💜 Tarikh: Rabu, 20 Ogos 2025. 💜
Tengok langit, ada awan tebal tapi saya dan suami tetap pergi padang, untuk jalan pagi.
![]()  | 
| Langit pada pagi itu. | 
Best, sebab cuaca tak panas. Jumpa Oyen yang manja di tepi padang.
![]()  | 
| Halo, Oyen. | 
Bukan main manja lagi dia. Sempat la tepuk-tepuk dan gosok kepala budak ni sekejap. Selalu juga nampak si Oyen ni. Dia rileks duduk tepi padang, tengok orang ramai berjalan. Kadang nampak Oyen tidor. Kadang nampak dia membersihkan diri dia. Selamba je si Oyen ni, dah biasa dengan orang ramai. Anjing pun dia tak takut. Buat dek je. Tapi anjing pun tak kacau dia, sebab penghuni tetap di situ. 
Kami sempat jalan 2 pusingan padang sebelum hujan turun. 
![]()  | 
| Citam pun ada juga. | 
Citam ni, pertama kali nampak. Tapi duduk asing-asing, tak kawan dengan si Oyen. Sempat la berjalan selama lebih kurang 1 jam, dengan jarak 4.55 kilometer. Alhamdulillah. Lepas tu, kami pergi sarapan di Restoran Kak Za. Lepas bakar kalori, tambah kalori balik. 😁
![]()  | 
| Nasi lauk ayam bakar. | 
Ambil juga daun salad dan sambal belacan. Alhamdulillah, rejeki pada hari itu. 
Makan tengahari, kami makan di rumah. 
Pukul 3 petang, saya dan suami pergi Taiping. Hari suami off, jadi pergi jalan-jalan jauh sikit. Macam ni la, bila suami kerja shif. Hari orang kerja weekday, hari dia off. Hari orang cuti weekend, suami kerja. Kalau dia off weekend pun, jarang-jarang la berlaku. Hikmahnya, bila pergi berjalan minggu orang kerja, tak ramai orang di mall. So, okay jer.
![]()  | 
| Makan nasi sizzling lauk ayam black pepper dan telur. | 
Pergi Aeon Mall Taiping, makan di food court. Nasi sizzlingnya pedas. Atas nasi pun letak lada hitam. Tapi makan habis juga, pastu berpeluh-peluh sebab pedas dan panas badan, makanan banyak lada hitam.
Maaf la, saya selalu cerita di blog tentang benda yang sudah lama berlaku. Macam throwback. Tapi, saya tulis juga la di blog, sebagai rekod saya, kot nak kena recall balik. Saya sibuk, kadang tak cukup masa untuk buat hal sendiri. Hal sendiri tu, maksud saya, macam enjoy main farmville di laptop atau update blog. Kerja berkebun, memasak, workout, lipat kain, lepas satu, satu benda nak kena buat. Bila dah settle kerja rumah baru saya dapat online untuk update blog. Itu pun kalau saya tak rasa nak rehat. Kebanyakan masa, saya rehat je la, sebab lepas kerja settle, baru dapat duduk dan berlunjur kaki. Itu pasal banyak cerita hanya di draft, tak sempat publish. 
Hmmm... itu je la untuk hari ni. Selamat berhujung minggu kepada semua pembaca sekalian. Yang nak kena hantar anak balik asrama, hati-hati di jalanraya.
Jumpa lagi, ye. 💗 





20 Ogos tu Linda balik Taiping juga..jenguk MIL..tido semalam..Khamis balik Tronoh semula.
ReplyDeleteOh, ye ke. Kebetulan kita ada sama di Taiping, ya. Kalau tahu, boleh jumpa. 😊
DeleteOh, ada lagi ek Farmville, lama tak main, hihi. Okey jugak kan cuti tak sama dgn org lain, tak payah bersesak² hujung minggu di mall.
ReplyDeleteFarmville 2: Country Escape, SK. Lain sikit dari farmville dulu.
DeleteHa ah. Itulah hikmahnya.
Selamat berhujung minggu Nur.
