Tarikh: Jumaat, 27 Jun 2025
Pada hari itu, suami tidak bekerja, hari off. Suami menyuarakan hasrat untuk berhenti bela ikan. Kami ada akuarium di luar rumah, lokasi bersebelahan pintu masuk. Tapi, suami sudah semakin sibuk bekerja lebih masa akhir-akhir ni. Jadi, tiada masa untuk cuci akuarium.
Ikan-ikan hiasan pun sudah lama mati. Tinggal ikan bandaraya, seekor, yang masih panjang umur.
![]() |
Ini ikannya. |
Ikan bandaraya atau ikan pleco. Lebih dikenali dengan nama ikan bandaraya sebab ikan ini punya mulut seakan penyedut yang digunakan untuk melekat pada permukaan. Ikan ini popular sebagai ikan hiasan akuarium kerana kemampuannya membersihkan alga.
Sudah cuci akuarium besar, dan transfer ikan ini ke akuarium kecil. Suami nak sedekah pada kawan sepejabatnya, yang ada kolam belaan ikan di rumah.
Ikan bandaraya tidak boleh dibuang ke dalam sungai kerana ia boleh mengganggu ekosistem dan menjejaskan biodiversiti. Ikan ini bersifat invasif dan boleh memakan telur ikan tempatan, mengorek tebing sungai, dan menyebabkan hakisan. Ikan ini juga boleh bersaing dengan ikan tempatan untuk mendapatkan makanan dan habitat.
Pernah disiarkan dalam rancangan Majalah 3, tentang usaha menjala ikan bandaraya di sungai untuk menjaga populasi ikan-ikan asal dalam sungai.
Sementara itu, rumah kami telah didatangi seekor kucing hutan entah dari mana.
![]() |
Dia usha ikan bandaraya.. |
Kucing spesies bengal ni. Mula-mula, dia duduk di tepi rumah kami, lepas tu, rasa kesian pula kat dia, sebab dia mengiau. Saya kata pada suami, ada lauk ikan sardin lagi seekor, cuba bagi kat dia. Tengok-tengok, dia lambung-lambung ikan sardin tu, buat mainan. Macam kucing tempatan main mengkarung.
Saya buat carian kemudiannya, kucing bengal makan ayam, daging, ikan (salmon dan tuna) dan organ haiwan. Memang pure karnivor.
Tak pernah nampak kucing ni. Mana dia datang. Tak sayang kucing betul. Kucing mahal macam ni, boleh dibiar lepas. Silap-silap nanti dah kena print out poster Cat Missing.
Kucing tu kurang mesra alam. Dia tak datang dekat kami. Muka dia pun muka terkejut dan curious akan persekitaran dia. Kami syak, kucing ni terlepas dari rumah.
![]() |
Awak datang dari mana ni? |
Badan dia sangat lean. Sekali pandang, macam anak harimau cheetah pun ada. Cantik corak pada badan dia. Kami biarkan saja dia, jalan-jalan. Tak lama pun kucing ni ada di rumah kami.
Lepas dia tinjau-tinjau kawasan pokok di rumah, hilang sudah entah ke mana. Semoga awak temui jalan pulang ye, kucing bengal yang cantik.
Rumah kami sudah tiada kucing, sejak hari raya puasa lepas. Dulu, ada kucing pendatang yang tinggal di luar rumah. Kami beri makan, dan sediakan tempat litter di luar. Yang terakhir, kucing tu menjauhkan diri. Memang sudah 2-3 ekor kucing menjauhkan diri, mungkin jumpa tuan baru yang lebih beri makanan sedap. Atau sudah mati. Wallahualam.
Tengahari itu, sudah selamat hantar ikan bandaraya ke rumah kawan suami. Seronok la ikan tu nanti, ada rumah baru lebih luas.
Sekian cerita ikan dan kucing.
Jumpa lagi, ye. 💗
Kucing tu,kalau beli ..mahal juga...betul kak..ikan bandaraya memang mengganggu ekosistem..dan cepat membiak
ReplyDeleteBetul, Linda. Kena pandai jaga pula, bengal ni.
