Monday, September 29, 2025

Suatu Jumaat di bulan Ogos

💚 Tarikh: Jumaat, 22 Ogos 2025 💚

Masak siap-siap sebab plan nak ke Ipoh, ambil budak Hafizan (anak kedua). 

Bihun goreng homemade.
Saya masak bihun goreng.

Budak Sulaiman (anak bongsu) tak ikut. Sulaiman hari Jumaat, petang-petang dia selalu pergi main badminton dengan cikgu dan kawan-kawan dia. Itu yang saya sudah siap masak untuk Sulaiman. Saya, Amirul (anak pertama) pergi Ipoh lepas suami balik kerja waktu petang. 

Selepas ambil Hafizan di Poli, kami pergi Aeon Station 18

Tingkat atas, sudah ada Hot&Roll. Yang ini, feveret anak-anak. Kalau pergi Mydin Ipoh, selalu bungkus bawa balik. Bila sudah ada cawangan di sini, ok la. Lebih dekat. 

Hot&Roll di Aeon Mall Station 18.

Bungkus pizza beef prata untuk anak-anak. Jalan-jalan, singgah surau settlekan yang wajib, kemudian kami makan malam di food court. 

Masa nak balik, jumpa kedai baru buka. Aeon Mall Station 18, Ipoh ni, banyak juga kedai menarik, berbanding Aeon Mall dekat rumah kami.

Cafe Chloe.Co
Chloe.Co Cafe

Dari luar, saya tengok, bakerinya sangat cantik. Ia adalah cafe yang ada jual banyak pastries dan pencuci mulut. Saya beli beberapa benda yang jarang jumpa di bakeri dekat rumah saya.

Pandan pistachio kunafa, biscoff caramel cromboloni dan cinnamon danish roll

Merujuk kepada gambar di atas, saya beli:

💛 Seketul pandan pistachio kunafa flan, harga RM7.20

💛 Dua biji biscoft caramel cromboloni, harga RM12 each, jadi harga RM24

💛 Dua biji cinnamon danish roll, harga RM6.80 each, jadi RM13.60

Ya Allah, ke laut dalam terus diet mode-ku. Sambil pejam-pejam mata, menikmati pastries yang jarang jumpa. Share makan anak beranak.

Keratan rentas cinnamon danish roll
Keratan rentas cinnamon danish roll.

Saya dan suami yang makan cinnamon roll tu, sebab anak-anak kurang suka bau kulit kayu manis tu. Sampai rumah, terus makan walaupun sudah pukul 10 malam. Agak manis juga rasanya. Rasa bersalah selepas makan, sebab dah lama tak makan benda manis. 

Nutella hazelnut croissant
Eh, ada lagi.

Beli juga nutella hazelnut croissant, harga RM12.20. 

Alhamdulillah. Rezeki dapat makan pastries sedap-sedap yang jarang jumpa. Agak mahal juga pastries di cafe. Tapi boleh rasa, dibuat dari bahan premium, sedap! Dalam cafe Chloe.co tu, boleh juga makan di situ. Antara menu yang ada adalah segala jenis kopi, pelbagai jenis kek, tart, pasta dan banyak pastries juga dessert.

Nasib baik kedai macam ni tak ada dekat rumah saya. Bahaya, bahaya.

Ok. Itu je la cerita pada hari tersebut.

Jumpa lagi, ye. 💗

36 comments:

  1. Aduhhh....dia tayang pastries plak ni....sabar SA...sabar....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. syori. Alaa SA tu hari ni, pekena kek SR, lagi syedap. 😁

      Delete
  2. betul la..semua nampak sedap tu, lama x makan pastries

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baguslah MA ni, kurang makan pastries. I is cannot, bila mengopi je, rasa nak beli, walaupun croissant. 🙈

      Delete
  3. hahahah...lepas makan baru terbit rasa bersalah tu ye. Tapi makan jelah selagi ada gigi nak makan...dah tua-tua sok camna nak gigi kulit pastry yang liat2 tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. adoi, lawak membayangkan bila takde gigi cuba nak makan pastries.