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan segala urusan. Bab lipat kain tu....hihihiii sambil menonton sambil melipat!
Terima kasih, kak Amie.
DeleteHa ah, saya pun bila melipat kain, mesti depan tv. Itu yang kadang lambat siap. 😁
Selamat hujung minggu, kak.. 🤗
Takpe blog kita terpulang kat kita nak cerita pasal apa & bila. Cie pun selalu jugak cerita yang dah lepas.
ReplyDeleteBetul cakap Cie. Cuma kadang rasa macam benda dah lama berlalu. Cerita pun dah basi. (blog saya la, benda berlaku bulan lepas, baru nak cerita hari ni). 😁
DeleteMacam ai generated je langit tu.... cantik sangat
ReplyDeleteKan, uncle... cantik kejadian Allah. Saya tengok langit, awan lawa, cepat-cepat ambil gambar.
DeleteLangsung cari perhatian si oyen... Tapi langitnya indah, cocok memang buat jalan-jalan.
ReplyDeleteAlhamdulillah, seronok jalan-jalan hari mendung dan dingin.
DeleteAlhamdulillah..sentiasa jaga kesihatan..keluar peluh..rasa ringan badan
ReplyDeleteAlhamdulillah, cikgu.
DeleteBagusnye rajin exercise.. hehe
ReplyDeleteKadang-kadang je, Wak. Wak pun apa kurangnya, rajin naik bukit. 😁
Deleteaktiviti yg bagus....esok dah last day sept dah
ReplyDeleteItu la, cepat masa berlalu ya, MA.
Deleteammi dah uninstall FV ammi sebab akaun ammi kena banned. sakit tau hati dok main dari tahun 2013 tup tup tak boleh nak buat apa2...nak beli tak boleh, nak petik tak boleh. sedihhhhhhh
ReplyDeleteAlahai, kesiannya, lama tu.. Ammi main. Saya pun dah stop main Ammi, kalau main tu, apa kerja lain semua tak siap. Bahaya, bahaya.
Deleteoyen gendut!
ReplyDeleteItu la, geram tengok. Menyampah pun ada. 😂
DeleteSaya dah plan, tiap pagi saat di Ipoh nanti, saya nak banyak briskwalk, sebab selama di Ipoh saya akan kuliner puas2 🤣🤣.
ReplyDeleteNampaknya kalo banyak stray cats begini, perlu bawa cat food buat dibagi mereka yaa 😄.
Tak bawa cat food pun tak apa, sebab berdekatan padang, ada banyak kedai makan.
DeleteSelamat ber-briskwalk nanti di Ipoh ya, Fanny.
Oyen paling berani ni. Ini kawasan aku yang punya katanya. hihi...Citam pun tak berani nak kawan dengan oyen agaknya.
ReplyDeleteItu perkara biasa Kak Nur, buang kalori tambah semula. salad butterhead tu saya suka sebab rangup dan kurang pahit. Sesuai sangat makan dengan ayam bakar dan sambal.
Untung tu kalau cuti weekdays, tak ramai orang.
Kalau sizzling ni biasanya pesan yee mee je. Tak pernah pesan nasi. Blackpepper ni lepas makan auto badan rasa panas dan berpeluh.
Saya pun selalu cerita benda dah lepas. Tak dan nak cerita yang latest. Jangan risau Kak Nur, kita geng!
Itu la, Oyen, bos segala kucing di situ. Hehe..
DeleteHehe.. high five sikit! 🖐
Ada comel la Oyen dan Citam tu...alaaa...throwback pun ok la Nur...xde hal..janji update blog..
ReplyDeleteHehe.. baik, mekasih, SA. 😊
DeleteSeronok bila dapat merayap di kala orang lain bekerja kan sebab banyak tempat lengang. Blog KSarie pun banyak cerita throwback sebab kadang-kadang malas menulis, kadang-kadang busy mengalahkan PMX, kadang-kadang mood kr laut dalam. Yang penting terus menulis yar💪💪💪💪💪
ReplyDeleteBaik. Insya-Allah, saya coba. Tima kasih, KSarie, selalu singgah blog saya.
Delete