Mi goreng dan ayam kicap

 💜 Tarikh: Jumaat, 12 September 2025 💜

Pagi-pagi buta, masak mi goreng.

Mi goreng simple
Mi goreng simple.

Letak isi ayam dan fish cake sikit. Guna Gardenia Numee.

Sarapan saya.
Sarapan saya. 

Mi goreng suku pinggan. Scrambled egg suku pinggan. Sayur timun dan tomato separuh pinggan.

Dah ada mi goreng, tapi masak juga satu lauk untuk tengahari. Sebab nasi putih pun masak juga. Pada tarikh tersebut, Amirul ada dirumah. Hafizan pula on the way balik ke rumah. Jadi, dikhuatiri mi goreng sahaja tidak cukup untuk menampung makan anak beranak.

Ayam kicap
Ayam kicap.

Untuk lauk tengahari, saya masak ayam kicap, letak kentang dipotong wedges. Ini, tiru style SK. Ayam kicap saya nampak kurang menarik pula, sebab saya tak goreng ayam dulu. Masuk jer, bubuh air banyak dengan kicap. Masak dengan api perlahan hingga ayam empuk.

Esoknya, sudah mula lah cuti sekolah seminggu tu. Kerja saya, masak jer. Budak Amirul tu, bertapa dalam bilik. Tapi, boleh dengar dia bercakap dengan orang. Main game la, apa lagi. Bila lapar jer, keluar bilik tanya, ada makan apa? Anak bertuah. 

Okay. Jumpa lagi, ye. 💗

Catat Ulasan

28 Ulasan

  1. Anak dah besar kan Nur...sama macam Dania..balik je memerap dalam bilik..lapar baru keluar...

    BalasPadam
  2. sama macam abang Mu'az...tapi, kalau nampak Linda dalam bilik, semua akan datang mengendeng...hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ooo... dia orang nak bermanja la tu, dengan maknya.

      Padam
  3. samalah mcm anak2 pompuan sy. memerap dlm rumah je bila cuti sem. Keluar bila nak makan n tgok TV je...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha... maknya kena selalu panggil la, Abe Kie, ajak nolong di dapur. 😁

      Padam
  4. Kalau malas, memang masak ayam tak goreng dulu. Masak sampai pekat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, Mulan, saya buat camtu la. Nak goreng dulu, ambil masa pula.

      Padam
  5. Saya dulu, masak ayam kicap mesti letak hirisan kentang yang dah digoreng. Ikut style masakan family saya. Tapi lama-lama tak letak, terus lupa style gitu 😄

    Baca blog Dana, ada mi goreng. Kat blog Tot pun ada mi goreng. Macam memanggil kita masak mi goreng pulak 😀

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe.. boleh lupa ya, Ujie.
      Sila, sila, Ujie. Ujie berdua, boleh makan satu hari. 😁

      Padam
  6. Itu dia, pagi² dah siap masak mi goreng, siap masak nasi untuk makan tengahari dengan ayam masak kicap letak kentang banyak², hehehe. Tengok pinggan Tot, macam makan buffet hotel tu, terliur kita menengoknya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha.. kita takde peluang pi hotel. Itu yang buat scrambled egg ala ala hotel. Buat kosong, pastu tambah black pepper on top. Chewah..

      Padam
  7. Sy pun kalau anak⁴ ada di rumah, lepas bekfes terus sambung masak tengahari. Malas nak masuk dapur 2-3x

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kann, PH. Haruslah sediakan makanan siap-siap. Nanti boleh rileks lepas siap masak.

      Padam
  8. Eh dah mula cuti sekolah ke? Saya ingat minggu depan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cerita bulan lepas ni, NA. Lama save dalam draft, baru published. 😊

      Padam
  9. anak saya yang lelaki pun macam tu....asyik dengan game. Tapi tau pulak dengan perut lapar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha... lumrah anak-anak bujang zaman sekarang.

      Padam
  10. Mee goreng tuh buat teringat pada mee goreng sekolah yang legend. Anak-anak bila makin besar memang akan asyik dengan game kan. Tot sekarang sudah mulakan eat clean ye. Chaiyok chaiyok ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe.. mi goreng kosong je, KSarie.
      Mekasih, KSarie. Saya nak makan real food only. Kenalah jaga, takut ujian darah terbabas lagi.

      Padam
  11. sedapnya mee goreng!
    amboi cuti sem memang sakanlah anak2 bujang main game dalam bilik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, sedap, Mazni.
      Itu la, dok bertapa dalam bilik. Keluar bila lapor jer.

      Padam
  12. Ibu yang bertanggungjawab..sentiasa peka pada makan anak2 dan suami serta sekeluarga..teruskan..ikhlas dan tiada keluhan..Saham akhirat tersirat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih, Cikgu. Saya cuba, Insya-Allah.

      Padam
  13. Saya pun kalo masak ayam kecap nih malas goreng kak. 😅😅. Pertama tak suka kena percikan minyak, kedua supaya lebih sehat juga, tak kena minyak goreng 😁🤭🤭. Memang jadi pucat , tapi sedap juga kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu la. Sedap juga, walaupun tidak digoreng dulu. Alhamdulillah.

      Padam
  14. sama la dgn Iris, dok dlm bilik je....

    BalasPadam