Pergi Ipoh, singgah sarapan Seri Iskandar
Assalamualaikum, semua..... Semoga pembaca semua dalam keadaan sihat-sihat dan ceria.
Entri kali ini, saya nak cerita tentang perkara yang berlaku pada hari Khamis, 16 Oktober 2025 yang lalu. Saya dan suami nak pergi Ipoh, ambil budak Hafizan di Poli. Ha ah, sungguh bertuah budak Hafizan itu. Nak balik, kami ambil. Habis cuti, kami hantar semula. Setakat ini, dia tak pernah lagi balik sendiri naik bas, walaupun sudah semester 3, dan saya sudah terangkan cara macamana nak balik naik bas dari Ipoh ke Manjung. Saya sendiri pernah naik bas dari Ipoh, beberapa kali. Takpe la tu, nanti-nanti seru dia datang, pandailah budak tu kan.
Pukul 9 pagi, kami bertolak dari rumah. Kami singgah di Seri Iskandar, sarapan di Warung Cha. Blogger KSarie (Bidasari) ada share tentang cafe ini di entri ini 👉 Tempat Mengopi Perak 2025 Warung Cha, Bandar Seri Iskandar, Perak.
Terpengaruh tengok tempat lawa, gambar makanan sedap, kami pun singgah ler.
![]() |
| Ada model kereta F1 dekat dinding. |
![]() |
| Tempat yang selesa untuk makan. |
![]() |
| Nasi lemak dalam pinggan klasik. |
![]() |
| Saya order big breakfast. |
![]() |
| Kopi hazelnut panas untuk saya. |
![]() |
| RM41.70 jumlah harga sarapan. |
![]() |
| Anak bertuah. |







wah.. pinggan nasi lemak tu klasik..bunga kangkung. nostalgia pulak rasa
BalasPadamYa, kan. Pinggan orang kampung dolu-dolu. 😊
Padammemang prince betullah hafizan ni xD dia tau parents duduk dalam perak jugak, tu yg malas nak naik bas kot hehe.
BalasPadamnampak sedap big breakfast tu. murah jugak harga rm14.90 je!
Agaknya, kan. Takpe la, kita layankan je.
PadamKann... sedap, berbaloi sangat, Mazni. Alhamdulillah.
Nak kena berjemput dan berantar ye anak soleh ni hehe... Belum ada geng satu bas/destinasi kot Nur...
BalasPadamSedap dan mengenyangkan big breakfast tu 👍🏻
Ya kot, agaknya. Alhamdulillah, PH.
PadamTerima kasih perkongsiannya Nur. Nanti jalan- jalan ke rumah Abang Farid bolehlah menyinggah.
BalasPadamSama-sama, kak. Boleh, sesuai dan selesa untuk satu keluarga makan dan mengopi.
PadamCikkak x dtg majlis Pulara kt Lumut mlm ni last.. hehe, jgn ckp wak x bgtau sbb byk banner gantung kt tepi jln tuuh..
BalasPadamMekasih, bagitahu, Wak. Ada nampak banner banyak tergantung, cuma saya kurang minat event ramai orang macam tu. Anak ajak pergi funfair kat Marina. Entah la, malas bebenor, Wak.
PadamOk sangat tu kalau makan di cafe harga macam tu.. nampak cantik design dalama cafe tu.. insyalah ada rezeki ke sana boleh la singgah.. seronok la pergi balik diambil dan dihantar..
BalasPadamItu la, boleh repeat lain kali bila lalu nak ke Ipoh.
PadamHehe.. itu la, beruntung sungguh anak tengah ni.
Wak pun sama, kalau mandu jauh2 mesti cari kopi untuk ilangkan ngantuk
BalasPadamKann... baru lah segar biji mata dah dapat kopi.
PadamMujurlah masih sama negeri, tak jauh tiap kali kena ambik Hafizan.
BalasPadamKopi art cantik gitu pun dah buat kita rasa happy tengok, apa lagi rasanya sedap. Memang seronok mengopi.
Sebab sama negeri kot, itu yang dia malas naik bas. Huhu...
PadamBetul, Ujie. Bahagia bila dapat mengopi. 🥰
Hehe manja si Hafizan kena ambil. Nasib baik dekat.
BalasPadamNampak sedap makanan yang terhidang.
Itu la, takpa la. Kita layankan je.
PadamAlhamdulillah, sedap-sedap belaka, NA.
Wahhhhh dah sampai ke Warung Cha ye. Molek kan big breakfast nya😋
BalasPadamYe, KSarie. Molek sesangat! 😋👍
PadamBelum sempat lagi nak ke sana..balik deepavali hari tu pun kejap je..next ada rezeki nak pergi juga
BalasPadamSila, sila, Linda. Orang tua boleh minum kopi. Anak-anak pun ada menu yang dia orang mesti suka.
PadamAda orang panggil pinggan kangkung
BalasPadamBetul, uncle. Pinggan kangkung. Cantik.
PadamKalau bisa makan di kafe yg makanan sedap, kopi sedap, memang senaaaang hati 😍😍. Saya langsung drooling liat nasi lemaknya kak. Saya memang dah catat beberapa kafe yg saya nak coba saat nanti di Ipoh 😁
BalasPadamWah, dah ada senarai ya, Fanny. Bagus, bagus.
PadamSambal nasi lemak tu legend. Mesti sedap. Telur pun elok je hampir masak penuh.
BalasPadamMemang sedap, BK. Cukup rasa. Alhamdulillah.
PadamRamai gemar minum kopi..
BalasPadamYe, Cikgu, sebab kopi sedap! Hehe..
Padam