Tarikh: Ahad, 22 Jun 2025
Tak tahu nak jalan ke mana pada pagi minggu. Tapi tujuan utama, jalan-jalan cari makan. Dari Manjung, masuk highway WCE, exit di Beruas. Kalau ikut Waze, dia suruh keluar exit Taiping dan masuk lebuhraya utara-selatan. Tapi, kami tak ikut Waze la. Pagi tu, kami nak jalan-jalan ikut jalan kampung. Tengok pokok-pokok hijau. Masuk pekan Manong, dan lalu simpang ke Air Terjun Ulu Kenas. Teruskan perjalanan ke Kuala Kangsar, tapi tak masuk bandar.
Tiba saja di pasar minggu, parking di ruang depan rumah kedai. Kami pun jalan-jalan dulu. Suami tuju ke gerai Nasi Kerabu Weekend yang lokasinya, bukan dalam pasar minggu, tapi tepi jalan hujung pasar minggu. Dia kata, risau kalau beli lewat, habis. Jadi, beli nasi kerabu dulu.
![]() |
Sudah dapat, nasi kerabu ingin dicuba. Nasi Kerabu Weekend nama dia. |
Yang saya bulatkan dalam gambar di bawah, adalah lokasi pasar minggu. Gerai nasi kerabu ini terletak di tepi jalan. Kami perasan warung ni, waktu kali terakhir datang ke pasar minggu ni tak lama dulu, tapi tak sempat beli, sebab sudah beli banyak makanan. Oleh itu, kali kedua kami datang ke pasar minggu ini, suami cakap, beli nasi kerabu dulu.
![]() |
Lokasi pasar minggu atas bukit |
Sudah dapat nasi kerabu yang dihajati, kami pun jalan semula ke pasar minggu, tengok apa yang menarik.
![]() |
Suasana jalan-jalan di pasar minggu |
Macam-macam ada, buah-buahan, ikan dan hasil laut dan sungai yang segar, barang-barang mentah dapur seperti bawang, cili, sayuran, dan sebagainya, makanan yang pelbagai seperti nasi lemak, kuih-muih, goreng-gorengan kuali besar, macam-macam makanan la, pakaian, tudung, kerepek, pokok-pokok tanaman, dan banyak lagi.
![]() |
Ikan belanak masam, RM5 satu paket |
Saya tertarik untuk cuba ikan belanak masam, jadi saya pun beli satu paket. Sudah cuba goreng seekor, buat lauk tambahan. Bahaya, ikan ni. Tambah selera makan nasi. 😋 Rasa macam ikan masin juga, tapi tak berapa masin, nak kata masam, tak masam sangat.
![]() |
Nasi Kandar Tok Wan, Kuala Kangsar. |
Jalan punya jalan, boleh nampak ada kedai Nasi Kandar Tok Wan. Uit, camana boleh tak perasan, ada kedai nasi kandar ni, last time kita datang? Oh, last kami datang, waktu tu, masih musim cuti raya haji, jadi boleh jadi kedai tutup sebab cuti raya.
![]() |
Ada lori jual produk Jeruk Madu Pak Ali |
Menarik tengok lori atau kiosk bergerak ni. Tapi saya tak masuk. Ambil gambar saja.
Kami beli sikit barang keperluan, hantar barang ke kereta, kemudian suami ajak makan di restoran Nasi Kandar Tok Wan, yang kami lalu tadi. Walau pun sudah beli nasi kerabu. Dia kata, nasi kerabu boleh buat makan tengahari. Nasi kandar ni, buat sarapan. Yah... itulah suamiku, peminat tegar nasi kandaq! Pantang nampak, mesti nak dicuba.
![]() |
Dalam restoran Nasi Kandar Tok Wan |
Ada orang, tapi tak ramai. Cantik. Kami pun ambil nasi dan duduk di meja di hadapan restoran, jadi boleh nampak orang ramai lalu lalang di pasar minggu. Hehe..
![]() |
Pinggan nasi kandar suami |
Nasi dia warna kuning. Saya minta nasi separuh. Sayur bendi. Lauk ayam bawang. Boleh tahan, sedap. 😋
![]() |
Hasil jalan-jalan di Pasar Terpanjang Kuala Kangsar |
Inilah, jumlah jarak saya berjalan pada pagi itu.
Jarak: 2.49 kilometer
Masa: 1 jam 30 minit
Kalori terbakar: 319
Masa pertama kali kami datang ke pasar minggu terpanjang ni, saya ada banyak beli baju dan tudung. Kali ni, saya banyak beli barang dapur, seperti bawang, kentang, dan ikan belanak masam di atas. Yang lain-lain, makanan tengahari kami dan anak-anak, boleh buat makan satu hari, sampai ke malam. Tak perlu keluar dah. Hehe... sana boleh jumpa makanan yang tak ada di pasar malam dekat rumah. Mana yang lain, kami beli, nak cuba rasa. Antara yang sedap, wantan ketam ball. Makan sambil dalam perjalanan balik rumah, sekejap je habis. Sebab sedap.
