💜 Tarikh: Khamis, 25 September 2025 💜
Minta maaf ye, saya tak sempat nak balas komen dan blogwalking ke blog kawan-kawan lagi. Asyik keluar je semenjak dua menjak ni. Nanti bila free, saya akan buat slow-slow.
Pada tarikh di atas, pagi-pagi saya tak siram pokok, sebab saya ingat, nak hujan. Betul-betul macam nak hujan. Udara pun sejuk. Awan hitam tebal menyelubungi langit. Tengok-tengok, hujan tak turun pun, sampai ke sudah. Huuu... bila dah masuk rumah, salin pakaian tukang masak, sudah malas la nak keluar, pakai pakaian lengkap semula nak menyiram. Selamat. Tapi, sebab masuk rumah, saya masak sesuatu la, untuk anak-anak.
![]() |
| Masak nasi goreng |
![]() |
| Sayur hari ni tomato, timun dan salad. |
Butterhead lettuce tu, ada rasa pahit sikit. Tak sedap. Tapi sumbat juga. Lawa muka waktu makan salad ada rasa pahit. Ya... pengorbanan itu perlu untuk sihat.
![]() |
| Suami ada buat telur separuh masak. |
Dia buat pagi-pagi, sebelum dia pergi kerja. Telur separuh masak 6 biji. Dia bawa ofis 2 biji. Tinggal 4 biji.
![]() |
| Makan 2 biji sebelum workout, letak kicap dan pepper. |
Biasanya saya workout perut kosong je. Tapi hari itu, saya sarapan awal, dengan telor separuh masak. IF 16 jam. Alhamdulillah.
Sebab makan dulu sebelum buat senaman angkat beban, dia jadi lagi kuat, tambah masa bersenam. Kalau tak sarapan, terketor-ketor nak habiskan 20 minit bersenam.
Sekian laporan benda berlaku pada tarikh tersebut.
Jumpa lagi, ye. 💗




wak pun suka mkn nasi lemak ikan bilis goreng rangup gitu., hehe
ReplyDeleteSaya masak nasi goreng la, Wak. Bukan nasi lemak. 😁
DeleteTapi nasi lemak ada ikan bilis garing pun sodap ye, Wak.
Tak suka ikan bilis kedai mereka selalu guna yang keras tu. Kalau buat sendiri kat rumah baru sedap.
ReplyDeleteHa ah, kadang-kadang ikan bilis masin dan agak liat.
Deletekalau nasi goreng kampung tu pedas2..lagi sedap
ReplyDeleteKannn... selera makan.
Deletelama tk mkn telur masak separuh
ReplyDeleteHehe.. sila, sila, Mama Tisya. Kat cafe pun ada menu ni, kalau tak buat di rumah.
DeleteSy pula setiap kali masak nasi, kukus sekali telur. En suami suka makan telur rebus pepagi. Sy pula prefer telur separuh masak. Makan macam Nur juga letak kicap & pepper
ReplyDeleteSama kita ya, PH. 😊
DeleteMula ingatkan daging berjurai macam serunding daging tu yg nampak dalam nasi goreng. Rajin jugak suami Tot bawa bekal telur pergi kerja.
ReplyDeleteHehe.. taklah SK, ikan bilis goreng je.
DeleteDia malas keluar beli makan hari tu.
Tapi kenapa uncle tiba2 sambug lirik "mendung tak bereti hujan" tu...?
ReplyDeleteHehe.. itu biasa. Lagu evergreen kan, uncle.
DeleteOh di sini kalau mendung memang hujan! Siap ada guruh
ReplyDeleteAlhamdulillah. Bagus hujan, sebab sejuk sikit. Kat tempat saya, panas bahang.
DeleteSelamat bersarapan, rebus telur sini memang selalu..
ReplyDeleteTerima kasih, Cikgu. Banyak khasiat ya Cikgu, telur rebus.
DeleteWorkout perut kosong ni memang rasa lain sikit... badan rasa ringan je, tapi kalau lama-lama boleh lembik juga . Kena pandai seimbang, jangan sampai perut lapar sangat nanti terus hilang mood nak bersenam
ReplyDeleteBetul tu, CCL.
Deletekalau tak sarapan rasa lemah longlai je nk bersenam. tpi kalau sarapan makan berat2 pun takleh jugak nnti senak perut. makan telur ke roti sikit dah okay dah
ReplyDeleteHa ah. Ambil sikit makanan sekadar beri tenaga. Kalau ada pisang, makan sebiji pisang dah cukup, sebelum workout.
DeleteSelamat menjamu selera. Telur tu menjadi.
ReplyDeleteTerima kasih, BK. Alhamdulillah.
DeleteUntungnya suami buatkan sarapan telur separuh masak..suami kita bab masak dia surrender..bab lain dia ok..x yah suruh pun dia buat
ReplyDeleteAda tu, kelebihan masing-masing kan, SA. Bagus sangat, kalau buat tanpa disuruh. 👍
DeleteAlaa, tuang air panas je dalam bekas buat telur warna kuning macam kat mamak tu, SA, senang je.
Mungkin coba buat juga dressing salad sendiri kak. Jadi bisa terkontrol gula dan garam yang dipakai. Kalo pakai dressing salad yg banyak dijual macam kewpie, itu kalorinya tinggi. Tak bagus juga. Kalo buat sendiri bisa sesuai. Saya kadang buat sendiri utk dressing salad. Biasanya pakai madu pengganti gula. Pernah juga buat sesame dressing homemade. Nanti tinggal simpan kulkas utk dipakai tiap kali buat salad.
ReplyDeleteSaya nih suka sayur pahit, tapiiii wajib ada sambal 🤭😄. Kalo tak memang susah nak telan
Akak tak rajin buat salad dressing sendiri, Fanny. Prefer makan sayur begitu saja. Bagus Fanny guna madu. Tapi di sini, agak sukar mahu cari madu asli.
DeleteHaha.. tips telan sayur pahit, harus ada sambal ya, Fanny. Terima kasih, atas tipsnya. 👍