Jenis-jenis Durian dan Pertama Kali Makan Durian Kahwin
Saya dah lama tak makan durian. Lebih kurang setahun kot. Oleh itu, ada rasa teringin. Sebelum ni, waktu suami masih bekerja di lokasi lama, dia selalu bawa balik durian luruh dari pokok durian di ofisnya. Nak tahu apa yang berlaku dengan pokok durian tu? Sudah ditebang, ok. Masya-Allah. Kesian pokok durian. Sebab pihak kontraktor kata, lokasi pokok durian tu, menghalang pandangan CCTV yang dipasang. Huhu.. sudah selamat ditebang pokok duriannya. Dan mereka sudah tanam pokok durian baru. Tapi generasi akan datang la yang berpeluang rasa nanti hasilnya.
Itu tentang lokasi lama suami saya bekerja. Lokasi baru ni, tak ada pokok durian. Hutan batu dan konkrit belaka. Tiada tanah.
Sudah beberapa kali saya suarakan keinginan untuk makan durian. Bila kita tak mencari, ada saja penjual tepi jalan yang jual durian dengan isinya dikeluarkan dan sudah dibungkus dalam bekas plastik boleh dilihat. Jadi, kita boleh nampak isi dalam durian macamana. Tapi bila masa kita mencari ni, semuanya hilang entah ke mana. Cuti balik kampung nak raya haji gamaknya.
Tapi minggu lepas, ada 2-3 tempat mula jual durian pelbagai jenis. Saya bukan seorang yang pandai pilih atau beli durian. Suami pun sama. Jadi, jomlah kita tengok dulu jenis-jenis Raja Buah yang ada.
🌸 Fakta menarik: 🌸
Terdapat lebih dari 200 klon durian berdaftar di bawah Jabatan Pertanian Malaysia. Dan masih banyak lagi yang tidak berdaftar.
Berikut adalah senarai 8 jenis durian terbaik di Malaysia:
- Durian Musang King - Isi keemasan tebal dan kuning, berkrim, manis dan kadangkala pahit rasanya.
- Durian Tekka - Ada yang cakap jenis ini lebih baik dari Musang King. Ada juga pendapat mengatakan ini adalah Musang King kedua. Nama lain, Musang Queen a.k.a. D160
- Durian D24 - Juga dikenali sebagai Durian Sultan. Durian paling popular sebelum keluarnya Musang King. Harga lebih mesra dompet berbanding Musang King.
- Durian Udang Merah - Juga dikenali sebagai D175. Isinya pekat, lembut, kuning jingga kemerahan, lemak berkrim dengan rasa manis.
- Durian Black Thorn - Juga dikenali sebagai D200, atau Duri Hitam. Isi warna jingga kuning cerah dan merah jambu. Ia mempunyai teras tebal dan garisan coklat kemerah-merahan di sepanjang bahagian tengah durian. Isi rasa lemak, manis dan berkrim serta ada meninggalkan sedikit rasa pahit selepas makan. Ia tidak ada bau yang kuat. Isi lebih bulat. Harga menyamai atau lebih mahal dari Musang King.
- Durian IOI - Rasa buah yang kuat, warna hampir jingga. Juga dikenali sebagai Durian Hajah Hasmah atau Durian Mas Muar. Durian bentuk bulat dan warna coklat kehijauan.
- Durian Golden Phoenix - Isi kuning pucat yang sedap dan rasa yang sangat komplex.
- Durian Kampung - Lebih ringan dan universal, boleh diterima semua golongan.
![]() |
| Selamat beli, durian kahwin. Durian kahwin AA, orang kedai cakap. |
![]() |
| 4 ulas durian kahwin yang juicy di dalam. |
![]() |
| Isi kuning dan tebal. Sedap! 😋 |




Untung suami isteri je yang makan..
BalasPadamKami satu keluarga makan... Jadi, memang jarang lah beli durian.. Kecuali bila dapat "durian runtuh".. Hihihi... Kalau linda memang suka durian kahwin @ kampung.. Sebab yg tu je mampu beli.. 🤭🤭
Hehe.. bestnya, jadi boleh makan durian berjemaah. Kan.. lain jenis, mahei bebenor.
PadamDurian kahwin memang sedap. Selain tu saya suka durian udang merah dan IOI. Memang untunglah orang jual durian ni. Berbaloi-baloi. Untung jugalah ada yang tak makan durian, kita dapat makan lebih. hihi...
BalasPadamHehe.. betul, betul, betul. 😁
PadamTernyata banyak aneka buah durian, saya baru tahu nih
BalasPadamSaya juga pening jika bau duren, terasa mau pingsan hehehe
Alhamdulillah ya
Saya pun baru tahu bila buat carian.
PadamKalau bawa durian dalam kereta, memang boleh pening, kuat baunya.
Alhamdulillah.
Cie pulak 4 beranak semua suka durian. Baru ni suami beli sebiji durian kahwin rm30+ je sebiji banyak jugak isinya. Ok la buat ghaso ghaso kan.
