Masak ayam bakar - Secawan Kopi, Sekebun Cerita

Friday, September 12, 2025

Masak ayam bakar

 Tarikh: Khamis, 14 Ogos 2025

Saya guna serbuk perapan ayam madu Adabi. Baru pertama kali nak cuba. Beli satu paket kecil, harga RM3 di kedai runcit dekat rumah.

Bahan-bahan nak masak ayam bakar
Bahan-bahan nak masak ayam bakar.

Lepas ayam dicuci, saya perap ayam dengan olive oil dan serbuk perapan ayam madu Adabi.

Siap gaul rata ayam dengan serbuk perapan ayam madu Adabi
Siap, gaul rata ayam.

Masih ada lagi baki serbuk perapan. Tak guna ayam seekor pun. Saya beli ayam siap dipack di Supermarket Aeon, beberapa ketul ayam harga RM9.30.

Guna periuk non stick untuk masak ayam bakar
Guna periuk non stick je

Ada dapur old fashion, guna arang. Tapi saya macam malas nak buat api. Kalau ada tenaga orang lelaki di rumah, boleh juga suruh. Lain kali. Saya masak ayam dalam periuk non stick. Tak letak apa-apa minyak. Air ayam keluar sendiri.

Siap, ayam bakar dimasak dalam periuk non stick
Sudah siap!

Sedap. Warna merah, macam ayam bakar kedai nasi berlauk kelantan. Isi ayam lembut. Puas hati masak ayam dalam periuk. Saya tak pandai guna air fryer, ayam jadi kering. Senang ada serbuk perapan begini. Memudahkan kerja di dapur.

Masak sayur campur pula
Masak sayur campur pula

Masak campuran sayur brokoli, kobis bunga, carrot dan baby tomato, guna kuali sama.  Saya tak tambah minyak, guna lebihan sisa masak ayam sebelum itu. Saya tambah black pepper dan serbuk perasa sikit. Patutnya, tumis bawang putih dulu kot. Tapi hari itu, hari malas saya, nak potong bawang pun malas. 

Ringkas je masak pada hari itu. 

Saya kalau beli nasi kerabu, suka pilih lauk ayam bakar. Walaupun ayam bakar masak hari ini tak ada aroma arang, tapi boleh la, buat rasa-rasa.

Ok. Jumpa lagi, ye. 💗

38 comments:

  1. Kira guna minyak jugak kan tu kak Nur tambah olive oil sikit. Kalau tak tambah olive oil tu mungkin dia akan jadi kering sikit. Senang kerja ada ready made serbuk perapan. Saya pun tak suka jenis kering. Jarang guna oven, sebab tu tak beli air fryer juga. Microwave okay lagi kot dia tak kering sangat hasilnya. Kalau saya pun guna lebihan hasil ayam bakar tu je untuk tumis sayur. Sedap ada extra rasa, tak payah tambah garam pun takpe. Samalah kita suka pilih lauk ayam bakar. Jarang sekali nak pesan daging bakar atau ikan goreng tepung tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul juga cakap Fizah. Entah kenapa akak tak kira olive oil sebagai minyak, sebab mungkin ia pilihan makanan yang sihat kot.
      Kan... sama selera kita bila beli nasi kerabu. Feveret juga, ayam bakar ni. 😋

      Delete
  2. kalau guna air fryer biasa SA gaulkan minyak untuk x nak ayam tu kering...

    ReplyDelete
  3. Pernah beli jugak serbuk adabi tu..kena modified sikit baru ok rasa dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, Sueann, kalau tambah madu saya rasa, lebih sedap rasanya.

      Delete
  4. macam best je guna serbuk perapan ni. nanti boleh tambah2 bahan kita sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je Mazni, ikut kreativiti dan kerajinan masing-masing.

      Delete
  5. kalau bakar ayam dalam air fryer masa marinate tu perlu letak minyak sikit ataupun kalau taknak letak butter sikit. Pastu kena juga diterbalikkan ayam tu biar masa rata

    ReplyDelete
  6. Okey juga masak ayam bakar dalam kuali non stick sampai garing, tak melekat pulak. Macam ayam dekat kedai nasi kerabu rupa dia. Kalau masak macam ni, boleh makan bertambah nasi dibuatnya, Tot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha, tu la, SK. Menahan diri dari tambah nasi. Helok kejadian masak ayam dalam periuk non stick. Boleh repeat lain kali.

      Delete
  7. sy guna pan anti lekat tu utk bakar ayam. bungkus dgn daun pisang. hasilnya memuaskan hati. X suka guna arang sbb api susah nak hidup...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye la, kan, Abe Kie, jimat sikit masa, tak perlu buat api.

      Delete
  8. Nak beli jugak la nanti boleh bakar ayam. Nampak menarik tu merah je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh la tahan, Cie. Time-time malas nak sediakan bahan perapan, boleh la guna.

      Delete
  9. Ada serbuk ni kerja jadi lebih mudah kan. Sy suka guna AF sbb ayam masak betul. Kalau bakar atas api Sy tak pandai, kadang kurang masak jadinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya, kalau bakar atas api, tunggu arang jadi bara, dan tengok kulit nampak garing atau kehitaman sikit, masak la tu. Betul, ada serbuk macam ni, cepat sikit kerja memasak, PH.

      Delete
  10. Sedap guna serbuk perapan ni. Menjadi rasa ayam tu.

    ReplyDelete
  11. Nak kena cari serbuk perapan ayam itu :)

    ReplyDelete
  12. Baru lepas guna hari tu..buat bakar2 dekat kampung..ok je rase dia

    ReplyDelete
  13. Saya pun sukaaaa pakai adabi ini kak. Kemarin itu ada beli bumbu kari daging dan sop tulang. Tapi tuhlah, yg di sini tak lengkap variannya. Belum ada liat yg bumbu ayam bakar ini. Nanti saya cari di KL sajalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti Fanny borong bila datang KL ye. Memudahkan kerja memasak.

      Delete
  14. Sihat tidak guna minyak. Lepas itu sedap lagi puas hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, NA. Rasa masak dalam periuk non stick ni, helok ayam jadinya, masak sempurna.

      Delete
  15. Bagusnya masakan tidak guna minyak tetapi tetap sedap dan ngam dekat tekak. Baru KSarie tau ada serbuk perisa baru daripada Adabi. Nanti kot rajin yang entah bila tuh😅bolehlah KSarie cuba masak nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. boleh try on weekend KSarie. Senang kerja di dapur.

      Delete
  16. aittt napa tak nampak. emm kena cuba ni

    ReplyDelete