Pada 9 Januari 2026 yang lepas, saya dan suami pergi jalan-jalan cari tempat sarapan sedap. Ye, kami dua-dua rasa malas untuk keluar berjalan pagi. Ayuh, jomlah kita pergi makan, lagi syok! 😁
Tak mahulah makan tempat dekat-dekat. Jom kita pergi jauh sikit. Buat carian Google, tempat sarapan sedap di Seri Iskandar, Perak, lalu cafe ini keluar dalam senarai.
![]() |
| Makan Pagi D'Cafetiam |
Pertama kali kami datang sini. Pernah nampak, tapi tak pernah singgah. Kami pernah tinggal di Seri Iskandar, Perak, ini lama, bertahun-tahun dulu, sebelum sekarang tinggal di Manjung. Ater... jomlah kita masuk tengok makanan apa ada.
Ada pakcik sedang buat roti canai di luar cafe. Senyum saja, bila tengok kami pilih tempat duduk di luar atau di dalam. Pakcik kata, kejap lagi meja luar itu jadi panas, jadi kami pun pilih tempat di dalam cafe.
![]() |
| Meja kuih-muih dan hidangan lauk pauk. |
Dekat meja lauk di sinun, semasa dalam perjalanan ke meja, saya nampak ada pulut kuning dan rendang, kome. Nampak sungguh menarik dan sedap. Tapi saya cuba itu lain kali la, ye. My feveret tau, pulut kuning dengan rendang. 😋 Eh, baru perasan masa upload gambar di blog, ada mesin jahit rupanya di tepi, atau sebenarnya di belakang saya duduk.
![]() |
| Almari zaman dulu, ada set teh lama. |
![]() |
| Saya pesan kopi o panas kosong. |
Diberi sekali dua keping biskut untuk cicah kopi. 😋 Rasa macam makan kat kampung saja. Sebab cawan dan pinggan cafe guna, semua lama-lama punya design. Suami minum air suam je.
![]() |
| Suami pesan nasi goreng cabai kering. |
Ada keropok dan telur mata dalam hidangan nasi goreng cabai kering. Sayang, keropok itu sedikit lemau. Kurang rangup. Nasi ok. Tapi macam kurang rasa sikit.
![]() |
| Saya pesan bihun goreng miker. |
![]() |
| Ada budak bulu pula nak tumpang bermanja. |
![]() |
| Kuih koci, kasturi, sagu dan puteri ayu. |
Ambil kuih juga. Semua kuih orang lama belaka di cafenya. Sedap-sedap. Alhamdulillah.
![]() |
| Keratan rentas kuih koci |
Bolehlah datang semula ke cafe ini lain kali. Sebab nak cuba pulut kuning dengan rendang itu. Baca review, ramai cakap sedap.










Macam nampak kedai nya bila ronda² dekat seri Iskandar nun.. kami masih proses masuk lorong sini .keluar lorong situ.. hihihi
ReplyDeleteBest la cafe gini... Tenang. Pastu menu style kampung, sy suka
ReplyDelete