Cerita Isnin
Tarikh: Isnin, 11 Ogos 2025
Saya bangun sahur, sebab nak puasa pada hari tersebut. Puasa sunat Isnin je.
![]() |
| Nasi lauk ayam rebus dan sayur campur. |
Simple je lauk sahur. Kuah pun takde. Cekik, aku makan. Kalau puasa, saya perlu bangun sahur. Makan sesuatu. Tak boleh kalau tak sahur.
Pada pagi itu, cuaca hujan. Lepas subuh, nak buka pintu pagar yang berkunci. Ternampak la, ada kabel depan rumah. Kabel telefon atau talian tetap la tu, orang curi kabel. Buat projek malam-malam. Dia potong, lepas tu terbiar je depan rumah orang.
![]() |
| Kabel melintang di hadapan rumah. |
Saya tak sentuh. Takut la nak sentuh time baru lepas hujan. Walaupun bukan kabel elektrik. Tunggu suami saya balik kerja shif malam, barulah dia alihkan. Saya tak keluar rumah pun pada hari itu.
Dulu-dulu, beberapa tahun lepas, pernah nampak orang curi kabel telefon ni, siang-siang hari, waktu hari Ahad, dia boleh panjat tiang telefon. Macam spiderman dia panjat tiang tu. Perlu kemahiran memanjat yang tinggi juga ye, nak jadi pencuri kabel ni.
Dulu juga, selalu kena telefon TM, sebab bila kabel kena curi je, haruslah laporkan, sebab telefon rumah tak boleh pakai. Sekarang, sudah lama tak pakai telefon rumah. Apa taknya, kalau dah tiap-tiap minggu kena report kabel hilang, telefon rumah tak boleh pakai, tapi bil tetap kena bayar.
Mujur juga sekarang sudah tukar kabel fiber, elok, tiada kecurian macam kabel talian tetap yang ada tembaga di dalam tu.
Hari tu, saya masak lauk ayam masak lemak cili api.
![]() |
| Letak daun kunyit, you. |
Saya tak goreng dulu ayamnya. Alhamdulillah, satu lauk je buat berbuka pada hari itu.
Ok la. Jumpa lagi, ye. 💗



36 Ulasan
Di sini paling sering kejadian di daerah sumatera kak. Banyak sangat pencuri kabel, pencuri besi . Tak paham saya. Memang susah sangat hidup atau tak peduli agama..
BalasPadamItulah, masalah sejagat, curi kabel ni. Kesian orang yang masih pakai talian tetap.
Padampenat kita sebagai pengguna asyik nak report je...hihihi
BalasPadamHa ah, dulu memang. Sebab bila report, bukan terus dia datang repair. Ambil masa 2-3 hari juga.
PadamSedapnya ayam masak lemak cili api. Kalau tak goreng dulu pun sedap tu, Tot. Kalau puasa ganti atau sunat, tak bangun sahur, sy tak jadi puasalah hari tu, hihi.
BalasPadamHehe... itu la, penting sahur dulu, kan. 😁
Padamingatkan dunia dah makin maju ni takde kes2 mencuri kabel telefon la, internet la. masih ada lagi rupanya.. menyusahkan tuan rumah je
BalasPadamItu la, masih ada lagi kes curi kabel. Kesian pihak telco dan pengguna.
PadamPernah jugak depan rumah terjuntai wayar kabel...pagi tgk ada lagi..petang hilang dah..
BalasPadamTechnician datang ambik kot. Saya pun hari tu, tengok-tengok, dah takde, orang TM kot ambil.
PadamSaya pun jenis kena bersahur juga kalau puasa. At least kurma dan air suam. Lahh masih ada ye pencuri kabel zaman sekarang ni. Tak fikir bahaya dah dorang ni. Kalau kabel elektrik kena renjatan tak pasal ke alam lain terus. Ayam masak lemak memang tak digoreng dulu kan. Cuma versi moden ni je saya perasan ada orang buat dan saya pun pernah buat. Saya rasa untuk masakan lemak better tak digoreng dulu. Lagi sedap ikut cara tradisional.
BalasPadamSama kita, ye, kena sahur juga.
PadamSebab versi KA masak tu, dia goreng dulu. Tapi akak pun lebih suka cara tradisional.
semenjak eranya handphone, telephoner rumah sudah dicabut, alias tidak pasang lagi.
BalasPadamMenu yang super, nikmat
Tapi masih ada yang guna talian tetap ni, contohnya warga emas, yang kurang gemar guna handphone.
PadamWak kalau puasa mesti sahur nasi
BalasPadamTakut kelaparan di siang hari.
Sama kita, Wak.
Padamsenangnya bisa puasa senin
BalasPadamsaya gagal puasa hari ini
entah kenapa ada tamu siang tadi.....
Boleh cuba lagi di lain hari, untuk puasa sunat.
PadamAmmi kalau puasa ganti atau sunat suka makan wrap je sebab rasa lebih kenyang. Kalau makan nasi nanti mcm cepat lapar. Hahahha….ngengada betul ek perangai
BalasPadamTak la, Ammi. Memang patut kurangkan nasi, dan lebihkan protein. Cuma saya je, yang tak biasa lagi.
PadamNampaknya kena pasang CCTV tersembunyi kat situ.
BalasPadamSuami akak pun cakap benda sama macam BK.
PadamJenuh juga kena laporkan.
BalasPadamAda letak daun apa dalam masak lemak itu?
Ha ah la, dulu, masa kami masih pakai talian tetap.
PadamSaya letak daun kunyit, NA.
Kecurian kabel ni sakan sungguh la kan? Kabel yang dicuri entah berapa sen tapi kos nak baikpulih dan mengganti kerosakan yang dibuat pun makan ribu riban. Meriah juga lauk sahur Tot. Sebut pasal puasa KSarie masih ada puasa yang perlu diganti.
BalasPadamTembaga dalam talian tetap tu, mahal, saya dengar orang cakap. Itu pasal selalu dicuri.
PadamHa.. sila, sila, ganti puasa, KSarie. Hehe.. saya sudah settle lama, sejak bulan syawal lagi.
sedap kering-kering makan utk sahur....kg kakmieja dah lama TM stopkan ....kabel asyik kena curik....tak ada dah telepon berdering
BalasPadamItu la, orang tua pun kena belajar guna handphone.
PadamNak senang memang MLCA je la..x rumit dan x renyah nak masaknya
BalasPadamKan... saya rujuk resepi SA, la. 😁
PadamKena hubung pihak tertentu ..jabatan elektrik tu dek , bial ada kerosakan kabel..
BalasPadamSaya tak sempat call pun, bila dah masuk tengahari macam tu, kabel tu sudah diambil technician TM agaknya.
PadamBahaya juga kan mencuri kabel ni, terang terangan ..
BalasPadamMereka tak peduli pun orang yang tinggal berdekatan. Asal dapat kabel yang dihajati, sudah.
PadamMA pun kalau puasa mesti kena sahur...
BalasPadamKann.. buat lapik perut, orang tua kata, dan amalan sunat.
Padam