Saturday, October 25, 2025

Pergi Ipoh, singgah sarapan Seri Iskandar

Assalamualaikum, semua..... Semoga pembaca semua dalam keadaan sihat-sihat dan ceria.

Entri kali ini, saya nak cerita tentang perkara yang berlaku pada hari Khamis, 16 Oktober 2025 yang lalu. Saya dan suami nak pergi Ipoh, ambil budak Hafizan di Poli. Ha ah, sungguh bertuah budak Hafizan itu. Nak balik, kami ambil. Habis cuti, kami hantar semula. Setakat ini, dia tak pernah lagi balik sendiri naik bas, walaupun sudah semester 3, dan saya sudah terangkan cara macamana nak balik naik bas dari Ipoh ke Manjung. Saya sendiri pernah naik bas dari Ipoh, beberapa kali. Takpe la tu, nanti-nanti seru dia datang, pandailah budak tu kan.  

Pukul 9 pagi, kami bertolak dari rumah. Kami singgah di Seri Iskandar, sarapan di Warung Cha. Blogger KSarie (Bidasari) ada share tentang cafe ini di entri ini 👉 Tempat Mengopi Perak 2025 Warung Cha, Bandar Seri Iskandar, Perak.

Terpengaruh tengok tempat lawa, gambar makanan sedap, kami pun singgah ler.

Ada model kereta F1 sebagai hiasan dinding di Warung Cha, Seri Iskandar
Ada model kereta F1 dekat dinding.

Masuk-masuk cafe, terus ke kaunter, buat pesanan. Bayar, dan cari tempat duduk. Ada dua bahagian tempat duduk. Agak luas cafenya. 

Selesa untuk mengopi dan makan di Warung Cha, Seri Iskandar
Tempat yang selesa untuk makan.

Ada aircond. Sejuk. Kopi sedap.

Nasi lemak dalam pinggan klasik
Nasi lemak dalam pinggan klasik.

Suami order nasi lemak rendang daging dan americano ais. Lupa ambil gambar kopi suami. Cukup rasa nasi lemak dia. Rendang daging agak pedas sikit, tapi sedap.

Big breakfast di Warung Cha, Seri Iskandar
Saya order big breakfast.

Betul seperti KSarie buat ulasan. Memang sedap, dia punya big breakfast. Kenyang. Cukup rasa segala. Ada hashbrown, sosej, kepingan daging, cendawan, baked beans, baby tomato, scrambled egg dan roti bakar dua keping. 😋 Alhamdulillah. 

Kopi hazelnut panas di Warung Cha, Seri Iskandar
Kopi hazelnut panas untuk saya.

Dia bagi butter cookie seketul. Cantik betul kopi art dia. Kemas je. Macamana nak minum kopi cantik-cantik macam ni? Nak kacau pun tak sampai hati. Nikmat sungguh dapat pekena kopi hazelnut panas. Syorga! 😋😍

Secara keseluruhan mengopi dan makan di Warung Cha sangat memuaskan hati saya. Boleh repeat makan sini lagi lain kali, untuk cuba menu lain pula.

Harga berpatutan di Warung Cha, Seri Iskandar
RM41.70 jumlah harga sarapan.

Alhamdulillah, dapat sarapan sedap di tempat yang selesa. 

Selesai sarapan, kami teruskan perjalanan ke Ipoh untuk ambil Hafizan.

Anak kedua saya
Anak bertuah.

Masa ni, ambil anak sempena cuti Deepavali sampai minggu berikutnya. Cuaca cerah dan cantik.

Kome buat apa di hujung minggu ni? Semoga segala urusan anda semua dipermudahkan ya.

Jumpa lagi. 💗

29 comments:

  1. wah.. pinggan nasi lemak tu klasik..bunga kangkung. nostalgia pulak rasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, kan. Pinggan orang kampung dolu-dolu. 😊

      Delete
  2. memang prince betullah hafizan ni xD dia tau parents duduk dalam perak jugak, tu yg malas nak naik bas kot hehe.
    nampak sedap big breakfast tu. murah jugak harga rm14.90 je!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknya, kan. Takpe la, kita layankan je.
      Kann... sedap, berbaloi sangat, Mazni. Alhamdulillah.

      Delete
  3. Nak kena berjemput dan berantar ye anak soleh ni hehe... Belum ada geng satu bas/destinasi kot Nur...
    Sedap dan mengenyangkan big breakfast tu 👍🏻

    ReplyDelete
  4. Terima kasih perkongsiannya Nur. Nanti jalan- jalan ke rumah Abang Farid bolehlah menyinggah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama, kak. Boleh, sesuai dan selesa untuk satu keluarga makan dan mengopi.

      Delete
  5. Cikkak x dtg majlis Pulara kt Lumut mlm ni last.. hehe, jgn ckp wak x bgtau sbb byk banner gantung kt tepi jln tuuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih, bagitahu, Wak. Ada nampak banner banyak tergantung, cuma saya kurang minat event ramai orang macam tu. Anak ajak pergi funfair kat Marina. Entah la, malas bebenor, Wak.

      Delete
  6. Ok sangat tu kalau makan di cafe harga macam tu.. nampak cantik design dalama cafe tu.. insyalah ada rezeki ke sana boleh la singgah.. seronok la pergi balik diambil dan dihantar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la, boleh repeat lain kali bila lalu nak ke Ipoh.
      Hehe.. itu la, beruntung sungguh anak tengah ni.

      Delete
  7. Wak pun sama, kalau mandu jauh2 mesti cari kopi untuk ilangkan ngantuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann... baru lah segar biji mata dah dapat kopi.

      Delete
  8. Mujurlah masih sama negeri, tak jauh tiap kali kena ambik Hafizan.
    Kopi art cantik gitu pun dah buat kita rasa happy tengok, apa lagi rasanya sedap. Memang seronok mengopi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab sama negeri kot, itu yang dia malas naik bas. Huhu...
      Betul, Ujie. Bahagia bila dapat mengopi. 🥰

      Delete
  9. Hehe manja si Hafizan kena ambil. Nasib baik dekat.
    Nampak sedap makanan yang terhidang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la, takpa la. Kita layankan je.
      Alhamdulillah, sedap-sedap belaka, NA.

      Delete
  10. Wahhhhh dah sampai ke Warung Cha ye. Molek kan big breakfast nya😋

    ReplyDelete
  11. Belum sempat lagi nak ke sana..balik deepavali hari tu pun kejap je..next ada rezeki nak pergi juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila, sila, Linda. Orang tua boleh minum kopi. Anak-anak pun ada menu yang dia orang mesti suka.

      Delete
  12. Kalau bisa makan di kafe yg makanan sedap, kopi sedap, memang senaaaang hati 😍😍. Saya langsung drooling liat nasi lemaknya kak. Saya memang dah catat beberapa kafe yg saya nak coba saat nanti di Ipoh 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, dah ada senarai ya, Fanny. Bagus, bagus.

      Delete
  13. Sambal nasi lemak tu legend. Mesti sedap. Telur pun elok je hampir masak penuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap, BK. Cukup rasa. Alhamdulillah.

      Delete