Friday, October 24, 2025

Tuai kunyit

 Assalamualaikum, semua...

Salam Jumaat yang mulia. ๐Ÿ˜Š

Saya tukar template blog. Saya guna yang blogspot punya saja. Saja je gatal, ingin muka baru pada blog. Besar kan, font entri blog. Sesuai untuk orang tua rabun macam saya. Barulah senang nak baca. Tidak perlu zoom-in kalau tulisan halus. Saya baru test view blog ini guna laptop. Belum tengok lagi di handphone macamana. Harap ok. Silakan beri komen maklumbalas tentang rupa baru blog saya ini, supaya saya boleh buat penambahbaikan. Chewah. 

Hari ini, saya nak cerita tentang pokok kunyit. Sudah lama saya tanam kunyit dalam pasu. Baru-baru ini, saya korek pokok. Saya terbaca, jika daun sudah layu, kekuningan atau tua, makna, kita boleh tuai kunyit dalam tanah. 

Pengenalan

Sedikit pengenalan tentang pokok kunyit, pokok kunyit ialah tumbuhan herba daripada keluarga halia. Bahagian yang digunakan paling utama ialah rizom (isi kunyit di bawah tanah) dan juga daun kunyit untuk masakan.

Pokok kunyit membiak melalui rizom (ubi kunyit).

Saya tuai kunyit

Saya korek-korek sikit jer, di sekeliling pasu, menggunakan sudip tangan atau sekop tanah. Lepas tu, saya cuba angkat sebatang yang paling besar, terus terkeluar dari pasu dengan mudahnya. 

Tuai kunyit yang ditanam dalam pasu
Ha, ambik kau, terkeluar terus, dari pasu.

Korek-korek la, tanah tu, boleh digunakan semula untuk menanam. Akar-akar, saya buang ke tepi. Sekali kan, terkeluarlah binatang lembut tidak berkaki ini.

Jumpa cacing sewaktu menuai pokok kunyit
Jumpa cacing

Ada tiga ekor, kome. Yang seekor tu laju bergerak, bila saya kuis dia, melompat sikit. Cacing lompat, serentak saya pun melompat sekali. Yang lagi dua ekor, macam sudah cedera waktu saya mengorek tanah. Sorry, cacing.


Saya sertakan video cacing.

Kunyit yang baru dikeluarkan dalam tanah
Baru keluarkan dari tanah

Tadaa.... dalam gambar di atas adalah kunyit yang ada. Tak banyak. Saya pernah tengok orang tuai kunyit, sejambak kau, sudah rupa macam sejambak bunga, penuh. 

Asingkan kunyit untuk kegunaan dapur dan tanam semula
Asingkan untuk kegunaan dapur dan tanam semula.

Dalam plastik hijau, untuk guna masak. Yang dalam tipuware tu, untuk tanam semula. Untuk tanam semula, kita tengok bahagian yang ada mata tunas. Bila hendak tanam, tunas itu mengadap ke atas, tanam sedalam 3-5 cm. Siram secukupnya. Jangan terlalu basah (takut reput). Letak tempat separa teduh. Kunyit suka cahaya matahari 60-70%, bukan panas terik sepanjang hari.

Selang beberapa hari, saya tuai pokok kunyit lain pula. Berikut hasil kunyit yang dapat.

Tuai pokok kunyit lain pula, ini hasilnya
Tuai pokok kunyit lain

Dalam gambar di atas, saya kumpulkan yang saya hendak tanam semula. Saya letak tisu basah di bawah kunyit yang ada mata tunas.

Kunyit yang ada mata tunas, untuk tanam semula
Gambar ambil hari ini. Saya sekalikan dalam satu bekas.

Ada yang sudah keluar tunas. Boleh lah tanam nanti. Bila cuaca mengizinkan. Pagi ini, saya sempat tengok pokok sekejap saja. Hujan pun turun. Esok lusa la pulak.

Betul ke kalau ambil daun kunyit banyak, isi kunyit dalam tanah jadi sedikit?

Ya, betul, cakap encik google, tapi bergantung pada kadar ambilan.

Daun kunyit kan berfungsi untuk fotosintesis, menghasilkan tenaga bagi pokok membina rizom. Kalau kita ambil terlalu banyak daun (macam saya hari tu, guna daun kunyit buat balut ikan bakar), atau daun itu dipotong muda, tenaga untuk rizom berkurang. Akibatnya, hasil rizom akan jadi kecil atau kurang.
Tapi kalau ambil beberapa helai saja (1 hingga 2 daun matang) dari satu pokok, tak banyak kesan pada hasil pokok. Elakkan ambil daun pada 4-6 bulan pertama, sebab waktu ini, rizom sedang membesar aktif.

Kalau tanam pokok kunyit dalam pasu, guna pasu besar. Lagi besar ruang, lagi banyak rizom terbentuk.

Kitaran hidup pokok kunyit

  1. Tanam (bulan 0 hingga 1) : Rizom bercambah
  2. Tumbuh daun (bulan 2 hingga 4) : Pembentukan daun aktif
  3. Pembesaran rizom (bulan 5 hingga 8) : Daun banyak, rizom membesar
  4. Penuaan (bulan 9 hingga 10) : Daun mula kering, sedia dituai.
Tips tanam kunyit

๐Ÿƒ Kalau tanam untuk daun kunyit saja, boleh tanam lebih rapat dan tuai daun kerap.
๐Ÿƒ Kalau nak isi kunyit banyak, bagi ruang antara 30 hingga 40 cm antara pokok. Atau satu pokok, satu pasu besar. 

Sekian cerita tentang pokok kunyit. Saya pun baru belajar macamana nak tambah hasil kunyit. Ada rezeki dapat tuai kunyit banyak lain kali, boleh jemur kunyit, kisar, dapat serbuk kunyit asli. Tak perlu beli dah. 

