Wednesday, October 29, 2025

Mengopi di Hope Coffee Hutan Melintang

Assalamualaikum, semua... Semoga hari anda hari ini ceria dan kome semua sihat-sihat belaka.

Entri kali ini, tentang saya dan suami pergi jalan-jalan cari kopi pada 17 Oktober 2025 yang lepas. Suami tanya nak ke arah Teluk Intan ke, atau ke arah Taiping. Taiping sudah biasa pergi, jadi jom kita ke arah Teluk Intan pula. 

Masa hampir sampai ke simpang dari Manjung ke Teluk Intan, saya google 'kopi near me' dan cafe ini adalah antara yang tersenarai. Suami cakap, elok la tu. Kita ke arah Bagan Datuk, jadi kita boleh buat satu loop, balik ikut jambatan Bagan Datuk.

Hope Coffee, Hutan Melintang
Hope Coffee, Hutan Melintang

Cafe ini terletak di pinggir pekan Hutan Melintang. Pekan dia pun agak sibuk, macam-macam ada. Dulu sebelum ada highway WCE, inilah jalan lama kalau nak ke Klang.

Definisi coffee di luar Hope Coffee Hutan Melintang
Definisi coffee di luar cafe

Coffee - [kaw-fee] - Is a cup of hope in a world full of chaos and Mondays. 

Hope Coffee, Hutan Melintang
Hope Coffee

Kami duduk di meja. Pelayan datang hantar buku menu. Kami buat pilihan, dan panggil pelayan bila sudah bersedia untuk buat pesanan. 

Lawa, cafenya. Luas. Aircond sejuk. Tempat banyak. Masa kami sampai, ada satu pasangan di meja hujung. 

Dalam cafe Hope Coffee, Hutan Melintang
Dalam cafe

Selesa duduk sambil tengok buku menu. Port mengopi yang bagus. Ada banyak pilihan makanan.

Tempat duduk di bahagian pintu masuk
Tempat duduk di bahagian pintu masuk

Hope Coffee yang luas tempat duduk di dalam cafe
Agak luas

Kek coklat Hope Coffee
Kek coklat

Saya pesan 1 slice kek. Tapi adik tu cakap, tengah ada promosi. Beli 2 kek, dapat percuma 1. Pandai tau, dia menggoda customer untuk beli kek. Saya pun pesan la kek apa. Satu kek makan di cafe, dan lagi dua slice, bawa balik. 

Mushroom soup dengan garlic bread, with latte ais.
Pesanan suami

Suami makan mushroom soup dengan garlic bread. Minum latte ais. Ada ketulan roti sekali dalam mushroom soup tu.

Cappucino panas
Kopi saya

Saya pesan cappucino panas. Lama sudah tak minum cappucino ni. Biasa minum americano, dan kadang-kadang hazelnut latte.

Fish and chips
Makanan saya pesan

Fish and chips. Kami tukar hidangan la, jadi boleh sama-sama merasa. 

Total harga ialah RM73.20

Alhamdulillah. Sedap. 

Rasa best drive balik ikut jalan menuju ke Bagan Datuk. Semasa lalu di Jambatan Sultan Nazrin Shah (jambatan Bagan Datuk), suami stop sekejap, saya sempat ambil gambar sunset. 

Langit petang
Langit petang

Cantiknya langit. Ikutkan hati nak duduk lama. Tapi mana boleh berhenti lama atas jambatan.  

Jumpa lagi, ye. 💗

19 comments:

  1. Minum kopi lepas tu nampak lagitpetang ,berbaloi sekali..nampak keindahan sebegini..subahanallah..

    ReplyDelete
  2. saya pun peminat kopi.. tapi jarang minum di cafe..selalunya tapau bawa balik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih selesa ya Encik, minum di rumah dengan famili.

      Delete
  3. SA pun suka cafe hunting...sebenarnya kat Seremban pun ada banyak cumanya SA blom ada masa nak pergi..balik2 ngopi di tempat biasa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila hari cuti barulah boleh pergi jauh sikit ya, SA. Tempat biasa kita dah familiar, lebih selesa nak order dan lepak.

      Delete
  4. bestnya jadi coffee lover,saya pula tak boleh minum kopi,tapi suka tengok orang enjoy minum kopi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak minum kopi, boleh mengeteh, Afzan. Kalau Afzan tak minum manis, boleh pesan tanpa gula.

      Delete
  5. Simple deco cafe nya. Asal tengok kek cokelat, besar je biji mata ni.

    ReplyDelete
  6. Hutan Melintang, dulu pernah beberapa kali ikut suami kerja sana. Masa tu tak ada kafe gini. Jambatan pun belum siap, tak sempat nak rasa lalu situ.

    Lain cara hidang mushroom soup, siap letak roti dalamnya. Kena makan cepat sebelum kembang 😄

    ReplyDelete
  7. Jap... sori off topic... Blog ni theme baru kan?

    ReplyDelete
  8. Harganya standard cafe lah ya .... Apalagi bagus pun bagian dalam. Nampak cozy.

    Saya lihat menu yg kakak pesan, langsung sukaaaa. Mushroom soup memang paling sedap kalo ada crouton nya seperti itu.

    Kek jadi temen pas buat minum kopi 😁

    ReplyDelete
  9. Rajin Nur dan suami coffee hunting ye...
    Kafe tu nampak menarik, cosy je

    ReplyDelete
  10. Hutan Melintang tempat wajib pergi kalau raya atau waktu cuti sebab keluarga emak banyak di sana, termasuklah di Tronoh dan Bota. Emak lahir di Bagan Datuk. Sayangnya belum berkesempatan jalan-jalan cari makan di sekitar Hutan Melintang. Mana tahu akan datang boleh JJCM HM pula.

    ReplyDelete
  11. Pernah lalu Bafan Datuk, lalu WCE.

    ReplyDelete
  12. pestime tgok mushroom soup, dia rendamkan roti dalam gravy tu haha. alhamdulillah makanan sedap2 semuanya

    ReplyDelete
  13. Tak sangka Hutan Melintang ada kedai kopi hipster cantik macam ni. Nampak molek teruk tempatnya. Banyak sungguh tempat di Perak yang KSarie tidak berkesempatan hendak jejak lagi. Lawa sunset tuh.

    ReplyDelete
  14. Kira ok beli dua dapat satu tapi dua boleh bawa balik.. ada setengah tempat kena dine in sahaja kalau nak amik yg promo tu huhuu

    ReplyDelete