Saturday, February 14, 2026

Aktiviti di Kelantan

Camana nak bagi habis cerita bulan Januari ini, sedangkan kita sudah dua minggu di bulan Februari. Mungkin saya perlu update lebih banyak entri dalam satu hari. Nantilah saya usahakan. Tapi masa itu sangatlah terhad. Huhu...  

Ahad, 25 Januari 2026 - Sambung cerita roadtrip Pantai Timur. Selepas sarapan di hotel, kami balik kampung suami di Tumpat. Tumpat dengan Kota Bharu, tidaklah jauh. Kurang 20 minit, lebih kurang, sampailah kami ke kampung suami. 

Ziarah kubur ibu mentua
Tengok Mek dulu

Lepas tengok Mek, kami ke rumah Pok Wi, abang sulung suami. Orang tua sudah tak ada di kampung. Tinggal adik beradik saja. Pok Wi pula kurang sihat, baru keluar hospital. Senyap sunyi rumah Pok Wi bila kami sampai. Kena bagi salam banyak kali, baru Kak Yah buka pintu. Kak Yah, isteri Pok Wi, sebelum ini berniaga di Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu. Tapi sejak suaminya uzur, tutup sementara kedai di pasar. Pok Wi kata lain kali tak perlu sewa hotel, duduk saja di rumahnya, sebab bilik banyak kosong. 

Lama juga kami di rumah Pok Wi. Sembang. Kak Yah siap buat air, padahal sudah cakap yang kami sudah sarapan. Pok Wi masuk hospital sebab tekanan darah rendah, jadi selalu pitam. Sama macam arwah Mek. 

Saya tak ada ambil gambar, di rumah saudara. Minta maaf.

Minta diri dulu, sebab nak pergi rumah Jirah pula. Jirah adalah kakak bongsu suami. Jirah sedang memasak di dapur, bila kami sampai. Tak lama, sembang sekejap, bertanya khabar, dan beri keropok yang kami beli di Kuala Terengganu pada setiap rumah yang kami lawati. 

Habis tau, keropok yang dibeli di Kuala Terengganu, kami sedekah pada saudara-mara di kampung. Tapi nak tahu tak.. yang magiknya, saya dapat balik keropok itu selang dua minggu kemudian, waktu saya pergi kenduri di Tanjung Karang. Ada teman dari Kuala Terengganu beri sepaket besar keropok ikan tamban dan sepaket keropok lekor. Masya-Allah... rezeki, Alhamdulillah.

Lepas kami ke rumah Jirah, ke rumah Mek Yah pula. Mek Yah adalah kakak suami yang paling rapat. Lokasi rumah pun seberang jalan saja dari rumah arwah Mek. Mek Yah baru balik umrah, semasa bulan Oktober tahun lepas. Ada lagi air zam zam botol besar yang Mek Yah bawa balik. Jadi, sempatlah merasa air zam zam sikit. Alhamdulillah. 

Ramai lagi adik beradik suami. Tapi kami tidaklah pergi ziarah semua. Mana sempat saja. Kemudian, kami balik hotel, kemas apa patut dan checkout.

Terus bertolak balik Perak. Terus balik rumah ke camana? Hehe... sambung di lain entri.

Jumpa lagi, ya. 💗

3 comments:

  1. Kena buat 2-3 entri sehari ni kak nur br habis cerita bulan Januari.. hehehe

    ReplyDelete
  2. terbaik betul kerana masih ada budaya mengunjungi saudara mara ini...murah rezeki dan panjang umur tau...amat digalakkan dalam agama Islam

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah sambung silaturrahmi dengan adik-beradik suami.
    Rezeki dapat lagi keropok lekor.

    ReplyDelete