Tarikh: Khamis, 7 Ogos 2025
👵 Hari Ini Dalam Sejarah 👵
Saya berkebun dari 7 hingga 9.30 pagi.
Belum siap berkebun, tapi cukuplah untuk hari itu. Sambung esoknya pula. Perut sudah laparpo.
Masuk rumah, makan sarapan. Tanggal tudung la, dalam rumah.
Lepas makan, nak keluor rumah, pergi mengopi, suami ajak. Sebelum keluar, saya sarung tudung dalam gelap. Hari mendung tiada matahari, itu yang lupa diri berkebun di luar, sebab cuaca tak panas. Tak pasang lampu dalam rumah. Tengok cermin, dah ok.
Pergi Richiamo. Order kopi.
Adik Richiamo tu tengok saya lain macam je. Tersengih-sengih, sambil punch cashier. Biasanya, muka neutral, senyum tidak, masam pun tidak.
![]() |
Americano ais dan hazelnut latte panas. |
Lepas mengopi, kami pusing Lumut. Nak bungkus nasi untuk Sulaiman. Dalam kereta, suami tegur, awat pakai tudung terbalik?
Saya pun tengok bawah, Masya-Allah. Label tudung kat luor. Aku pakai terbalik!! Sebab tudung saya tudung sarung, jelas kelihatan jahitan tepi oleh mesin jahit tepi di tepi tudung.
Ya Allah.... 🤪 Pertama kali terjadi. Huhuhu....
Jumpa lagi, ye. 💗
Heheheh.. tudung tu plain ke bercorak? Kalau bercorak mesti lagi jelas terbalik ya. Patutlah adik Richiamo tu senyum², nak tegur ke tak agaknya kata dia.
ReplyDeleteTudung plain, SK. Mesti dia ingat apehal la makcik ni, pakai tudung terbalik.
DeleteKalau jadi kat saya en suami la kena sembur haha... Awat tak tegoq dari awal 😆
ReplyDeleteKena stop kejap la kot pi RC, bagi hilang malu dulu Nur 🤭
Haha.. dia pun tak tengok kita, sibuk tengok handphone je.
DeleteSaya ada pergi. Mujur adik tu tak ingat acik yang pakai tudung terbalik tu, sampai.
Kata orang nak dapat rejeki terpijak
ReplyDeleteAminnn... semoga masin mulut Wak.
DeleteItulah cuaca mendung gelap, kena tengok kita pakai ok ke tidak.
ReplyDeleteSuamipun apsal tidak tegur awal-awal lagi sebelum sampai Richiamo? Hehe.
Lain kali bersiap, kena pasang lampu dulu. Double check. Hehe..
DeleteDia tak tengok kita, NA. Dia kalau tak tengok jalanraya, tengok handphone. Huuu...
Aduhaiiiii rasa nak nyorok dalam kereta. hehehehe
ReplyDeleteDah terlambat nak sorok. Geram kat suami je, sebab dia tak cakap awal-awal. Aduh.. faktor usia.
DeleteLaaaa...patut la adik tu senyum erk...takpe l..sesekali pakai tudung terbalik maknanya ada rezeki nak datang tu...hahaha..gurau je
ReplyDeleteHarap masin mulut SA.
Deletealahai si budak cashier tu pun napelah tak tegur tudung terbalikk
ReplyDeleteKalau dia tegur, malu la akak. Huuu...
Deletesbb sarung tudung dlm gelap ye tk prasan tudung terbalik
ReplyDeleteHa ah. Saya pun tak perati betul² keadaan tudung. Main sarung je.
Delete😅😅😅 tak apa kak, adik richiamo jadi senyum2, tak lagi netral wajah 🤭.
ReplyDeleteSaya pernah, tapi baju 😅. Bukan tudung. Zaman belum pakai tudung. Biasa memang kaos plain tuh suka sangat mengecoh. Memang hrs pakai dalam kondisi lampu hidup 🤭
Haha.. first time tengok adik Richiamo senyum.
DeleteAiyo.. Fanny baju terbalik terus. Hehe..
Hihihi..dah agak dah masa akak tulis pakai tudung dalam gelap, lepas tu cashier tersengih tu. Betul rupanya pakai tudung terbalik. Moral valuenya jangan pakai tudung dalam gelap, lepas tu kena check sebelum keluar. Cashier pun serba salah nak tegur ke tidak agaknya. Tak pasal-pasal termalu sendirian. Takpelah, jadikan pengajaran dimasa akan datang.
ReplyDeleteHa ah, Fizah. Lain kali kena double check dulu sebelum keluar.
DeleteHahahah. Adik cashier tu punnnn. Dh perasan acik ni pakai terbalik tegur le slow2
ReplyDeleteMaluuuu, acik. 🙈
DeleteWahhhhh sakan dia berkebun dengan jayanya sampai 2 jam setengah. Chaiyok chaiyok💪💪💪💪Hehehehehehe baca kisah Tot dan tudung terbalik teringat plak KSarie ada sekali tuh pakai baju kurung kedah corak petak dam haji hitam dan hijau. Sekali tu seorang mamat dalam lif tanya 'akak pakai baju terbalik ke'😅
ReplyDeleteBila dah syok cabut rumput, memang susah nak berenti, KSarie.
DeleteSungguh berani mamat tu menegur, ye. Corak dam haji, rare baju corak camtu.