Assalamualaikum, semua...
Saya tukar template blog lagi. Alkisah template sebelum ni, saya biasa buka blog guna laptop. Si Adsense ni, iklan dia keluar sesuka hati. Sekali hari tu, saya boleh view bahagian komen tu, cinonet je. Me don't like it, macam susah kita nak balas komen kawan-kawan. Jadi, itu pasal saya tukar template lagi. Kali ini, ambil yang simple sahaja. Orait, harap lepas ni, tiada masalah kemudian hari.
Entri hari ini, saya nak cerita tentang aktiviti saya dan suami pergi jalan-jalan cari kopi pada 18 Oktober 2025 yang lepas. Kami mengopi di Kampung Gajah. Nama cafe ini agak lain dari yang lain. Kalau ikut tafsiran saya sebagai orang Perak, X tu, kita sebut sebagai Tak. Kape tu pula, Cafe la. Jadi, maksud nama dia, Cafe tak siap, gitu. Hahaha... eh, itu tafsiran saya sendiri, tau. Saya tak sempat nak tanya tuan kedai, tentang nama cafe dia. Sebab saya pergi hari tu, yang ambil order dia, yang bancuh kopi dia, tukang masak pun dia. Orang sibuk, kita jadi malas nak mengganggu. Lepas tu, bila rasa nak tanya, ada pelanggan lain pula masuk cafe-nya. Jadi, takdelah saya bertanya, ya, sampai ke sudah.
 |
| Banner X Siap Kape |
Seperti biasa, saya jumpa cafe ini apabila saya menggunakan google maps, dengan carian kopi near me.
 |
| Kecik je kedai dia. Dalam Arked Mara. |
Ada dua buah meja dalam cafe. Kami duduk dalam. Ada aircond. Sebab hari panas. Boleh duduk luar juga.
 |
| Dalam kedai |
Masuk kedai saja, kami tuju ke kaunter untuk buat pesanan. Kemudian, terus bayar.
Kami pesan:
🥤 Latte ais
🥤 Hazelnut latte panas
🥤 Mushroom soup dan garlic bread
🥤 Mi kari
Total harga RM36.60
Bayar guna QR Code. Boleh guna cash, tetapi tuan kedai tiada wang kecil.
 |
| Roti dia walaupun lama sampai, masih lembut. |
Sebelum makan, camera makan dulu. Boleh pula layan whatsapp sekejap, ada perkara penting berbangkit, tentang ofis. Jadi, suami tak terus makan. Biasanya kalau roti lambat makan, dia jadi liat. Tapi tidak liat pula. Roti dia macam healthy sikit. Macam roti wheat germ.
Semalam suami makan menu sama juga. Entah apa sudah berjangkit dengan suami saya ni. Suka bebenor dia garlic bread dengan mushroom soup.
 |
| Mi kari |
Tak nampak pula mi. Kejap.
 |
| Haa... baru nampak. Kuah dia pekat |
Ayam dalam kuah pun besar, dan seketul dia bagi. Telur rebus pun sebiji.
 |
| Kopi kami |
Sedap kopi dia. Tak puas minum. Kalau lah hazelnut latte tu duduk dalam cawan besar, boleh minum dalam kereta. Patut lain kali, saya pesan untuk bawa pulang, walau pun nak minum dalam cafe.
 |
| Oyen kat meja luar |
Dia tengah sedap tidur. Kita datang dekat, dia pun say Hi.
 |
| XSiap Kape, di Arked MARA, Kg Gajah, sebelah pasaraya Borong Sakan. |
Alhamdulillah. Jumpa lagi port kopi sedap. Macam ni la kami, bila suami hari off kerja. Di samping dapat minum kopi sedap, dapat juga menyokong perniagaan orang kita. Tempat besar ke, tempat kecil, kami pergi je, saja mencuba.
X Siap Kape
Lot B8, Arked MARA, Kampung Gajah, Perak.
Waktu operasi: 1 petang hingga 11 malam.
Tutup setiap Selasa
Rating kat Google Review, 5 bintang.
Baik. Jumpa lagi, ye. 💗
Saya suka mushroom soup dengan garlic bread. Rasa kenyang dapat makan gitu.
ReplyDeletenampak sedap mee kari dia
ReplyDeleteBoleh cuba nie, kdg² lalu juga pekan kg gajah nie
ReplyDeleteRoti garlic tu lain mcm warnanyer.. hehe, yg penting kene tekak 😁
ReplyDeleteGarlic bread dan mushroom soup mmg sedap layan... Light menu
ReplyDeletecafe tak siap ke apa maksudnya tu kak..nama cafe budak2 muda sekarang semua aesthetic
ReplyDeleteSedap tu garlic bread ngan mushroom soup, kegemaran.
ReplyDeleteSy pun baca Tak Siap Cafe. Sy suka kalau kopi dihidang dalam cawan dan ada art macam tu tapi tu la, kena habiskan terus kat situ. Tapi tak apapun, kita kan suka minum kopi panas² cuma nanti rasa kembung perut sebab kopinya banyak sangat dan minum sekali duduk, hahaha.
ReplyDeleteSejenis Cie la suka betul kedai2 kopi vibes macam ni. Best je melepak sambil makan2 dan mengopi.
ReplyDeleteSaya paling tak suka ayam seketul macam ni dalam mi. Nak makan pun payah. 😌
ReplyDeletemi kari tu nampak sedap :D
ReplyDeleteSemalam SA dh makan garlic bread dengan mushroom soup..nanti SA share entry ye ..SA pronounce pun Tak Siap Cafe ..x tau la betul ke salah...
ReplyDeleteMee karinya nampak meriah bahan-bahannya. Sup cendawan pun nampak 😋 Suka masuk blog Tot selalu dapat tengok tempat mengopi yang KSarie tak pernah sampai. Masuk dalam bucketlist kopi☕
ReplyDeleteAgaknya dah tak banyak toko yg menerima cash ya kak? Saya nih saat nanti ke sana, nak habiskan uang Ringgit saya yg masih bersisa banyak dari tahun lalu 🤣🤣. Susah juga kalau banyak tak terima, atau terima tp tak ada kembalian 😄😄.
ReplyDeleteUnik nama kafenya 😄. Tak apalah tak siap, tp jangan sampai customer dtang tak siap2 🤭
Yeay templat baru ni warna hijau kegemaran saya. Warnapun ala-ala hijau zaitun.
ReplyDeleteAlhamdulillah dapat makan tempat sedap dan jalan-jalan cuba kafe baru.
Roti bakar dgn mushroom tu nampak sedap sbb nampak kuah dia pekat.. 🤤
ReplyDeleteCafe yg tenang mcm dia sorang jer lat situ..