Suka matcha atau kopi? - Secawan Kopi, Sekebun Cerita

Tuesday, September 16, 2025

Suka matcha atau kopi?

Kome suka matcha ke, kopi? Hehe.. ada lagu, kan. Penyanyi baru nyanyi, saya pun tak kenal, tapi pernah dengar di radio.

Bulan lepas, pertama kali saya cuba minum matcha. Tak tahu kenapa selama ni, saya tak pernah cuba. Mungkin sebab saya dah addicted dengan kopi. Tapi, bila saya dalam tempoh berhenti kopi selama 9 hari hari tu, saya telah mencuba memesan air matcha panas

Apa itu matcha

Teh matcha adalah teh hijau jepun yang diproses menjadi serbuk halus, bukan hanya daun teh kering yang direndam. Matcha dapat dinikmati sebagai minuman dengan dilarutkan dalam air panas, atau digunakan sebagai bahan perasa dalam makanan dan minuman lain seperti latte atau kek. 

Apa beza matcha dengan teh hijau biasa?

☕ Dari segi bentuknya, matcha adalah serbuk daun teh utuh, manakala teh hijau biasa adalah daun teh yang direndam dalam air.

☕ Dari segi nutrisi, matcha mempunyai konsentrasi nutrient yang lebih tinggi, termasuk antioksidan, berbanding teh hijau biasa.

☕ Dari segi warna dan rasa, matcha mempunyai warna hijau yang lebih cerah dan rasa yang lebih pekat, kadang-kadang dengan sentuhan rasa pahit dan manis.

☕Dari segi manfaat, kandungan nutriennya yang lebih tinggi dapat memberikan manfaat kesihatan yang lebih besar, seperti peningkatan fungsi otak, perlindungan jantung dan detoksifikasi.

First time cuba matcha

Saya pesan matcha panas, manakala suami pesan americano ais kosong. Seperti biasa, kami mengopi (atau mengeteh) di 989 Kopi, Lumut.

Pada mulanya, saya tak pasti nak pesan apa, selain kopi. Sebab masa tu, tengah fasa berhenti minum kopi. Saya perati je menu minuman yang ada. Ternampak matcha. Dan saya request tanpa gula.

Americano ais dan match panas
Americano ais dan matcha panas.

Tapi, dia letak susu dalam matcha panas. Tak pastu apakah art di atas cawan matcha itu. Nampak macam kuntum bunga belum mekar pun ada. 

Rasanya? Macam minum teh tarik kurang manis. Ok la, bagi saya. 

Tapi, saya lebih suka Ahmad green tea lagi, yang saya bancuh sendiri di rumah. Hehe.. sori.

Lain kali, pergi supermarket, nak tambah lagi stok Ahmad green tea. Mungkin nak beli yang jasmine green tea pula. 

Tahukah anda, green tea (teh hijau) dapat membantu menurunkan kolesterol, terutama kolesterol jahat (LDL), dan meningkatkan kolesterol baik (HDL).

Namun, untuk hasil yang berkesan, teh hijau harus diambil secara rutin sebagai sebahagian dari gaya hidup sihat yang meliputi makanan seimbang dan bersenam.

Ok la. Repeat lagi order matcha? Hmmm... tak, kot. 🙈 Ini pendapat peribadi saya sendiri. Lain orang, lain lah citarasa kan.

Misi berhenti kopi

Hari tu, saya cuma bertahan selama 9 hari, kemudian saya mula kemurungan. Baik. Kali ni, saya cuba lagi. Takpe. Walaupun orang perlekehkan dengan berkata,"Berapa banyak kali daaa... nak berhenti, berapa banyak kali daaa... uninstall app Zus, lepas tu install balik". Haha... takpa. Sekali jatuh, seratus kali, seribu kali, saya akan bangun, dan terus mencuba. 

Setakat entri ini ditulis, saya sudah sehari tanpa kopi. Yay! Jalani hidup one day at a time. Makan real food. Saya cuba. Insya-Allah. 💪

Ok. Jumpa lagi, ye. 💗

15 comments:

  1. hah mmg lagu tgh topu tu suka matcha atau kopi ...slalu dok dgr lagu tu..kita apa2 related matcha mmg tk suka..dh try tp cannot go ..kopi ok lg la walaupun bkn pencinta kopi

    ReplyDelete
  2. Lagu tengah trending tu. hihi... Pernah sekali minum matcha panas, tak kena dengan tekak. Matcha sejuk juga yang sedap. Sesekali order juga matcha kalau nak minum air sejuk.
    Nampak rupa macam kuntuman bunga yang belum mekar tu kak Nur.
    Untuk kesihatan better minum macam yang kak Nur cakap tu, Ahmad Tea ke jasmine ke spearmint ke tanpa gula.

    ReplyDelete
  3. Matcha memang Linda tak boleh go..go go akak..semoga yang baik² utk akak..meh sikit spirit tu

    ReplyDelete
  4. Cie lebih suka kopi. Tak suka matcha. Tak kira sejuk ke panas. Green tea minum la waktu buat IF.

    ReplyDelete
  5. Sukar sebenarnya nak berhenti minum kopi ..saya gemar minum hasbatus soda ada campuran kopi juga ni minuman..tak pernah cedok gula..

    ReplyDelete
  6. Sy sip sikit² bole la matcha ni. Prefer green tea yg uncang tu. Kalau kopi Sy tak brp minat kecuali kopi o atau kopi ais bungkus ikat tepi 😁

    ReplyDelete
  7. Suka matcha, tapi suka kopi lain jugak.

    ReplyDelete
  8. kopi la of coz... MA pun x leh x de kopi...sehari mesti nak sekali

    ReplyDelete
  9. saya pilih matcha! takleh minum kopi nanti saya sakit kepala haha

    ReplyDelete
  10. Saya sih, pilih kopi. I always deal with my burnout with a cup of coffee.

    ReplyDelete
  11. Baguskan teh hijau dapat turunkan kolesterol. Harap usaha Nur untuk selalu minum berjaya.
    Saya minum Anlene Promax yang ada fungsi sterol untuk kurangkan kolesterol. Haha tapi tidak minum seperti disarankan 2 kali sehari. Akhirnya habis minum satu paket 800 gram itu. Ambil masa sebulan lebih habiskan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pilihan saya dua-dua tapi bukan kopi kedai.

      Delete
  12. Sebenernya tak masalah minum kopi ini kak. Apalagi kakak minum tanpa gula. Sebab kopi pun bagus juga untuk tubuh.

    Saya pribadi pun kurang suka matcha. Love hate relationship 😂😂.

    Sebab saya pernah merasa matcha latte dengan1 shot espresso. Dan itu sedaaap.

    Trus coba lagi di cafe lain, failed betul2 🤣🤣.

    Jadi memang tergantung barista yg meracik. Kalo expert, sedaplah dia. Kalo tak, memang susah payah nak telan. 🤭

    Jadi untuk amannya, saya prefer pesan kopi bisa

    ReplyDelete
  13. KSarie pernah cuba minum matcha tapi itulah tekak orang kampung ni sibuk la cari teh o atau kopi o. Biasa kalau nak putuskan hubungan dengan marka ke, makanan dan kegemaran ke, etc akan ada berkali-kali sesi rujuk balik yang kadang kala tidak terbilang. Yang penting kita jangan putus asa ye. Chaiyok💪💪💪💪

    ReplyDelete
  14. SA x suka matcha...SA lebih kepada Kopi..matcha ada rasa rumput..hahahahah

    ReplyDelete