Alhamdulillah. Seronok jamu mata tengok barang dan orang.
Jumpa lagi, ye. 💗
nasib baik rasa ikan tu tak masam kak, masuk spital nanti. ikannya makan goreng kosong gitu jela kan
ReplyDeletesaya kalau makan nasi kandar pun tak berapa suka kuah banjir. cukuplah simbah sikit je
Ha ah, Mazni. Macam goreng ikan masin.
DeleteSama la kita. Kalau banjir, takut kuahnya pedas. Baik amik kuah sikit je.
Saya suka sangat kalau dapat jalan-jalan ke pasar. Macam-macam dapat dilihat.
ReplyDeleteIkan belanak memang sedap kalau digoreng. Ikan belanak masam lagilah menambah selera kan.
Betul, betul.
DeleteYe, kak. Rasa kalau bulan puasa, goreng waktu sahur, memang ngam.
Macam mana ye tengok orang lain makan sekali macam macam lauk nya.... Perhhhh penuh pulak 1 pinggan.
ReplyDeleteHehe.. orang tu mesti bawa cash banyak. Sebab ambil banyak lauk. 😁
Deletewah asek sekali bisa kulineran
ReplyDeletePasar yang tertib
Hari yang menyenangkan
Iya, Mas. Alhamdulillah.
DeleteBestnya jalan² ke pasar minggu dapat tengok macam². Agaknya gerai nasi kerabu tu meniaga hujung minggu aje agaknya, tu nama NK weekend. Nasi Kandar Tok Wan tu nasi kandar melayu ke, sebab nama Tok Wan, heheh.
ReplyDeleteBetul, SK, memang dia buka sabtu dan Ahad saja. Hehe..
DeleteHa ah, nasi kandar melayu. Jarang jumpa nasi kandar melayu sini, SK. Itu yang suami terus ajak test.
OOoohhhh... Ikan belanak.... (buat-buat tahu)
ReplyDeleteHehe.. saya pun tak tahu, uncle. Baru first time beli, nak mencoba.
DeleteBest la tengok Nur jenjalan pasar minggu..semua ada..belanak masam.tu SA suka..sedappp..tapi bahaya la...
ReplyDeleteKan, bahaya sebab buat tambah nasik!
DeleteIkan belanak masam tu favorite arwah Mak Sy Nur... Makan dgn pulut gaul kelapa parut dgn ikan ni pun sedap.
ReplyDeleteDulu Sy pernah pergi Kem Bina Negara dekat Ulu Kenas :D
Oh, ye ke... wah... macam ikan masin bulu ayam la ye, sedap juga makan dengan pulut dan kelapa.
DeleteHa? Serius la? Wah... saya pergi Ulu Kenas, mandi air terojun je. Itu pun, lama dah tak pergi.
Lamanya tak ke kuale. Dulu selalu ke sana masa opah husband masih ada. Makcik husb selalu bagi ikan belanak tu. Dia dik tepeng.
ReplyDeleteDik - duk
DeleteOh, ada sedara la juga belah belah Tepeng, ye.
DeleteMenarik tengok kiosk bergerak jeruk Pak Ali tu.
ReplyDeleteSeronok jalan-jalan pasar banyak gerai gini, dapat tengok macam-macam.
Betul, Ujie. Jamu mata tengok macam-macam ada.
Deletewah semangat sekali untuk membakar kalori
ReplyDeletesaya juga ingin berolahraga dengan jalan kaki
tapi kalah sama rasa malasnya,
akhirnya minggu pagi hanya rebahan depan tv
Hehe.. ini lebih kurang jalan di shopping complex. Tak terasa letihnya. Sebab mata dapat tengok macam-macam barang menarik.
DeleteSatu terapi dapat jalan-jalan di pasar panjang macam ni. Macam-macam ada. Jeruk madu Pak Ali sampai Kiosk bergerak pun ada ek. Terbang tinggi Jeruk Madu Pak Ali. Peminat nasi kandaq kalah terus ye nampak nasi kandaq, padahal dah beli nasi kerabu. hihi..okaylah tu makanan boleh membawa sampai makan malam. Dapatlah rehat memasak sehari. Ikan belanak masam tu pertama kali tahu kewujudan. Dia macam ikan masin tapi tak masin sangat tu okaylah. Masin sangat pun tak boleh jugak.