DeleteAkak punya ikan bandaraya ada 2 ekor, asalnya. Seekor dah mati, tinggal satu yang sedekah orang tu.
Betul tuh Tot. Ikan-ikan asing terutamanya ikan bandaraya memberi ancaman kepada ikan tempatan. Ikan pleco ni memang merosakkan tebing sungai. Lepas tuh dia tahan lasak pula. Dekat Selangor ini ada Persatuan Pemburu Ikan Bandaraya. Setakat ini depa sedang usahakan untuk jadikan ikan pleco ni sebagai baja. Harap lebih ramai orang sedar bahaya ikan pleco ni
ReplyDeleteIya, KSarie. Saya pun ada terbaca tentang persatuan tu.
DeleteLawa betul corak kat badan kucing tu. Memang tak pernah jumpa lagi depan-depan. Berminat sungguh dengan ikan tu nampaknya. 😆
ReplyDeleteItu la, macam dia nak terkam je ikan tu.
DeleteCantik warna bulu kucing tu. Besar badannya.
ReplyDeleteYe, kak Amie, badan dia besar dan panjang, banding kucing biasa.
DeleteKesiannya tuan kucing tu, kucingnya terlepas. Semoga dia dapat balik rumah segera, kesian jugak sesat sendirian. Dulu, masa kami kecik², arwah abah bela ikan ni. Sebab dia suka melekat di kaca akuarium, kami panggil ikan chum chum, heheheh.
ReplyDeleteHehe.. ye la, sebab mulut ikan tu kan, kumat kamit kumat kamit kat cermin akuarium. 😁
DeletePernah nampak orang tangkap ikan bandaraya ni di sungai untuk jaga ekosistem sungai. Yang ditangkap semua tu dibuat apa entah. Tapi tak dibuang lah. Buat kajian untuk apa saya tak pasti. Bagus jugalah tu diberikan pada kawan yang ada bela ikan.
ReplyDeleteComelnya kucing bengal. Muka dia pun comel, tak garang macam sesetengah kucing bengal yang lain. Harap dia jumpalah jalan pulang. Mahal kucing ni.
Dah jumpa rumah dia semula, rasanya. Sebab dia tak datang dah rumah akak.
DeleteSaya baru tahu jenis ikan hias ini.
ReplyDeleteWah saya kok jadi tertarik sama itu kucing, cantik banget
Oooo...
DeleteIya, saya pun baru pertama kali lihat kucing bengal secara depan. Selalunya, dalam tv sahaja.
warna bulu kucing ni nampak eksklusif laaaaaa
ReplyDeleteItu la, bulu dia macam corak handbag orang pompuan pun ada. Hehe..
Deletesinggah baca
ReplyDeleteTerima kasih, singgah sini.
DeleteCantik kucing tu, nampak besar..kucing jantan agaknya kan
ReplyDeleteYe, Encik, kucing jantan.
DeleteMungkin kcing nie terlepas dan terkeluar daripada rumah tuan dia... kesian jugak tue... Betul tue, ikan bandaraya nie boleh menjejaskan ekosistem sungai kita sebab ikan nie bukan asal daripada tempat kita.. Kat rumah ummie saya, adik saya memang suka bela ikan, walaupun ikan ada jea yang mati, tapi adik tak penah patah semangat nak bela ikan...
ReplyDeleteKalau dah minat, memang akan usaha untuk buat apa kita suka, kan. Semoga adik Shikin semakin berjaya dalam usaha bela ikan.
Deletecantiknya kucing tu! kalau dapat kat orang berniat jahat, habis dijualnya. dahla kucing bengal ni jenis suka explore kawasan. risau dia tak jumpa jalan balik rumah
ReplyDeletemesti terlepas dari rumah ni.. kesian kalau tuan dia cari
Rasanya, dia dah jumpa rumah dia, sebab dah tak nampak kucing tu sejak sekali tu.
