Tarikh: Selasa, 19 Ogos 2025
Berjalan pagi. Di tempat biasa, iaitu Padang Astaka, Sitiawan.
Banyak hari bersenam di rumah. Tapi kalau ada hari suami tak kerja, kami pergi berjalan di padang. Saja, ambil angin. Nak kata briskwalk, tak laju pun. Lebih kepada jalan-jalan makan angin tengok orang, pokok, langit dan pada hari tu, dapat tengok burung bangau putih.
![]() |
Bangau putih di tengah padang. |
Burung bangau ni, bila dia duduk diam, kita boleh ingat dia macam patung. Kan ada patung bangau, orang selalu letak tepi kolam ikan.
![]() |
Bangau putih mula terbang. |
Memang selalu macam ni. Bila kita ambil gambar je, dia terbang pergi. Pemalu, macam memerang juga. Kalau morning walk di Esplanade Lumut, kadang boleh nampak sekeluarga memerang. Bila kita bawa keluar handphone dari pouch, nak ambil gambar, laju je, masuk dalam air laut.
![]() |
Bangau terbang pergi. |
Bye, burung bangau yang cantik. Nanti kita jumpa lagi...
Pagi itu, sempat berjalan selama 1 jam 18 minit, dengan jarak 5.9 kilometer. Alhamdulillah.
Esok, sudah hari Jumaat. Cepat betul rasanya seminggu cuti sekolah ni.
Jumpa lagi, ye. 💗
bestnya...nikmati pemandangan sambil briskwalk tu...
ReplyDeletebangau pun pemalu nampaknya. tapi diorang kalau mengelamun, mmng suka berdiri tegak2 macam patung tu
ReplyDeleteSuka tengok bangau. Putih bersih. Teringat drama lakonan Dian P.Ramlee - Terbang Bangau.
ReplyDeleteMuka akak dengan suami ada iras²..dia macam twins lelaki dan perempuan..
ReplyDeleteSejak menetap di Perlis, saya dapat memerhati bangau dari tingkap rumah. Seronok dapat perhatikan bangau mematuk tanah - makan cacing. Tapi memang susah nak ambil gambar yang jelas, cepat je bangau terbang lari.
ReplyDeletecomelnya bangau tu terbang tinggi.
ReplyDeletePagi-pagi tengok permandangan luar tu satu terapi juga. Udara pun segar. Susah nak ambil gambar bangau ni. Kejap je dia statik, lepas tu terbang. Memerang pun pemalu jugak ek. Kejap je nak habis cuti dah, Sabtu dan Ahad ni confirm jem.
ReplyDeleteAlhamdulillah...Seronok tengok pemandangan mcm ni =D
ReplyDeleteSama juga dgn merpati... Elok kita datang dekat, terbang :)
ReplyDeleteSweet gambar last tu. Happy couple alhamdulillah 👍🏻
Nak habis dh cuti sekolah..mak2 x leh nak rileks dah...
ReplyDeleteTeringat lagu bangau oh bangau
ReplyDeleteSaya komen ini dah hari Ahad. Cepat masa berlalu. Banyak perkara berlaku.
ReplyDeleteBilalah sy ngan PI rajin nak jalan2 kat padang ambil angin macam ni, romantissss.
ReplyDeleteSukanya kalap briskwalk di luar, memang bisa lihat Macam2 . Kadang berjumpa dengan hewan2 unik begini. Jarang sangat saya bisa ketemu bangau 😅.
ReplyDeleteSelamar beriadah
ReplyDeleteBriskwalk dekat luar sambil keluar peluh terapi mata juga kan sebab datang tengok suasana menghijau flora fauna segala. Haiwan ni memang kebanyakannya asal kita cuba nak ambil gambar dia sakan dia melarikan diri.
ReplyDeleteSA dah sihat nanti SA nak briskwalk lagi la..kali ni nak buat santai2 je...
ReplyDeleteBangau pernah nampak tapi memerang tak pernah lagi. Mesti comel.
ReplyDeleteAlhamdulillah diberi nikmat utk jalan jalan waktu pagi... Seronok dpt amalkan hidup yg sihat..
ReplyDelete