Tarikh: Khamis, 14 Ogos 2025
Saya guna serbuk perapan ayam madu Adabi. Baru pertama kali nak cuba. Beli satu paket kecil, harga RM3 di kedai runcit dekat rumah.
![]() |
Bahan-bahan nak masak ayam bakar. |
Lepas ayam dicuci, saya perap ayam dengan olive oil dan serbuk perapan ayam madu Adabi.
![]() |
Siap, gaul rata ayam. |
Masih ada lagi baki serbuk perapan. Tak guna ayam seekor pun. Saya beli ayam siap dipack di Supermarket Aeon, beberapa ketul ayam harga RM9.30.
![]() |
Guna periuk non stick je |
Ada dapur old fashion, guna arang. Tapi saya macam malas nak buat api. Kalau ada tenaga orang lelaki di rumah, boleh juga suruh. Lain kali. Saya masak ayam dalam periuk non stick. Tak letak apa-apa minyak. Air ayam keluar sendiri.
![]() |
Sudah siap! |
Sedap. Warna merah, macam ayam bakar kedai nasi berlauk kelantan. Isi ayam lembut. Puas hati masak ayam dalam periuk. Saya tak pandai guna air fryer, ayam jadi kering. Senang ada serbuk perapan begini. Memudahkan kerja di dapur.
![]() |
Masak sayur campur pula |
Masak campuran sayur brokoli, kobis bunga, carrot dan baby tomato, guna kuali sama. Saya tak tambah minyak, guna lebihan sisa masak ayam sebelum itu. Saya tambah black pepper dan serbuk perasa sikit. Patutnya, tumis bawang putih dulu kot. Tapi hari itu, hari malas saya, nak potong bawang pun malas.
Ringkas je masak pada hari itu.
Saya kalau beli nasi kerabu, suka pilih lauk ayam bakar. Walaupun ayam bakar masak hari ini tak ada aroma arang, tapi boleh la, buat rasa-rasa.
Ok. Jumpa lagi, ye. 💗
Kira guna minyak jugak kan tu kak Nur tambah olive oil sikit. Kalau tak tambah olive oil tu mungkin dia akan jadi kering sikit. Senang kerja ada ready made serbuk perapan. Saya pun tak suka jenis kering. Jarang guna oven, sebab tu tak beli air fryer juga. Microwave okay lagi kot dia tak kering sangat hasilnya. Kalau saya pun guna lebihan hasil ayam bakar tu je untuk tumis sayur. Sedap ada extra rasa, tak payah tambah garam pun takpe. Samalah kita suka pilih lauk ayam bakar. Jarang sekali nak pesan daging bakar atau ikan goreng tepung tu.
ReplyDeleteBetul juga cakap Fizah. Entah kenapa akak tak kira olive oil sebagai minyak, sebab mungkin ia pilihan makanan yang sihat kot.
DeleteKan... sama selera kita bila beli nasi kerabu. Feveret juga, ayam bakar ni. 😋
kalau guna air fryer biasa SA gaulkan minyak untuk x nak ayam tu kering...
ReplyDeleteBaik. Nanti saya cuba. Thanks, SA.
DeletePernah beli jugak serbuk adabi tu..kena modified sikit baru ok rasa dia...
ReplyDeleteHa ah, Sueann, kalau tambah madu saya rasa, lebih sedap rasanya.
Deletemacam best je guna serbuk perapan ni. nanti boleh tambah2 bahan kita sikit
ReplyDeleteBoleh je Mazni, ikut kreativiti dan kerajinan masing-masing.
Deletekalau bakar ayam dalam air fryer masa marinate tu perlu letak minyak sikit ataupun kalau taknak letak butter sikit. Pastu kena juga diterbalikkan ayam tu biar masa rata
ReplyDeleteHa.. baik, Ammi. Thank you for the tips.
DeleteOkey juga masak ayam bakar dalam kuali non stick sampai garing, tak melekat pulak. Macam ayam dekat kedai nasi kerabu rupa dia. Kalau masak macam ni, boleh makan bertambah nasi dibuatnya, Tot.
ReplyDeleteHa, tu la, SK. Menahan diri dari tambah nasi. Helok kejadian masak ayam dalam periuk non stick. Boleh repeat lain kali.
Deletesy guna pan anti lekat tu utk bakar ayam. bungkus dgn daun pisang. hasilnya memuaskan hati. X suka guna arang sbb api susah nak hidup...
ReplyDeleteYe la, kan, Abe Kie, jimat sikit masa, tak perlu buat api.
DeleteNak beli jugak la nanti boleh bakar ayam. Nampak menarik tu merah je.
ReplyDeleteBoleh la tahan, Cie. Time-time malas nak sediakan bahan perapan, boleh la guna.
DeleteSedap nampaknya ayam tu.
ReplyDeleteAlhamdulillah, sedap bagi tekak saya.
DeleteAda serbuk ni kerja jadi lebih mudah kan. Sy suka guna AF sbb ayam masak betul. Kalau bakar atas api Sy tak pandai, kadang kurang masak jadinya.
ReplyDeleteBiasanya, kalau bakar atas api, tunggu arang jadi bara, dan tengok kulit nampak garing atau kehitaman sikit, masak la tu. Betul, ada serbuk macam ni, cepat sikit kerja memasak, PH.
DeleteSedap guna serbuk perapan ni. Menjadi rasa ayam tu.
ReplyDeleteKann... not bad la.
DeleteNak kena cari serbuk perapan ayam itu :)
ReplyDeleteSila, sila, Eyma. 😊
DeleteBaru lepas guna hari tu..buat bakar2 dekat kampung..ok je rase dia
ReplyDeleteOk kan, Linda. Senang kerja.
DeleteSaya pun sukaaaa pakai adabi ini kak. Kemarin itu ada beli bumbu kari daging dan sop tulang. Tapi tuhlah, yg di sini tak lengkap variannya. Belum ada liat yg bumbu ayam bakar ini. Nanti saya cari di KL sajalah.
ReplyDeleteNanti Fanny borong bila datang KL ye. Memudahkan kerja memasak.
DeleteSedapnya Nur.
ReplyDeleteAlhamdulillah, sedap, Mulan.
Deletealhamdulillah..sedap nampak tu
ReplyDeleteAlhamdulillah, MA.
DeleteSihat tidak guna minyak. Lepas itu sedap lagi puas hati.
ReplyDeleteAlhamdulillah, NA. Rasa masak dalam periuk non stick ni, helok ayam jadinya, masak sempurna.
DeleteBagusnya masakan tidak guna minyak tetapi tetap sedap dan ngam dekat tekak. Baru KSarie tau ada serbuk perisa baru daripada Adabi. Nanti kot rajin yang entah bila tuh😅bolehlah KSarie cuba masak nanti
ReplyDeleteHehe.. boleh try on weekend KSarie. Senang kerja di dapur.
Deleteaittt napa tak nampak. emm kena cuba ni
ReplyDeleteSila, sila, Kak Notie.
Delete