💜 Hari Ahad, 28 September 2025 💜
Suami kerja shif malam. Bila suami balik kerja pukul 8 pagi, kami pergi sarapan di Restoran Kak Za. Hujung minggu biasanya tidak IF.
![]() |
| Sarapan saya. |
Saya tak ambil nasi. Makan lauk je. Ambil ikan keli goreng, tauhu bersambal seketul dan sayur taugeh.
Tengahari, di rumah, saya masak maggi goreng. Guna maggi kosong, yang ada jual ada banyak keping dalam sebungkus tu.
![]() |
| Maggi goreng ada fishcake dan ayam. |
Selepas Asar, kami hantar Hafizan balik poli. Suami sempat beli burger untuk Amirul dan Sulaiman yang tak ikut.
Selamat hantar Hafizan di Ipoh, kami singgah Batu Gajah untuk makan malam. Makan di kedai tomyam sebelah landasan keretapi.
![]() |
| Saya order telur bungkus |
![]() |
| Order tomyam ayam juga |
Kat kedai tomyam tu, lampu dia hijau. Ambil gambar pun nampak hijau.
![]() |
| Suami makan bihun kungfu |
Saya kenyang makan telur bungkus je. Patutnya tak perlu order tomyam. Tomyam suami yang habiskan. Gendut. Alhamdulillah.
Saya kongsikan video ETS lalu masa kami sedang menikmati makan malam.
Saya edit entri ni guna handphone. Kalau ada kekurangan, minta maaf ye.
Kalau saya on computer, saya takut termain Farmville 2: Country Escape.
Ok. Jumpa lagi ye. 🩷






28 Ulasan
Tengok pinggan sarapan Tot, tiba² kita terbayang POV : Aku selepas tengok Bon Appétit Your Majesty, hehhe. Memang betul² dah tak makan nasi ke Tot skrg? Kuat semangat betul.
BalasPadamHehe... tak jugak, SK. Bila keluar, susah tak makan nasi. Sebab makanan sedap-sedap. Kat rumah, boleh tak makan nasi. 🙈
Padamsedap tu nampaknya makanan yg dipesan. jika org Thai yg masak lg sedap tomyam tu!
BalasPadamHehe.. betul Abe Kie.
PadamSedap ni.
BalasPadamAlhamdulillah. Sedap, Mak Lin.
Padamsalam kenak, saya pun dah follow awak... best jalan2 sambil makan. saya biasa kalau gi jalan jarang saya diet. belasah je makanan. dah balik rumah baru diet balik hehheh
BalasPadamTerima kasih, follow blog saya.
PadamHehe.. itu biasa. Susah nak tahan bila di luar tu, banyak makanan sedap-sedap, kan.
Selamat berhujung minggu ya
BalasPadamTerima kasih, Cikgu.
PadamTelur bungkus tu isinya ayam dan sayuran ya? Saya cuma tau order telur dadar 😄
BalasPadamHa ah, Ujie. Ada ayam dan sayur di dalam telur.
PadamHari cuti biasanya ginilah...jalan-jalan cari makan.
BalasPadamBetul, betul. 😊
PadamMaggie goreng simple macam tu pun dah cukup sedap .. kenyang
BalasPadamAlhamdulillah, CCL.
Padamtak suka jugak makan kt kedai yg lampunya selain oren2 atau putih ni. rasa sakitt mata
BalasPadamItu la. Kelam jer dalam kedai.
PadamMenu kung fu ni memang menyihatkan.
BalasPadamDan sedap juga. 😋
Padamsuka menu kungfu tp slalunya pilih kuehteow
BalasPadamBoleh try lain kali, kuetiau kungfu. Selalu order bihun je.
PadamMenu kungfu fav SA, tapi pilih mee kuning..kalau dania dia suka kuetiaw
BalasPadamPendek kata, kalau menu kungfu, memang sedap ya, SA.
PadamMenikmati makan malam sambil tengok ETS lalu ye. Jarang-jarang orang ada pengalaman macam ni. Best kan Tot
BalasPadamHaha... tapi laju sangat, dan kekerapan pun kurang. Dulu masa saya tinggal Seri Iskandar, pernah makan tempat sama, siang-siang dapat tengok keretapi panjang lalu. Anak-anak suka la, masa tu deme minat Thomas & Friends.
PadamHahahah saya pun paling sebal kalo makan di tempat yg pakai lampu kuning, merah atau hijau atau remang. Tak bagus semua gambar jadinya 🤣. Susah untuk lighting nya kan.
BalasPadamSedaaap agaknya telur bungkus itu kak. Saya suka bikin juga, biasa pakai tambahan jamur champignon, bawang Bombay, sedap memang. Kenyang makan tanpa nasi
Iya Fanny. Tapi apa mahu buat, asalkan ada gambar, ok la, boleh dilihat walaupun kelihatan hijau. Haha..
PadamAkak langsung google apa itu jamur champignon. Oh, cendawan butang rupanya. Hehe.. betul, betul, makan telur bungkus saja sudah kenyang. Protein dalam dan di luar. Apa lagi kalau di kedai, dalam telur bungkus, ada ketulan ayam.