Air kunyit - Secawan Kopi, Sekebun Cerita

Thursday, September 25, 2025

Air kunyit

 Tarikh: Selasa, 19 Ogos 2025

Saya tahu akan khasiat air kunyit ini, dari kakak sulung saya. Dia follow Dr. Zaidul Akbar, seorang pendakwah, konsultan dan pengamal perubatan sunnah dari Indonesia.

Masa PKP dulu lagi la. Masa tu, ramai tak sihat, covid la, influenza la. Saya tak pernah kena covid. Tapi influenza, saya pernah.  

Saya sendiri sudah banyak kali buat dan minum. Sebab itu, saya tahu air ini, elok. 

Saya cerita, ya. Dulu-dulu, ada subsidi dari kerajaan tu, untuk wanita 40 tahun ke atas, untuk buat mamogram. Saya buat, di hospital swasta, lepas tu, jumpa sesuatu. Takut, tau. Gila tak takut, sebab arwah mama saya meninggal sebab kanser payudara. Kena refer ke hospital kerajaan. Antara dapat tahu result mamogram dan temujanji doktor seterusnya, agak lama tempohnya. Jadi, saya amalkan minum air kunyit ni. 

Bila masa jumpa doktor hospital, doktor tak jumpa apa-apa pulak. Dia tengok keputusan mamogram. Puas juga la, dia ultrasound, mencari, takde apa-apa. Alhamdulillah. Allah beri penyakit, dan Dia juga lah menyembuhkan. 

Air kunyit homemade
Air kunyit homemade.

Cara buat air kunyit ni:

Bahan-bahan: 

🌼 Sebatang serai

🌼 Kunyit sebesar ibujari

🌼 Halia, 2 kali saiz kunyit kita guna

🌼 Limau nipis. Saya tak ada limau nipis, saya guna limau kasturi, 3 biji. Lemon pun boleh juga, ambil air sebiji.

Cara-cara:

🌸 Hiris kasar semua bahan, rebus dalam periuk.

🌸 Sampai air menggelegak, boleh tutup api.

🌸 Tunggu sejuk, bolehlah minum. Eh, tapis la dulu, masuk dalam bekas minuman.

Air kunyit untuk minuman kesihatan.
Dapat setengah botol.

Boleh la amalkan. Lelaki dan wanita. Untuk wanita, tak boleh minum setiap hari. Pernah dulu saya minum setiap hari, boleh datang bulan semula, walaupun baru habis period. Kalau rasa badan lain macam je, macam lemah je, selalu tak larat, boleh lah cuba.

Kalau setengah botol (botol saya boleh muat 2.2 liter) macam di atas, saya boleh habiskan dalam sehari. Rasa air kunyit ni, ok. Boleh la telan. 

Kunyit ada sifat anti radang. Halia dan serai pun sama. Limau kasturi ada vitamin C tinggi, boleh mengawal paras gula dan kolesterol dalam darah.

Kesimpulannya, air ni bagus. Tapi, janganlah minum air kunyit ini semata-mata. Kena juga jaga makan dan bersenam, ye. 

Jumpa lagi. 💗

12 comments:

  1. SA nak cuba buat la...mana tau boleh sihat kembali kan...terima kasih resepinya Nur...

    ReplyDelete
  2. Air kunyit mmg bagus.. dalam kajian bangsa india di malaysia paling kurang kena covid sbb mereka paling bnyk makan kunyit..

    ReplyDelete
  3. Ada baca juga tentang air kunyit ni. Memang bagus. Tapi tulah, kalau buat tak pasti boleh telan ke tidak. Tapi bolehlah cuba kan. Tengok orang jual pun boleh tahan mahal juga harganya. Kunyit, serai dan halia ada stok. Cuma limau je tak ada.

    ReplyDelete
  4. Saya selalu rendam jer dlm air panas...lepas tu minum..

    ReplyDelete
  5. Teringin nak minum tapi itulah takut tak tertelan :( tapi kalau air halia sy pernah la minum. Itu pun hiris & rendam dlm air panas je. Jenis kisar2 ni tak pernah

    ReplyDelete
  6. Sy pernah buat air rebusan macam ni, tak tertelan. Agaknya Nur punya ni sedap sebab ada jus limau kan. Nanti nak Cuba buat resipi air kunyit Nur ni.

    ReplyDelete
  7. pernah baca khasiat air kunyit ni. memang bagus especially utk perempuan yg period tak teratur. pastu boleh buat kulit bersih gakk

    ReplyDelete
  8. Bagus sebenarnya minum air kunyit juga air halia. Tapi tu lah bila masuk tekak emmm banyak songehnya lepas tu tak istiqoma almaklumle tak sedap. Bagus info ni.

    ReplyDelete
  9. Thanks for sharing Nur. Banyak khasiat nya kunyit ni kan.

    ReplyDelete
  10. Syukur Alhamdulillah…saya yang baca ni pun ikut rasa lega. Tentu berdebar je nak tunggu appointment doktor tu kan.

    Thanks share resepi ni Tot. Kena rajinkan diri buat sesekali.

    ReplyDelete