Ada satu tempat, kalau nak layan perasaan sambil tengok laut, sangat sesuai. Pada 17 Oktober yang lepas, saya dan suami pergi makan angin sekejap, tengok air laut surut di tepi Kuil Tua Pek Kong, Pasir Panjang, Sitiawan.
![]() |
| Kuil Tua Pek Kong, Pasir Panjang, Sitiawan. |
Cuaca cerah dan berangin di sini. Kalau datang waktu petang, lebih sesuai. Macam Wak Lat, dia ada datang sini, ambil gambar sunset, entrinya di sini 👉 Pasir Panjang Laut Sunset
![]() |
| Dipercayai berusia lebih 100 tahun |
Kuil ini mengadap Selat Melaka, dan telah mengalami perubahan dengan penambahan lebih banyak patung, dinding tembok di sekitar kuil dan pagoda.
![]() |
| Pagoda yang agak tinggi |
Kami datang waktu pagi. Kalau datang waktu petang, mesti lagi syahdu. Sudah siap pick-up kopi. Kami duduk seketika di tembok tepi, tengok pemandangan air laut yang surut dan luas. Angin pula kuat.
![]() |
| Menara elektrik voltan tinggi |
Dalam gambar atas, dulu kat hutan tepi tiang kabel tinggi tu, ada taman paya bakau dan ada laluan boleh ke tepi laut. Sekarang tak pasti, sebab saya tak pergi sana, tengok kawasan sudah macam bersemak. Kalau nak tangkap gambar cantik dengan pokok-pokok bakau mati tepi laut, memang situlah tempatnya.
![]() |
| Air laut tengah surut |
![]() |
| Tengok langit dan awan |
When we feel stuck, look at the sky. The clouds remind us that everything changes.








36 Ulasan
Adik dengan mak dah sampai situ..Linda belum pernah lagi..
BalasPadamOh ye ke.. nanti dah pindah Tronoh, boleh la jalan-jalan sini bila free.
Padamseronok nya healing bersama teman sebantal
BalasPadamAlhamdulillah. 😊
Padamterapi jiwa ni kak..tengok awan pun lembut je rasa damai
BalasPadamYe la kan, Afzan. Orang sekarang ni kata, healing gitew.
PadamSyok jalan2 p dating...
BalasPadamAlhamdulillah, time suami tak kerja, boleh la.
PadamElok betul cuaca. Sini pun gitu. Beberapa hari dah tak hujan.
BalasPadamSebab angin kuat, jadi rasa best je lepak situ.
PadamBesar betul patung tu ye. Kalau tumbang tu jenuh.
BalasPadamHaha.. tak pernah pula pergi dekat-dekat. Tengok dari jauh je, Cie.
PadamSeronoklah Nur, boleh tengok laut selalu... Tenang jiwa
BalasPadamAlhamdulillah. Rezeki, rumah dekat laut.
PadamSA kan...kalau serabut memang akan lepak tepi laut...lepas tu rasa tenang aje...
BalasPadamKann... tenang jiwa bila tengok laut.
Padamusianya 100 tahun, wow!
BalasPadamMengikut google, Mas.
PadamLebih 100 tahun, wah lama tu. Best kalau dapat brisk walk tepi laut.
BalasPadamDekat situ, ruang terhad, tak puas nak briskwalk. Jadi, lepak tengok laut je, Mulan.
PadamIkan belukang itu jalan di darat?? Berarti tak bisa dimakan yaaa, sebab hidup 2 alam... Baru kali ini saya tahu ikan ini kak.
BalasPadamBagus pagodanya. Saya jadi ingat pagoda di Siantar, Sumatera Utara . Ada banyak patung juga.
Sorry Fanny. Bukan ikan belukang. Akak tersalah taip. Akak maksudkan ikan belacak. Sudah betulkan dalam entri. Maap ya, Fanny. Ikan belukang boleh dimakan.
PadamOoo.. di sana pun ada ya tempat sebegini.
Nur, ikan belukang tu mungkin yang kami panggil ikan belacak. Matanya tersembul keluar kan?
BalasPadamYa, kak. Saya salah tulis. Saya maksudkan, ikan belacak. Sorry, sorry. Saya sudah betulkan dalam entri. Terima kasih, kak Amie.
PadamWaduhh berdating laki bini ditefian fantai tuuh. Hehe, x ajak wak pon 😁
BalasPadamHehe.. Wak tu sibuk berkejaran ke sana ke sini, malas la nak kacau Wak.
PadamSeronok ini layan perasaan.
BalasPadamItu la pasal. Nasib baik panas. Kalu tak, boleh lepak lama-lama tengok laut.
Padamwow 100 tahun ya kuil tu!
BalasPadambestnya lepak2 tepi pantai.. saya ni dah lama tak jumpa pantai huhu
Mengikut carian google, Mazni, begitu ler.
PadamHujung minggu atau hari cuti boleh pi pantai, makan angin.
Lama dah usia kuil tuh. 100 tahun ye. Tiba-tiba teringat ada mesyuarat pasal pembinaan kuil tanpa kebenaran (haram). Kena rembat kaw-kaw dalam mesyuarat tuh. Terkilan naw rasa hati padahal kitanya bagi maklumat berdasarkan penemuan di tapak🥲Pantai kalau bersih dan molek memang mantap menjadi tempat melayan perasaan☺️
BalasPadamSaya percaya ada banyak kuil tanpa kebenaran, lagi-lagi di Perak ni. Teruskan je, KSarie, beri maklumat yang jujur. Semoga dipermudahkan, ye.
PadamHa ah. Sebab angin sedap je situ, itu yang syok layan perasaan.
Cantik pemandangan..nampak sebagai tempat ibadat kan..
BalasPadamYe, Cikgu. Belah dalamnya kuil. Belah luar tempat saya lepak tu, tepi laut.
PadamBlm pernah lagi ada peluang nak pihak tanah setiawan ni.. cantik view sana.. tpi panas tu kena faham la kan.. hihii. Amik gmbr pastu balik la.. 😅
BalasPadamYa, Encik. Tak boleh lama-lama sangat pun, tepi laut. Pergi pula waktu bukan pagi sangat, bahang pun dah terasa.
Padam