Assalamualaikum semua... harap kome semua sihat sejahtera dan ceria-ceria selalu.
Entri kali ini, saya nak cerita tentang saya dan suami pergi briskwalk pagi Isnin, 20 Oktober yang lepas. Hari cuti umum, iaitu Hari Deepavali. Hari sebelumnya, hujan. Guruh dan kilat berdentam dentum. Waktu tengah malam pukul 12, bunga api dan mercun meletup atas bumbung rumah. Meriah sungguh deme beraya, ya. Masa orang nak tidur la, deme pergi bakor mercun.
Pagi itu, saya pergi briskwalk di Padang Astaka, Sitiawan. Cuaca mendung macam nak hujan. Baguslah, tak panas.
![]() |
| Kucing lepak tepi padang |
![]() |
| Gambar diambil hujung padang |
Lawa langit pagi itu. Cuti umum, ramai juga orang berjalan di padang. Yang bawa seisi keluarga pun ada.
![]() |
| Briskwalk selama 1 jam 18 minit, jarak 6.11 km. |
Dua setengah pusingan padang, saya berjalan, sampai cukup 10 ribu langkah.
Ada dengar bunyi guruh di kejauhan. Balik ke tempat parking kereta, suami saya tengah tidur dalam kereta. Dia baru habis kerja pukul 6 pagi tapi teman saya briskwalk juga. Cuma tak perasan bila dia hilang di padang. Mula-mula jalan sama-sama. Lepas tu, dia berjalan sambil tengok handphone. Dia slow, saya makin laju. Lepas tu dah hilang.
Suami kata, dia jalan 3 km juga.
Saya order kopi melalui aplikasi Zus. Pickup di cawangan Sitiawan.
![]() |
| Zus cawangan ni besar. Refuel dengan kopi. |
Boleh lepak sini lain kali. Tak ada orang pun, pagi-pagi hari cuti.
![]() |
| My daily dose of coffee |
Alhamdulillah. Sudah 2 hari minum kopi hazelnut. Hari ni, kembali ke americano kosong.
Saya tengok kalendar, hari Jumaat ni, cuti umum negeri Perak, sempena Hari Keputeraan Sultan Perak. Long weekend la orang Perak. Jangan jeles... hehe.
Jumpa lagi, ye. 💗





lps briskwalk layan kopi fav tenang tu
BalasPadamHa ah, nikmat!
PadamOK..Sy jeles la sbb teman pun org perak jgk...Tp tak cuti =D
BalasPadamAlo lo lor... takpe takpa, lain kali boleh amik cuti sendiri ya. 🤭
Padamammi ni dah lama tak briskwalk...last dngan anak buah 2 hari sebelum deepavali. pastu angan2 je lebih.
BalasPadamEh, samalah. Ini pun kejadian masa Deepavali. Lepas tu, tak pergi pergi dah. Haha...
Padamuntungler orang perak. orang selangor punya next cuti umum masa bulan 12 nanti, huhu
BalasPadamHehe.. sabor, sabor, nanti cuti, ya.
PadamSA ni lagi la..hari2 jalan jauh ke MRT, dari MRT ke office, dari office ke MRT, almost berjalan aje...belum naik turun office lagi
BalasPadamBagus tu, SA. Exercise, badan jadi sihat. 💪👍
PadamSaya harapkan 'briskwalk' berjalan di ladang, naik tangga turun tangga saja. Dapatlah sedikit langkah, ulang-ulang dari pagi sampai habis sesi persekolahan. Itu jew mampu dibuat hihihi.
BalasPadamOk la tu, kak Amie. 👍
PadamLamanya tak BW. Jalan atas walking pad pun malas sekarang ni. Tolong seru sikit kerajinan ni tot 😆
BalasPadamSemoga Cie rajin briskwalk fuuhh fuuuh fuuhh... nak hamik ni... saya kasi. 😁
PadamWak pon tumpang cuti jumaat ni walopon wak bukan org Perak naa.. 😃😃
BalasPadamSilakan, Wak. 😁
PadamAmericano memang pilihan terbaik, lebih-lebih lagi lepas briskwalk
BalasPadamYe, Encik. Minum kopi atau teh panas kosong memang nikmat rasa, pagi-pagi.
PadamOkeh! Uncle nak jeles jugak!
BalasPadamHehehe....
PadamWak cuma larat slow walk aje
BalasPadamLagi slow lagi bagus Wak, bakor lagi banyak kalori.
PadamHari jumaat nie, sempena orang pErak tapi bekerja di Selangor .Linda pun ambil cuti juga..kikiki..
BalasPadamMasa Deepavali tu Linda tido dekat Tronoh, takde dengar bunyi mercun pun
Hehehe...
PadamBagus la. Kawasan akak sini memang meriah, sama-sama naik gitew, apa jenis perayaan pun, malam-malam mercun KLCC segala ada. Huhu...
Kiter park jauh2 jadi briskwalk pagi dan petang masa pergi dan balik kerja. hehehehe
BalasPadamBagus tu, kak. Exercise juga tu.
PadamSini meriah juga bunyi mercun masa Deepavali.
BalasPadamIngat esok nak jalan laju. Insya Allah.
Selamat berjalan laju, NA. 💪
PadamSeronok tengok Tot yang semangat briskwalk. Bestnya ada kopi selepas bersenam
BalasPadamPaksa diri juga, KSarie. Nak mula keluar tu yang payah. Bila dah ada di lokasi, jalan jer.
PadamMemang nikmat dapat pekena kopi, umpama bagi penuh balik bateri badan yang hampir habis sebab banyak berjalan.
Saya terkejut jam 3 pagi dan hampir subuh tu bunyi meletop. Kita dah risau kot ada apa-apa bencana ke. Rupanya depa main bunga api tak sudah lagi. Sakan betul depa.
BalasPadamLuas padangnya puas hati terus dapat 10 ribu langkah. Saya pun dah tak minum hazelnut latte. Sekarang pilih latte je, cut sugar.
Bapakk, dekat nak subuh pun boleh bakor mercun lagi, ye. Sabor je la.
PadamBagus, Fizah. Slow-slow kan, kita cuba. 👍💪
Kemarin di Ipoh saya banyak berjalan. Total 1 hari ada 10 km, 17k langkah. Sukaaaa dengan jalanannya, sebab sepi, tak banyak mobil. Dan cuaca mendukung. Tak panas sangat.
BalasPadamWalaupun sore biasa hujan 😄.
Masya-Allah, banyak tu, Fanny. Sampai 10km Fanny berjalan di Ipoh. Wow! 💪👏👏
PadamYe la, di Ipoh, sering hujan petang. Ada sesetengah jalanraya dinaiki air, especially jalan nak ke Politeknik.