Masak simple je

 Tarikh: 7 Julai 2025

Sekarang ni, sudah hujung bulan. Tapi saya baru nak cerita benda yang berlaku pada awal bulan. 🙈 Minta maaf ye. Saya sibuk sikit. Banyaknya kerja rumah kena buat. 

Bila kerja siap, badan atau mata rasa letih pula. Jadi, terbongkanglah saya di depan tv, tak online langsung untuk update blog. Hobi baru saya ialah termenung tengok tv, mata memandang ke tv, tapi otak terbang ke tempat lain.   

Saya cerita jugalah apa yang berlaku, walaupun sudah lama berlalu. Rekod dan rujukan diri sendiri.

Baiklah. Pada tarikh tersebut, saya masak kuetiau goreng untuk sarapan.

Kuetiau goreng homemade untuk sarapan
Kuetiau goreng tanpa sayur.

Goreng kuetiau sebungkus memang cepat habis. Untuk tengahari, saya goreng ikan kembung rebus. Kemudian, buat sambal cili hijau, letak atas ikan goreng. 


Ikan rebus digoreng, ada sambal cili hijau di atasnya.
Ikan goreng berlada

Masak satu lauk je. Alhamdulillah. 

Salute dengan rakan bloggers yang dapat update blog sehari, lebih dari satu entri. Saya nak update dalam sehari pun susah. Entri sebelum ini, adalah 5 hari lepas. Tapi saya ada rasa seronok dan aman, bila tak pegang handphone atau buka komputer.

Harap anda semua sihat-sihat belaka. Makan apa tengahari tadi?

Ok. Jumpa lagi, ye. 💗

Share:

42 ulasan:

  1. Taufik pun cuba buat 1 hari 1 entri kalau tak bercuti laaa hihihihi

    BalasPadam
  2. kadang2 rasa tenang jugak ada hari tak menghadap screen. sibuk dgn urusan lain :D
    sedapnya ikan goreng berlada!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye, Mazni, kadang sibuk dengan urusan offline, tak sempat nak tengok handphone pun.
      Memang sedap. 😋

      Padam
  3. sedapnyaaaa...satu lauk pun dah memadai...

    BalasPadam
  4. Lauk ikan kembung goreng sambal baldi hijau tu boleh buat makan menambah nasi, Tot. Walaupun takde sayur dalam kueyteow tapi ada udang besar. Takpe Tot, tak yah diikutkan blogger yg rajin² tu, kita rileks² aje okey.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baiklah, SK. Tak terkejor rasanya, nak update entri banyak-banyak. Terima kasih ye, SK. 🤗

      Padam
  5. Tak kisah pun kak Nur...janji kita happy...

    BalasPadam
  6. Cie berblog guna hp je jadi rajin la sikit nak update 1 entry 1 hari tu. Kalau guna laptop memang becinta nak buka laptop. Leceh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Saya setuju dengan pendapat Cie. Tapi saya buka guna handphone, kecik bebenor la, Cie. Tak puas dan macam susah nak edit entri.

      Padam
  7. Balasan
    1. Ye, Alhamdulillah. Aik, rajin Taufik, komen kedua dah ni. 😁

      Padam
  8. Ikan goreng berlada, sedapnya Nur.

    BalasPadam
  9. Tuhlaaah, saya pun salut. Sehari bisa beberapa entry. Tapi terkadang saya jadi susah nak baca semuanya 😂. Kalo kayak tulisan kakak, saya bisa baca semua tulisan, Krn tak terlalu banyak .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe... ok. Akak cuba update paling banyak 1 entri je sehari. Tapi, memang itu pun yang mampu. 😁

      Padam
  10. Saya pun sekurangnya satu lauk sahaja.. tapi kuantiti yang banyak :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe.. bagus juga tu. Kalau tak habis pun, boleh panaskan untuk esok.

      Padam
  11. Sy blogging guna phone tu yg bole update hari2 hehe... Tapi weekend mmg tak sempat nak bw skrg ni, jadual pack sangat2
    Satu lauk pun okay, janji kenyang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hebat, PH. Saya nak squeeze-in tengok handphone in between house chores pun, tak dapat. Tak tahu la. Penat juga, kadang tu.

      Padam
  12. Ikan goreng berlado tu ... sedapnya!

    BalasPadam
  13. ammi pun cemburu dengan bloggers yg rajin. Ammi ni kadang di office rasa serba salah kalau nak update blog. Tapi mcm harini mmg ammi pun taktau nak buat apa dah...jadi marilah kita BW.

    Ammi punya entry kadang2 kalau ada masa di rumah ammi buat bebanyak scheduled entry supaya boleh publish di hari bekerja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagus juga idea Ammi tu, scheduled entri. Saya tak pernah cuba.

      Padam
  14. kuehtiaw goreng tanpa sayur fav anak la..tkde la lama die amik masa nk asingkn sayur sblum makan

    BalasPadam
  15. Kita nak update seminggu sekali pun susah hahaha.. kuehtiaw tanpa sayur tak umpph laa hahaha.. 🤣

    BalasPadam
    Balasan
    1. Encik punya entri tentang travel, jadi kena gali info-info, jadi mesti ambil masa nak karang.
      Apa nak buat, kalau letak taugeh, anak tak makan. Penat je masak nanti.

      Padam
  16. Suka juga lepak depan tv. Saya lagilah jarang menulis blog daripada Nur.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha ah, best kan, dapat berehat depan tv.

      Padam
  17. akak update kalau ada citer dan ada mood. Kadang dah ada citer tapi mood terbang emmm terdampar sepi lah. Nak kena carik mood nak kena cari mood. Lauk ikan berlada tu sodap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eh, macam lirik lagu pula, terdampar sepi. Hehe..

      Padam
  18. Kalau tak sibuk tu macam tulah saya juga fikiran melayang. Kena sibukkan diri baru cergas sikit rasa fikiran ni. Kadang tak ada idea tak dapat juga nak update hari-hari. Kita update mana termampu je Kak Nur.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye la, Fizah. Setakat mana boleh, ye. Komitmen keluarga harus diutamakan dulu.

      Padam
  19. Sedap tu ikan kembung rebus, goreng bubuh sambal hijau. Satu lauk ini saja dah cukup menambah nasi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, kak. Memang menahan diri dari menambah nasi. Diet mode. Hehe..

      Padam
  20. Ikan kembung rebus tuh memang menggoda. Memang salute deme yang boleh update blog setiap hari. KSarie ni kalau dapat update blog seminggu sekali pun mujur beno la 😅.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kannn... sama la kita. Semoga kita dapat la menyelit mana patut dan cari masa untuk update blog.

      Padam
  21. Masak simple pun okay, dapat pua makan masa panas-panas . Laju je masuk mulut. Akak pun salute pada rakan blogger yang boleh buat 1 hari satu entry. Akak simpan tajuk aje tiap-tiap hari, bila free baru cari idea semua menulis.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, gitu stail akak. Saya pun lebih kurang. Tulis draft, tapi tak publish.

      Padam