BalasPadamOk harga tu, dapat banyak isi. Pahang banyak durian. Sini, durian dari Balik Pulau, katanya.
PadamMemang patut durian jadi Raja Buah...selain harga kayangan rasa juga premium...untuk la awak ya dapat rasa durian
BalasPadamAlhamdulillah, merasa makan durian sedap. 😋
PadamAna ni pun suka mkn durian. Bong tak suka durian hehe
BalasPadamBoleh gang dengan Ana la, macam ni. Bong boleh pi main jauh-jauh. Hehe..
PadamDah nampak banyak orang jual tepi jalan, nak cari jugak sikit kot.
BalasPadamSila, sila, Mulan.
Padam4 ulas sahaja? Hehe.
BalasPadamSaya ini alhamdulillah selalu disajikan durian ketika musim tapi makan tidak banyak sangat.
Itu la. Tapi 4 ulas yang besar-besar dan mengenyangkan. Alhamdulillah. Atau sebab saya makan seorang.
PadamYe la. Makan sekadar nak merasa, kan.
THN lalu saya ke Penang, makan black Thorne habis 200 Ringgit utk 1 bulatan durian, beratnya 3 kg. Tp isinya kami makan berlima pun tak sanggub kak. Kenyaaang sangat.
BalasPadamSaya rela bayar mahal sebab black Thorne di Jakarta jauuuuuh LBH mahal lagi. 🤣. So Rm200 memang terbilang murah utk black Thorne yg bagus dan manis.
Biasanya tiap june atau July saya ke Malaysia utk hunting durian. Tp THN ini jadi sept pula. So nampaknya tak dapat lah festival durian yg ramai 😄
Mesti isi durian tu tebal. Sebab boleh kenyang.
PadamInsya-Allah, ada rezeki durian, bolehlah Fanny merasa bila datang nanti.
Banyak juga nama durian kan. Saya peminat durian tapi ada famili tak suka katanya baunya buat pening kepala. Walaupun suka makan tapi makan berpada-pada kalau tak boleh tinggi koletrolnya naik dengan darah tinggi pun boleh naik. Masa dulu ada kawan opis ada kebun durian. Dia bawak durian kucing tidur tak tahu lah nama dia yang sebenarnya apa. Durian ni tak banyak ulas tapi biji dia kepet. Jadi bila makan seulas dia punya rasa macam puas makan walaupun sebiji. Jadi ada kawan lain yang makan. Yang kelakornya lepas makan durian kucing tidur ni dia pulak nak tidur. Tapi rasanya dia memang sedap. Daerah segamat banyak durian yang sedap sebab dia tanah bukit kan. Kalau musim durian plat keter singapore banyak datang nak makan durian. Cina singapore rupanya hantu makan durian.
BalasPadamHa ah, setuju dengan ayat akhir. Sini pun ramai juga, kalau pergi di Ipoh. Pernah dengar nama durian kucing tidur dulu.
Padamwak pun tak berapa minat makan durian.
BalasPadamMasa mula2 kahwin dulu dapat bini hantu durian
Tu yang wak bukak kebun durian.
Wow.. buka kebun durian untuk isteri yang hantu durian. Romantiknya! 👍
PadamDurian kahwin ini dagingnya kuning dan tebal ya Mbak. Hmmm...terbayang sedapnya durian ini.
BalasPadamSaya suka durian, tapi jarang memakannya, hanya sekali-sekali saja, karena disini harga durian terbilang mahal.
Salam,
Iya, Pak. Saya juga begitu. Makan bila teringin saja.
PadamAlamak..dia tunjuk durian la..SA tahun lepas dan tahun ni blom makan durian lagi..sedapnya durian ha..SA lebih suka durian kampung..tp layan gak durian kahwin
BalasPadamDurian sedap, SA. Hehe..
PadamSaya memang hantu durian.
BalasPadamKalau musim durian boleh makan berbiji-biji hihihii.
Tapi bila tersedar sudah berumur, rupanya durian ini kawan baik dengan darah tinggi dan kencing manis, maka saya pun belajarlah kurang-kurangkan makan durian.
Wow! Hehe..
PadamYe la, Kak Amie. Makan sekadar nak lepaskan rasa teringin tu je.
Baru tau ada durian saka. KSarie mungkin tekak orang tua dan old school agaknya sebab KSarie paling suka durian kampung. Pernah makan durian spesies yang lain-lain tu tapi tetap berkenan dekat durian kampung. Dalam kereta memang ada simpan bekas kot-kot terjumpa orang jual durian dan terasa hendak beli. KSarie seorang hantu durian dekat rumah. Anak sulung dan suami makan sekadar rasa. Anak kedua langsung tak makan. Jadi sebab itulah KSarie kekal bulat
BalasPadamWah.. ada bekas standby dalam kete. Bagus betul! 👍
PadamMana ada bulat. Comel je, saya tengok KSarie ni.
Best kan, durian kampung. 😋