First time beli Momoyo - Secawan Kopi, Sekebun Cerita

Thursday, September 4, 2025

First time beli Momoyo

Tarikh: Khamis, 7 Ogos 2025 

Saya berdiri depan kaunter pesanan. Tak tahu nak order apa.

Adik Momoyo tu tanya, "Akak nak aiskrim ke, air?"

"Aiskrim."

Dia bagitahu ada sundae oreo.

Saya tambah lagi satu sundae, perisa peach.

Dalam kedai Momoyo, sedang tunggu pesanan
Tunggu order siap, sambil tengok keliling dalam kedai.

Nak kata lama, tak juga. Agak baru juga Momoyo ini dibuka di Manjung.

Dari mana asalnya Momoyo ni?

Momoyo asal dari Indonesia. Ditubuhkan tahun 2022, dan specialize dalam teh. Di Indonesia saja, sudah ada 300 buah kedai Momoyo.

Bulan Oktober 2023, Momoyo pertama dibuka di Filipina.

Bulan Disember 2023, Momoyo pertama dibuka di Malaysia.

Saya buat carian google sikit. 😊

Pergi pagi, tiada pelanggan di Momoyo
Pukul 10 pagi, tiada pelanggan, kecuali saya.

Di Momoyo, menu yang ada termasuklah pelbagai jenis aiskrim seperti sundae dan cone.

Teh pula, pelbagai perasa buah segar. Jumbo fruit tea pun ada. Dalam teh gelas besar, ada potongan buah segar. 

Minuman kopi juga ada, tapi tidaklah banyak.

Pada hari itu, saya beli Oreo dan Peach Jelly Aiskrim Sundae.

Beli dua sundae di Momoyo, harga RM10
Total bayaran, RM10

Satu sundae cup harga RM5.

Kalau beli cone, RM2 satu.

Suasana dalam kedai, ceria. Waktu serahkan pesanan saya, adik Momoyo tu cakap,"Makan aiskrim Momoyo dengan gembira ya, kak", sambil tersenyum lebar. 

Hehe.. baiklah.

Dua aiskrim sundae dari Momoyo, Oreo dan Peach Jelly
Siap!

Comei je. Bawa balik, makan di rumah.

Aiskrim sundae Momoyo yang comel
Kenapa comei sangat packaging Momoyo ni?

Saya makan share dengan suami perasa peach jelly. Sedap! 😋 Ada potongan jelly perasa peach dalam sundae.

Yang oreo, simpan dalam peti ais, bagi kat Sulaiman.

Alhamdulillah. Saja je, cuba beli, nak merasa.

Jumpa lagi, ye. 💗

24 comments:

  1. Ahkak yang membaca pun terus rasa gembira melihat aiskrim comel. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la, ceria warna bekas aiskrimnya. Apatah lagi sambil makan, sambil tersenyum, kak. Hehe..

      Delete
  2. Murah juga harganya. Ingat berbelas-belas harga.

    ReplyDelete
  3. Ni la yang SA makan hari tu ngan Dania...Dania amik sundae, SA amik yang eskrem dengan cone..portion besar tak macam eskrem jenama M tu...eh..nanti pi ST Rosyam SA nak beli lagi la eskrem

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. sila, sila, SA. Syedap, kannn... 😋

      Delete
  4. OK..Ada 1 dekat dalam AEON AU2..Nnt bleh gi try =)

    ReplyDelete
  5. Selain kanak2, kita pun kena rasa benda2 macam ni...comel...

    ReplyDelete
  6. oh indonesia punya ke. saya ingat china
    harga pun macam mixue dengan ai-cha je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pun baru tahu, Mazni, dari Indonesia.
      Oh, ye ke.. akak tak tahu, sebab tak pernah beli Mixue. Ha ah, lebih kurang macam Ai-Cha, harganya.

      Delete
  7. Aik? Tak pernah jumpa pulak momoyo....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada, uncle. Dah banyak buka branch serata Malaysia.

      Delete
  8. Singgah Momoyo hari tu. Tapi tak sempat beli apa-apa. 😅

    ReplyDelete
  9. Replies
    1. Oh ye ke.. tak tahu, sebab tak pernah masuk mixue.

      Delete
  10. Saya tak pernah coba malah 😅... Soalnya saya pikir akan sama seperti mixue, yg susu nya kuat sangat. Saya tak suka kalo susu strong terasa.

    Tapi kalo momoyo tak kuat susu nya, boleh lah nanti saya coba

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini rasanya, macam sundae McD, Fanny. Lebih kurang. Boleh try nanti.

      Delete
  11. Comel je pesanan dia ek. Ada buah sebenar tu yang best. Saya ingatkan momoyo ni dari Vietnam, Philipine atau Thailand. Rupanya dari Indonesia. Ada minuman juga, ingatkan aiskrim je. Okaylah kan untuk mencuba tu. Sekarang pun rasa dah banyak cawangannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok, Fizah. Teh dengan potongan buah sebenar tu, lain kali boleh cuba.

      Delete
  12. First time tau pasal Momoyo ni. Adakah sama spesies dengan Mixue? Macam sedap nampak sundae peach tu. Nanti KSarie nak siasat di mana Momoyo terdekat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih kurang kot, KSarie, mengikut komen Mamatisya di atas. Sedap, sambil makan aiskrim sambil mengunyah peach jelly.

      Delete