Baiklah. Jumpa lagi, ye. ๐Ÿ’—

29 comments:

  1. Kawan saya dari Kedah pernah ajar saya makan nasi ulam kunyit muda. Saya pula suka bunga kunyit buat ulam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uit, kunyit muda makan dengan nasi ulam? Wow, saya tak pernah try.
      Bunga kunyit, pernah, beberapa kali. Sedap kan kak, lagi-lagi ada sambal belacan.

      Delete
  2. wah banyak benihnya. Boleh tanam banyak2 ni dalam pasu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, kak, nak kena beli pasu besar lagi kat kedai Eco nampaknya.

      Delete
  3. bertambah sedap masakan guna kunyit hidup...dah lama x nmpk cacing tanah tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, kak. Tak guna pun serbuk kunyit, sebab kunyit hidup banyak.
      Hehe.. baguslah jarang-jarang muncul cacing. Selalu nampak, geli juga.

      Delete
  4. Oh, tak boleh ambil selalu la ya daun kunyit. Dulu selalu ambil daun kunyit kat office, skrg beli aje sebab yg kat office dah innalillahiwainna ilaihirojiuuunnn.

    Sy rasa cerah biji mata masuk blog Tot ni. Yg dulu pun ok aje, Tot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe.. itu la, saya pun baru tahu. Dah amik selalu daun kunyit, camana dia nak hidup. ๐Ÿ˜
      Saje je, SK, bagi tulisan besor-besor. Senang nak baca.

      Delete
  5. Kunyit ni banyak khasiatnya....selalu beli je kunyit ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann... saya pun beli juga dulu, sebelum tanam. Sampai kecut-kecut dalam peti ais, sebab pakai sikit, beli banyak.

      Delete
  6. Kebetulan, saya mintak suami bongkar pasu pokok kunyit esok sebab daunnya dah kering. Nak tuai dan tanam baru.

    Baru tau kaitan daun kunyit dan isi kunyit tu. Terima kasih kongsi cerita kunyit.

    Tulisan template yang ni sesuai dengan mata saya - mudah baca.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, kebetulan sama pula, ye.
      Sama-sama, Ujie. Untuk info kita bersama.
      Alhamdulillah. Saya pun suka, tulisan besor-besor ni.

      Delete
  7. Yeayyyy...kita nak tuai kunyit PZ la....dia degil x nak tuai...biar je katanya...kita bukan apa nak tgok hasilnya....lepas tu tanam la balik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila, sila, SA. Banyak hasil, banyak boleh tanam semula.

      Delete
  8. patut la pokok kunyit saya susah nak hidup,asal ada selai daun potong ambil buat masak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha... kan... Lain kali nak guna daun kunyit, sila beli. Kesian pokok takde daun.
      Hai Afzan... lama tak jumpa. ๐Ÿค—

      Delete
  9. Kecik je font nya tu. Banyak hasil kunyit. Kalau kakak Cie tu buat serbuk kunyit. Rajin dia proses kunyit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat handphone, kecil. Kalau buka guna laptop, besar font, Cie.
      Kalau banyak, memang berbaloi proses jadi serbuk. Tahan lama.

      Delete
  10. template baru nampak kemas dan teratur!
    oh pokok kunyit ni tak suka matahari sangat ye. kalau kita terbiarkan dia tanam bawah matahari direct, boleh mati ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Mazni.
      Akak pun letak bawah matahari direct. Kalau kita siram dia setiap hari kalau hari tak hujan, hidup je pokok, Insya-Allah.

      Delete
  11. Oh macam tu cara nya.. kita biasa tanam kunyit bila tgk unyit kat dapur dah tumbuh tunas dan mengecut huhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus la, biasa tanam kunyit sudah tumbuh tunas. Kalau halia pun tumbuh tunas, tanam je, Encik. Halia lagi senang tumbuh banding kunyit.

      Delete
  12. Molek template baru blog Tot ni. Meriah betul kunyitnya.Terima kasih kongsikan tips penanaman kunyit. Walaupun pokok kunyit KSarie habis dimakan si Putihah the rabbit semoga ada rezeki KSarie menanam kunyit lagi one fine day yang entah bila tu๐Ÿ˜…

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, KSarie.
      Hehe.. boleh tanam, tapi kena dalam pasu kot, pastu letak tempat Putihah tak boleh pergi. ๐Ÿ˜

      Delete
  13. Jadi dapat ilmu dr kakak ttg kunyit. Saya sukaaa aroma daun kunyit. Biasa diiris halus, lalu tumis dengan bumbu bumbu. Sedap sangat.

    Kunyit nya sendiri saya dulu suka jadikan jamu. Jamu kunyit asam. Sebab mama dari muda membiasakan kami minum jamu. Jamu kunyit yg saya paling suka. Segaaar.

    Saya seringnya baca blog dr hp. Buat saya dah pas juga tulisan template baru kakak ini. Tak sebesar di laptop, tp msh terlihat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wangi kan, Fanny, daun kunyit.
      Bagusnya Fanny, dari muda sudah diajar minum jamu kunyit. Sangat berkhasiat.
      Terima kasih, Fanny.

      Delete
  14. Terasa ringan bila bukak blog ni.

    Kunyit tu saya tanam jugak. Tapi sebab nak ambil daun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, BK.
      Sama la, daun kunyit letak dalam masak lemak boleh, rendang boleh, wangi jer.

      Delete
  15. Begitu tuai kunyit, korek sekali ..boleh tanam semula ..kunyit sejenis herba yang banyak kegunaannya..ada serbuk kunyit ..karu kunyit..

    ReplyDelete