ReplyDeleteItu la, Fizah, akak pun pertama kali nampak kiosk bergerak Jeruk Madu Pak Ali tu. Transparent dinding lori. Jadi jakun kejap. Lain kali kot Fizah ternampak, boleh cuba ikan belanak masam tu. Sedap buat penambah selera, lagi-lagi di bulan puasa.
DeleteLama dah tak ke pasar malam or pasar tani. Plan asal hari Sabtu lepas nak ke pasar malam tp tiba2 kakak ipar call i bg ingatkan adiknya tentang majlis kahwin dirumah sepupu. Huhuhu terus tak kadi ke pasar malam
ReplyDeleteNanti bila free, boleh la Ammi pergi. Saya pun jarang sudah ke pasar malam. Sebab petang sini, panas. Pasar minggu waktu pagi, boleh tahan lagi.
Deletemana2 pun ada nasi kandar sekarang ni kan...
ReplyDeleteYe la. Tapi di kawasan rumah saya, tak de nasi kandar melayu. Mamak punya, tak besh. Hehe..
Deleterambang mata....kalau kak mieja ni semua rasa nak borong hehheheh
ReplyDeleteKami pun sama, kak. Penuh tangan dua-dua, itu yang kena hantar barang belian dulu di kereta, baru pi makan. Hehe...
DeleteMacam-macam ada ni. Kalau KSarie udah pengsan menjinjit beg plastik sebab akan terpesona dengan banyak benda yang dijual😅Ikan belanak masam tuh tampak seperti salah satu yang patut dibeli ye. Nasi Kandar Tok Wan tuh bikin lapar
ReplyDeleteMemang. Mungkin lain kali datang kena bawak troli tarik yang makcik-makcik selalu bawak tu. Baru tak sakit tangan. Hehe..
DeleteIya la. Sebab sini, tak jumpa ikan belanak masam. Macam ikan pekasam juga la. Kat Kuala, segar-segar baru buat.
Waduh my peberet ni. Kalau boleh jalan dari hujung sini sampai hujung sana tenguk apa yang ada. Selalunya masakan atau kuih yang jarang di jumpa. Tapi masalahnya peberet makan pun banyak juga. Camno tu.
ReplyDeleteItu la pasal, kak. Beli semua yang kita jarang jumpa, boleh buat makan anak-beranak, satu hari, sampai ke malam. Hehe..
DeleteJauh dia p pasar malam...banyak dah tempat menarik dekat Kuala Kangsar nie...
ReplyDeleteEh..pasar minggu... Kikiki...
DeleteBila suami akak off, dapat peluang ronda jauh sikit, Linda. Itu pun, dia ajak makan ikan patin tempoyak tepi sungai tu pula, kat pekan Kuale. Aduh, tak sedor diri, baru lepas pekena nasi kandaq. Entah bila perut nak kempis, tak tau la. Ingat nak melantak je kerjanya.
DeleteSaya kalau masuk pasar minggu, tak tahu nak beli apa. Banyak pilihan sampai apa yang dah plan nak beli sebelum datang, tetiba lupa. 😅
ReplyDeleteHaha.. Kalau gitu, beli yang dah plan je la. Kena fokus, BK. You can do it! 💪
DeleteSyurga untuk mereka yang bershopping dengan cara sederhana...dalam yang sama untuk membantu golongan usahawan tempatan
ReplyDeleteBetul tu, Encik Hanafi. Dapat juga membantu tingkatkan ekonomi peniaga kecil.
DeleteLama tak KK. Singgah makan laksa dengan cendol je masa 3 tahun lepas.
ReplyDeleteLama dah tu, Mulan. Saya yang selalu pergi ni pun, dah bertahun tak makan laksa kuala.
DeleteIkan yang tak hiraukan emak bapaknya, asyik bela anak aje.
ReplyDeleteOh, ye ke. Saya baru tahu ni, bila Wak cakap.
DeleteMbak, itu disebut pasar minggu apakah pasar itu hanya di akhir minggu saja?
ReplyDeleteAh ini ada lagi yang membuat penasaran, nasi kandar. Kalau nasinya berwarna kuning, disini namanya nasi kuning atau nasi uduk. APakah itu ya nasi kandar?
Salam,
Iya, Pak Asa. Hujung minggu, iaitu hari Ahad sahaja.
DeleteNasi kandar tu, asalnya, dari Pulau Pinang, pak. Perkataan kandar itu merujuk kepada cara hidangan nasi ini dahulu, di mana penjaja akan menjinjing (mengandar) galah dengan dua bekas nasi di bahu.
Sekarang ini susah untuk jumpa pasar panjang yang meriah dengan macam-macam lepas Covid di tempat saya.
ReplyDeleteLega di Perak masih ada sambutan.
Ooo.. ye ke..
DeleteYe, sini masih ramai. In fact, kena datang awal. Kalau lewat, dalam pukul 9 pagi, makin ramai pula orang.