DeleteNasib baik jumpa orang baik...kalau tidak boleh kena tangkap kucing bengal tu dan ikan bandaraya juga baru tahu spesiesnya
ReplyDeleteNak tangkap kucing tu pun macam susah. Sebab kita nak dekat dia, dia lari. Saya nak cuba pegang sikit, tapi jual mahal la, kucing tu. Hehe..
DeleteBagus ada pengetahuan yg baik tentang ikan bandaraya tu...kiranya message majalah 3 tu sampai kepada semua...
ReplyDeleteYe, Sueann. Saya pun kebetulan je, menonton waktu tu.
Deleteaduhai boleh pulak sibengal tu lambung-lambung, bagi dia kibbles pun ok kalau dia menyinggah. skrg banyak org buang kucing berbaka sesuka hati, sedih rasanya. ikan bandaraya tu mudah hidup....
ReplyDeleteRumah saya dah takde kibbles. Habis bagi kucing jalanan di taman makan.
DeleteSaya pun ada baca tentang tu. Sebab susah nak bela, atau tinggi belanja, buang sesuka hati.
Dulu kan...dulu laaa...SA ada beli kucing bengal ni masa tu ngan ex bopren dulu sblom suami sekarang..dah putus x plak dia nak bagi kucing tu kat SA kan, ada kot ngan dia skrg sebab masa duk KL, SA duk bujang so x leh nak jaga kucing kan...padahal share SA lagi besar kot..hahaha...masa tu kucing bengal ni makan dada ayam rebus...lain2 x nak dia...sesekali bagi wet food...
ReplyDeleteWah... gitu ceritanya. Mahal la maintenance kucing tu ye, kena bagi dada ayam rebus sokmo.
DeleteIkan bandaraya itu kalau disini namanya ikan sapu-sapu, Mbak. Dinamai demikian mungkin karena ikan ini suka membersihkan atau menyapu kotoran yang menempel pada kaca aquarium.
ReplyDeleteWah disana ada kucing bengal ya Mbak? Disini tidak ada kucing jenis itu Mbak. Mungkin saja kalau dipelihara oleh orang penggemar kucing.
Salam,
Ooo... ikan sapu-sapu. Hehe.. sesuai dengan peranannya, suka mencuci akuarium.
DeleteSini pun jarang jumpa, Pak Asa, kucing bengal. Itu baru pertama kali saya lihat secara berdepan.
Cantik kucing tu. Pernah kawan di Kerteh kehilangan kucing ni, rupanya menyorok dalam longkang kami. 2-3 kali jugak tempat sama. Merayu2 minta dihubungi kalau terjumpa. Kucing ni mahal kan.
ReplyDeleteHa ah. Patut kucing ni, dikurung saja, dan kalau lepas, dengan pemantauan kita. Dah sembunyi di mana-mana nanti, susah pula nak cari, kan.
DeleteKucing jantan ammi yg hilang tu tak jumpa2 pun lagi. Ntah diambil orang ataupun mati. Entahlah.
ReplyDeleteAmmi nak masukkan kucing2 dalam sangkar dulu tp syarat suami kalau nak bela kucing biarkan kucing tu bebas bukan dikurung. Masalahnya huhuhu hilanglah pulak
Wallahualam. Saya pernah dengar orang kata, kalau kucing yang kita sayang nak mati, dia pergi jauh dari kita. Jadi, tuan dia tak sedih la, tak nampak dia mati.
DeleteKalau kita ada di rumah, takpe, boleh nampak dia. Kalau takde di rumah, takut kucing kita pi rumah jiran berak ke, bagi pasu bunga pecah ke, kita yang kena tanggung. Itu kadang kena kurung.
Ohhh ini kami sebut ikan sapu sapu, Krn memang dia membersihkan kotoran kan 😄😄.
ReplyDeleteLebih cantik nama dia di sana yaaa 🤭🤭.
Aiiiish kucing bengaaal 😍😍😍. Mahaaaal memang kucing itu kak. Harap2 dia memang dipelihara secara baik oleh owner-nya yaa ❤️
Hehe.. comel nama dia, dalam bahasa Indonesia.
DeleteRasanya, kucing bengal tu, sudah selamat balik rumah.