Assalamualaikum semua... Salam hujung minggu...
Entri saya hari ini, sebenarnya bersambung dari entri semalam, yang pergi Ipoh itu. Hari yang sama, iaitu Khamis, 16 Oktober 2025.
Oleh kerana waktu pagi tak sempat on walking pad sebab pergi Ipoh, ambil Hafizan. Jadi, saya keluar petang lepas Asar bersama suami, briskwalk di padang Astaka, Sitiawan. Sebab suami tak kerja. Kalau saya seorang di rumah, memang malas lah nak keluar briskwalk.
![]() |
| Dapat jalan setengah jam. |
Hujan mula turun. Kami pun balik la. Alhamdulillah, dapat juga briskwalk, walau sekejap.
Ada beberapa tempat yang sesuai untuk briskwalk. Tapi, Padang Astaka Sitiawan ini tempat kegemaran kami. Sebab padang luas, saujana mata memandang. Terutama bila petang hari mendung, angin pula nyaman rasanya, bertiup. Dapat rehatkan otak juga bila berjalan-jalan ini.
Entri pendek hari ni, sekadar nak kongsi aktiviti berjalan waktu petang.
Tempat kome hujan ke, hari ni? Apa pun aktiviti anda, jaga diri dan keluarga. Selamat, ya.
Jumpa lagi. 💗

Seronok jalan laju kalau cuaca cerah dan berangin.
ReplyDeleteSini cuaca tengah berangin.
Best, kan, NA. Nyaman je, rasa.
DeleteSeronok berjalan di kawasan menghijau ni. KSarie entah bila la hendak mula bersenam ye😅
ReplyDeleteAlhamdulillah, KSarie.
DeleteHehe.. nanti free-free boleh zumba semula. 💪
JB panas teruk hari ini. Bestnya kalau brisk walk time cuaca mendung, kan.. redup jer tapi risau la pulak kalau tiba² hujan lebat, dari brisk walk kena lari laju² pulak.
ReplyDeleteKalau hujan saja, takpa, SK. Takut bila ada kilat tu, terpaksa la tukar gear jadi laju sikit, walaupun lutut dah terpeleot.
DeleteAlhamdulillah..semalam dengan hari nie cerah..jumaat je ada mendung sikit², tapi tak hujan..
ReplyDeleteAlhamdulillah. Boleh la jalan petang-petang ya, Linda.
Deletemoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik..
ReplyDeleteAminnn... terima kasih.
DeleteSemalam (Ahad) seharian tak hujan, panas berdenting!
ReplyDeleteKalau dah rutin kita brisk walk, sehari tak buat rasa lain macam kan, gatal kaki tu nak keluar juga berjalan :)
Hehe.. itu biasa. Tak dapat keluar, dalam rumah pun jadi. 😁
DeleteJakarta lagi hujan terus tiap sore kak. Dan jenis hujan yg deras sangat, bukan yg gerimis.
ReplyDeleteKemarin itu sampai pohon besar tumbang, kena mobil yg lewat. Driver langsung tewas. Ya Allah sedihnya. Ntah apalah kerja para petugas taman jakarta ini.
Waduh... semoga baik-baik saja ya, Fanny.
Deletepantai timur pun dah sipi-sipi nak masuk musim tengkujuh ni kak..
ReplyDeleteIya la kan Afzan. Nak masuk musim tengkujuh.
DeleteWah segar banget pemandangannya. Hijau sejauh mata memandang
ReplyDeleteAlhamdulillah..
DeleteDi LD hari-hari hujan. Rasa nak melingkar dalam selimut sepanjang hari.
ReplyDeleteHehe.. best ya kak, kalau dapat selubung selimut di hari hujan.
DeleteMinggu ni tak hujan lagi sini. Panas terik.
ReplyDeleteSama juga di tempat akak.
Delete