil pesanan kami, saya pun bangun pergi tengok meja kuih, kuih apa yang ada.


Popia sira dan karipap
Eh, tadi ambil kuih 4 biji, waktu nak ambil gambar, sudah tinggal 3. 

Oh, suamiku lapar. Hilang satu popia sira. Satu kuih berharga 50 sen.

Saya pesan mee rebus. 


Mee rebus Warung Nelayan Permatang, Kampung Permatang, Seri Manjung
Sedap! Lama tak pekena. 😋

Sementara suami pula pesan nasi putih bersama kari ikan kembung dan telur dadar.


Nasi putih bersama lauk kari ikan kembung dan telur dadar di Warung Nelayan Permatang, Kampung Permatang, Seri Manjung.
Dia bagi ikan kembung 2 ekor dalam kari.

Kari dia, style kari utara. Saya suka! 😋

Bungkus juga kuetiau goreng tak ada sayur sebungkus, untuk anak kedua, Hafizan yang ada di rumah. 

Jumlah harga sarapan termasuk makanan dibungkus adalah RM26.

Alhamdulillah. Allah beri rezeki dapat makan sedap-sedap. 

Kami suami isteri memang suka makan di tempat kecil-kecil, warung masuk kampung, macam ni. Boleh tengok aktiviti orang kampung. 

Selain kami, ada 2-3 meja, suami isteri warga emas, yang sarapan berdua je. Hehe.. seronok tengok. 

Warung Nelayan Kg Permatang, Seri Manjung.

Waktu operasi: 7.30 pagi hingga 12.30 tengahari

Tutup setiap Jumaat

Baiklah. Jumpa lagi, ye. 💗

32 comments:

  1. kalau tempat yang susah nak parking kereta, tentulah motosikal pilihan yang terbaik dan ideal sekali

    ReplyDelete
  2. Kari ikan kembung sedapnya. Sempit ya jalannya tak apa, gilir2 lalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la, kena beri laluan dan tolak ansur.

      Delete
  3. Kadang warung kecil di tepi kampung lah lagi best. Harga murah dan masakan lazat.

    ReplyDelete
  4. Kok ya lapar pun encik suami... tunggu lah kamera makan dulu... hehehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la, tangan dia pantas bebenor, uncle. Tak sempat amik gambar, dah ilang satu kuih.

      Delete
  5. Samalah suka pergi warung kecil.

    ReplyDelete
  6. Ini menu sarapan pagi yang luar biasa sedap dan membuat perut kenyang ya Mbak.

    Salam,

    ReplyDelete
  7. Selalunya tempat warung-warung kecil ni sedap. Agak susah juga nak ke sini dengan jalan kecil dan susah parkir. Yang letak tong semua tu fenomena biasa kalau ada warung di perkampungan. Yelah kan, nanti menyusahkan mereka nak keluar masuk kalau ada orang parkir. Kita faham yang tu. Mi rebus, sedap tu kak Nur. Seronok dapat makan sedap-sedap ni. Bagus mereka masak sedap-sedap untuk pelanggan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, Fizah. Kalau pesan yang goreng-goreng, membukit hidangannya. Tiber teringat bihun goreng warung tu, terus lapar akak dibuatnya. Hehe.

      Delete
  8. Mie rebusnya enak sekali tu
    Saya kalau wisata ke tempat macam ini, lebih suka mencari menu mie
    Lebih praktis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya, kan. Baik pesan menu yang kita tak pandai sediakan di rumah.

      Delete
  9. PH pun suka warung² kampung macam ni ... Selalunya sedap²

    ReplyDelete
  10. Moga sihat2 selalu kak Nur dan suami.. Dapat berjalan bersama.. Teringat mak dengan bapak di kampung..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin, terima kasih, Linda.
      Kalau ada kelapangan, balik la, Linda, jenguk orang tua di kampung. 😊

      Delete
    2. InsyaAllah...sekarang nie dah duduk dekat sikit, memang kerap juga pulang ke kampung..

      Delete
    3. Alhamdulillah. 🤗👍

      Delete
  11. Nampak sedap semua makanan..mee rebus tu ada daging tak?

    ReplyDelete
  12. Banyak tempat makan rare di Manjung rupanya. Kari ikan kembung nampak menggoda😋

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, KSarie. Saya pun belum habis explore. Asyik makan tempat yang sama.

      Delete
  13. Warung2 kecil begini yg justru sedaaaap biasanya kak ❤️❤️❤️. Popiah Sira tuuuu, drooling pula melihat nya 😄🤤🤤🤤.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Orang kampung biasanya masak dari hati. Makanan semua ada rasa.

      Delete