Wednesday, November 5, 2025

Brisk walk hari cuti umum

 Assalamualaikum semua... harap kome semua sihat sejahtera dan ceria-ceria selalu. 

Entri kali ini, saya nak cerita tentang saya dan suami pergi briskwalk pagi Isnin, 20 Oktober yang lepas. Hari cuti umum, iaitu Hari Deepavali. Hari sebelumnya, hujan. Guruh dan kilat berdentam dentum. Waktu tengah malam pukul 12, bunga api dan mercun meletup atas bumbung rumah. Meriah sungguh deme beraya, ya. Masa orang nak tidur la, deme pergi bakor mercun. 

Pagi itu, saya pergi briskwalk di Padang Astaka, Sitiawan. Cuaca mendung macam nak hujan. Baguslah, tak panas.

Kucing lepak tepi padang
Kucing lepak tepi padang

Langit pagi di Padang Astaka, Sitiawan
Gambar diambil hujung padang

Lawa langit pagi itu. Cuti umum, ramai juga orang berjalan di padang. Yang bawa seisi keluarga pun ada. 
Rekod aktiviti briskwalk menggunakan aplikasi Garmin Connect
Briskwalk selama 1 jam 18 minit, jarak 6.11 km.

Dua setengah pusingan padang, saya berjalan, sampai cukup 10 ribu langkah.

Ada dengar bunyi guruh di kejauhan. Balik ke tempat parking kereta, suami saya tengah tidur dalam kereta. Dia baru habis kerja pukul 6 pagi tapi teman saya briskwalk juga. Cuma tak perasan bila dia hilang di padang. Mula-mula jalan sama-sama. Lepas tu, dia berjalan sambil tengok handphone. Dia slow, saya makin laju. Lepas tu dah hilang.  

Suami kata, dia jalan 3 km juga.

Saya order kopi melalui aplikasi Zus. Pickup di cawangan Sitiawan.

Zus cawangan Sitiawan
Zus cawangan ni besar. Refuel dengan kopi.

Boleh lepak sini lain kali. Tak ada orang pun, pagi-pagi hari cuti.

Sedap minum americano panas Zus
My daily dose of coffee

Alhamdulillah. Sudah 2 hari minum kopi hazelnut. Hari ni, kembali ke americano kosong.

Saya tengok kalendar, hari Jumaat ni, cuti umum negeri Perak, sempena Hari Keputeraan Sultan Perak. Long weekend la orang Perak. Jangan jeles... hehe.

Jumpa lagi, ye. ๐Ÿ’—

9 comments:

  1. lps briskwalk layan kopi fav tenang tu

    ReplyDelete
  2. OK..Sy jeles la sbb teman pun org perak jgk...Tp tak cuti =D

    ReplyDelete
  3. ammi ni dah lama tak briskwalk...last dngan anak buah 2 hari sebelum deepavali. pastu angan2 je lebih.

    ReplyDelete
  4. untungler orang perak. orang selangor punya next cuti umum masa bulan 12 nanti, huhu

    ReplyDelete
  5. SA ni lagi la..hari2 jalan jauh ke MRT, dari MRT ke office, dari office ke MRT, almost berjalan aje...belum naik turun office lagi

    ReplyDelete
  6. Saya harapkan 'briskwalk' berjalan di ladang, naik tangga turun tangga saja. Dapatlah sedikit langkah, ulang-ulang dari pagi sampai habis sesi persekolahan. Itu jew mampu dibuat hihihi.

    ReplyDelete
  7. Lamanya tak BW. Jalan atas walking pad pun malas sekarang ni. Tolong seru sikit kerajinan ni tot ๐Ÿ˜†

    ReplyDelete
  8. Wak pon tumpang cuti jumaat ni walopon wak bukan org Perak naa.. ๐Ÿ˜ƒ๐Ÿ˜ƒ

    ReplyDelete
  9. Americano memang pilihan terbaik, lebih-lebih lagi lepas briskwalk

    ReplyDelete