Thursday, July 17, 2025

Just survive somehow

 Tarikh: Selasa, 1 Julai 2025.

Rutin saya hari biasa, bangun pukul 4 pagi, masuk dapur, masak. 

Nasi goreng homemade
Nasi goreng

Pagi itu, saya masak nasi goreng. Ada baki ayam goreng, lauk tak habis hari sebelumnya, saya masukkan dalam nasi goreng. 

Tak sarapan lagi. Lepas Sulaiman ke sekolah, saya dan suami pergi morning walk di Padang Astaka, Sitiawan.

Berjalan di Padang Astaka, Sitiwan. Rekod aktiviti berjalan menggunakan jam Garmin
Morning walk pagi itu.

Jarak berjalan: 5.03 kilometer
Masa: 1 jam 6 minit
Kalori terbakar: 271

Alhamdulillah. Allah beri nikmat sihat dan boleh berjalan nikmati udara pagi dan dapat lihat pemandangan dan orang.

Balik dari ber-morning walk, saya siram pokok di rumah

Cili dan limau kasturi, kutip tanaman di rumah.
Hello...

Saya ambil cili dan limau kasturi, nak masak tomyam. Limau kasturi yang sudah kekuningan banyak di pokok. Ada yang jatuh atas tanah. 



Saya masak tomyam guna perencah tomyam putih Adabi. Senang sangat. Tak payah tumis-tumis. Sedap, jadi macam kedai tomyam buat. Saya rasa, sedap lagi guna perencah tomyam putih ni. Tambah benda yang buat lebih masam, seperti air limau kasturi, atau tomato. Letak daun limau purut. Memang, jadi! 😋 Ayam dalam tomyam saya tak potong kecil-kecil pun. Siap letak ubi kentang dalam tomyam.

Masa ni, saya punyai niat untuk tidak makan nasi. Nak gantikan sumber karbohidrat seperti kentang dalam juadah. Malangnya, saya tak mampu. Jadi, saya masih makan nasi, cuma kurangkan portion je la. Itu pun kadang, terlebih juga makan. Saya tak kuat.... huhu...


Just survive somehow (JSS) adalah frasa yang digunakan oleh watak Enid dalam siri the Walking Dead.

Maksud: Kita lawan kepayahan, harungi kesusahan, segala jenis ujian, kita hadap saja. Fokus pada kerja  atau tanggungjawab kita sehari-hari demi kelangsungan hidup. Tidak berputus asa walau pun sebesar mana cabaran atau ujian kita harus atasi.

Bahasa kasar orang kita: Kita redah saja. 💪

Saya doakan anda semua dipermudahkan urusan hari ni, dan diberi kekuatan untuk terus berjalan. Kita boleh jadi apa saja, tapi pilihlah untuk jadi baik. Kita tak tahu orang sebelah kita, jiran kita, atau kawan kita sedang harungi apa. 

Jumpa lagi, ye. 💗

16 comments:

  1. sedapnya nasi grg.....awalnya pukul 4pagi dah bangun.....seronoknya siap boleh morning walk 💖💖

    ReplyDelete
  2. Ya, kita redah saja walau berat untuk melangkah dan banyak ujiannya demi kelansungan hidup. Oh ada ye pes tomyam putih adabi. suka juga tomyam putih ni. Banyak isi tomyam Kak Nur. Puas makan, puas juga hirup kuahnya. Saya pun tak mampu nak tinggalkan nasi. Tak boleh kalau tak makan nasi. Cuma portion tu kita kurangkan.
    Alhamdulillah..selagi mampu buat aktiviti tu teruskan kak. Seronok pagi-pagi dapat riadah hirup udara segar di luar.

    ReplyDelete
  3. Mmg redah sahaja...ada seorg ustaz cakap...hidup dekat dunia ni bukan untuk bersenang2...dekat akhirat nnt rehat la puas2...itu kalo masuk syurga kan...moga kita tergolong dlm golongan ahli syurga...tom yam putih adabi tu favourite....

    ReplyDelete
  4. SA pagi ni bawak nasi goreng sesenduk, makan dengan salad,,sekarang tgh snacking buah...hehehe...

    ReplyDelete
  5. LeYa pagi ni masak Mee Goreng Basah. Kemudian ada lebihan nasi minta anak dara masak Nasi Goreng. Jadi.. makan lunch terus nasi goreng tu dengan Ayam Masak Merah lebh semalam juga... dah siap panas

    ReplyDelete
  6. yes, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. itulah peribahasa utk JSS tu agaknya kan

    ReplyDelete
  7. betul, x yah nak overthinking sgt..kannn...

    ReplyDelete
  8. Nanti nak cari la pes tomyam putih apabila ni. Padahal selalu jugak belek² tapi dua benda susah nak jumpa, satu lagi rencah sup siam.

    ReplyDelete
  9. Tomyam putih tuh bisa buat tambah makan nasi 2 pinggan. JSS tuh terpakai untuk kita semua kan? Walaupun terpleot rasa hendak pengsan kena la mengesot juga. Semoga kita semua dapat mengharungi kehidupan dengan molek ye.

    ReplyDelete
  10. Ini baru kreatif.... Cili api pun boleh hias macam tu.

    ReplyDelete
  11. Bila makan nasi sikit..terasa lapar cepat..memang kena Xtra protein agaknya..

    ReplyDelete
  12. Pagi yang sibuk ya Mbak.
    Dari mempersiapkan untuk bekal anak, kemudian jalan kaki bersama suami, sampai di rumah siram pepohonan dan diakhiri dengan memasak.
    Apapun, semoga sehat dan bahagia selalu.

    Salam,

    ReplyDelete
  13. Ayat pujuk hati tu...kita redah jew! Memang kita kena redah hahaaa.
    Best kan dapat morning walk. Menyihatkan.

    ReplyDelete
  14. Nasib baik takde mi kuning tu... kalau tak dah jadi rambut!

    ReplyDelete
  15. Awalnya bangun masak. Cie tengah lena diulit mimpi lagi. Hihi

    ReplyDelete
  16. Awalnya bangun ye Nur...
    Kita ikut rentak sendiri, asalkan happy :)

    ReplyDelete