Morning walk Selasa

Tarikh: Selasa, 19 Ogos 2025

Berjalan pagi. Di tempat biasa, iaitu Padang Astaka, Sitiawan

Banyak hari bersenam di rumah. Tapi kalau ada hari suami tak kerja, kami pergi berjalan di padang. Saja, ambil angin. Nak kata briskwalk, tak laju pun. Lebih kepada jalan-jalan makan angin tengok orang, pokok, langit dan pada hari tu, dapat tengok burung bangau putih

Burung bangun putih di tengah padang Astaka, Sitiawan, Perak.
Bangau putih di tengah padang.

Burung bangau ni, bila dia duduk diam, kita boleh ingat dia macam patung. Kan ada patung bangau, orang selalu letak tepi kolam ikan. 

Burung bangau mula terbang
Bangau putih mula terbang.

Memang selalu macam ni. Bila kita ambil gambar je, dia terbang pergi. Pemalu, macam memerang juga. Kalau morning walk di Esplanade Lumut, kadang boleh nampak sekeluarga memerang. Bila kita bawa keluar handphone dari pouch, nak ambil gambar, laju je, masuk dalam air laut. 


Burung bangau terbang pergi
Bangau terbang pergi.

Bye, burung bangau yang cantik. Nanti kita jumpa lagi...


Pagi itu, sempat berjalan selama 1 jam 18 minit, dengan jarak 5.9 kilometer. Alhamdulillah.

Esok, sudah hari Jumaat. Cepat betul rasanya seminggu cuti sekolah ni. 

Jumpa lagi, ye. 💗

Catat Ulasan

46 Ulasan

  1. bestnya...nikmati pemandangan sambil briskwalk tu...

    BalasPadam
  2. bangau pun pemalu nampaknya. tapi diorang kalau mengelamun, mmng suka berdiri tegak2 macam patung tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, Mazni. Itu pasal akak kadang ingat patung. Rupa-rupanya, bangau hidup.

      Padam
  3. Suka tengok bangau. Putih bersih. Teringat drama lakonan Dian P.Ramlee - Terbang Bangau.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah, sudah lama saya tak layan drama melayu, kak. Bunyi macam drama lama.

      Padam
  4. Muka akak dengan suami ada iras²..dia macam twins lelaki dan perempuan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe.. ha ah, Linda, pernah juga ada orang cakap macam tu, sejak kahwin lagi. Muka sama.

      Padam
  5. Sejak menetap di Perlis, saya dapat memerhati bangau dari tingkap rumah. Seronok dapat perhatikan bangau mematuk tanah - makan cacing. Tapi memang susah nak ambil gambar yang jelas, cepat je bangau terbang lari.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bestnya, Ujie dapat tengok view cantik dari rumah je. Itu la, pemalu bangau ni.

      Padam
  6. Pagi-pagi tengok permandangan luar tu satu terapi juga. Udara pun segar. Susah nak ambil gambar bangau ni. Kejap je dia statik, lepas tu terbang. Memerang pun pemalu jugak ek. Kejap je nak habis cuti dah, Sabtu dan Ahad ni confirm jem.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu la, Fizah, nak ambil gambar bangau dan memerang ni, kena pantas, sebab deme pemalu.

      Padam
  7. Alhamdulillah...Seronok tengok pemandangan mcm ni =D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, rejeki dapat tengok pemandangan burung, rasa aman dalam hati, Nieza.

      Padam
  8. Sama juga dgn merpati... Elok kita datang dekat, terbang :)
    Sweet gambar last tu. Happy couple alhamdulillah 👍🏻

    BalasPadam
    Balasan
    1. Patut ada peribahasa jinak jinak merpati ya, PH.
      Alhamdulillah, mekacih.

      Padam
  9. Nak habis dh cuti sekolah..mak2 x leh nak rileks dah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuti sekolah pun tak rileks, Sueann, kerja masak je hari-hari, askar-askar di rumah kelaparan sokmo. 😅

      Padam
  10. Balasan
    1. Kenapa engkau kurus, eh, auto rasa nak sambung, uncle.

      Padam
  11. Saya komen ini dah hari Ahad. Cepat masa berlalu. Banyak perkara berlaku.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye, NA, masa memang laju je. Banyak benda berlaku, dan agak sibuk.

      Padam
  12. Bilalah sy ngan PI rajin nak jalan2 kat padang ambil angin macam ni, romantissss.

    BalasPadam
    Balasan
    1. SK dan PI romantis apa, ada juga jalan-jalan, di pasar pagi pun orait, sambil jalan, boleh shopping barang.

      Padam
  13. Sukanya kalap briskwalk di luar, memang bisa lihat Macam2 . Kadang berjumpa dengan hewan2 unik begini. Jarang sangat saya bisa ketemu bangau 😅.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe.. akak pun baru pertama kali jumpa bangau semasa jalan pagi.

      Padam
  14. Briskwalk dekat luar sambil keluar peluh terapi mata juga kan sebab datang tengok suasana menghijau flora fauna segala. Haiwan ni memang kebanyakannya asal kita cuba nak ambil gambar dia sakan dia melarikan diri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, KSarie. Mungkin kena ada camera teropong, duduk jauh-jauh sambil zoom-in, baru lawa gambar. Hehe..

      Padam
  15. SA dah sihat nanti SA nak briskwalk lagi la..kali ni nak buat santai2 je...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Santai-santai lagi best, SA. Tak perlu jalan laju pun. Asal bergerak.

      Padam
  16. Bangau pernah nampak tapi memerang tak pernah lagi. Mesti comel.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Comel dan geram tengok memerang, sebab gemuk-gemuks.. Hik hik!

      Padam
  17. Alhamdulillah diberi nikmat utk jalan jalan waktu pagi... Seronok dpt amalkan hidup yg sihat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Allah pinjamkan nikmat sihat.

      Padam
  18. Bila musim tuai padi, banyak bangau kat tepi rumah. Bila kita datang, terus terbang jauh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bestnya, kat tepi rumah je, sawah padi. Terasa aman damai.

      Padam
  19. kejadian 19 Ogos yang ditulis pada 18 September dan saya baca pada 27 September. Ahaksss..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha... busy bebenor, Ammi. Kisah delayed yang lama, bukan siaran langsung. Huhu..

      Padam
  20. Dapt hirup udara segar, nampak keindahan hidupan lain seperti burung putih..si enggang yang putih..

    BalasPadam