      Delete
  4. Apa ni? Telan² air liur kita tengok mihun goreng tu. Lepas tu dia tayang pulak cinnamon roll. Kalau makan semua tu memang ke laut dalam terussss la, takpe, nanti brisk walk lagi. Jgn rasa bersalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. kita jarang jumpa la, cafe ada pastries sedap-sedap camtu, SK. Haruslah share! Hik hik! Tak briskwalk, angkat kettlebell terus esoknya. 😂

      Delete
  5. Saya lalu bakery sedap2 pejam mata..takut terikut balik...

    ReplyDelete
  6. Menggoda sungguh semuanya, lagi-lagi bila Tot tayang bahagian tengah cinnamon roll tu 😋
    Saya kalau ke Aeon pun jadi beli macam-macam pastri/kek. Aeon Nilai dekat dengan rumah NS kami tu best! Tapi itulah…sekarang Aeon paling dekat pun di Penang 😢

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. syedap, Ujie. Saya ni perak (jakun) sikit. Sebab benda tak pernah rasa.
      Aduh.. ada hikmahnya tinggal di Perlis jauh dari Aeon ni. Jadi, diet Ujie takde la ke laut dalam macam saya.

      Delete
  7. Sedapnya. Penuh filling dalam tu. Kalau lah sini pun ada macam tu. 😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada hikmahnya BK, rumah kita jauh dari bakery jual pastries sedap-sedap ni. Huhu..

      Delete
  8. Bab kuih ni memang tak lepas Etuza mesti makan..sedap nya tu dek..

    ReplyDelete
  9. saya suka bakery yg jual pastries cantik2 macam ni! tengok pun tahu sedap
    murah jugak cromboloni dia. rata2 saya jumpa yg harga RM15 ke atas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke.. akak pun tak tahu, sebab jarang beli. Memang sedap, Mazni.

      Delete
  10. Kadang sayapun bersyukur dekat rumah tak banyak sangat kuliner sedap. Krn memang akan menghancurkan diet dan pola makan hahahahahhha. Sesekali okelaaah, tp kalo sering beli, say good bye saja dengan diet 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, Fanny, itulah hikmahnya, kalau dekat rumah ada kedai begini, hancur diet.

      Delete
  11. Anak dah besar ni kadang malas nak ikut. Ada pulak aktivitinya. Lagilah malas nak ikut.
    Sesekali takpe kot kan Kak Nur. Tapikan kalau kita jenis tak biasa makan manis, bila manis tu terasa manis sungguh. Rasa bersalah tu memang ada. Tapi terpaksalah makanlah sebab dah beli kan. hihi..
    Memang bahaya kalau ada dekat rumah. Syukur juga jauh kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab harga pastries pun agak mahal, jadi tak elok membazir. Rezeki depan mata, jangan ditolak. Hehe...

      Delete
  12. Uiks banyak labur untuk pastri. Hehe sesekali. Sayapun nasib baik rumah tidak dekat dengan kedai-kedai berhantu. Dahulu rumah lama dekat dengan segala kedai dan pasaraya. Rasa teringin jalan kaki pergi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jarang jumpa, NA. Haruslah beli, nanti tidor meleleh ailio kalau tak beli.
      Wah, best kalau rumah dekat dengan kedai menarik, jalan kaki jer.

      Delete
  13. Semakin kelaparan KSarie baca post ni. Semua pastri dia nampak sedap-sedap belaka. Sebenarnya duit kita ni memang banyak habis dekat makanan kan sebab banyak makanan sedap di sana sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sangat! Tapi sangat berbaloi. Hidup kena happy. Hehe...

      Delete
  14. tergiur sekali dengan pandan pistachio kunafa flan.

    ReplyDelete
  15. Cinnamon Danish Roll tu mmg mengoda sungguh huhuu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la, kalau tak beli, meleleh ailio waktu malam nak tido, terbayang-bayang. Baiklah beli, menyesal kemudian. 😂

      Delete