Sabtu, 24 Januari 2026 - Penginapan di hotel, termasuk dengan sarapan. Kami turun dalam pukul 7 pagi lebih kurang. Orang belum ramai. Saya ada nampak banner yang buffet sarapan di hotel dibuka untuk orang luar juga, dengan harga berapa, saya sudah lupa. Jom tengok kami sarapan apa pagi itu.
![]() |
| Roti bakar sekeping dan telur separuh masak. |
Suka ya, kalau duduk hotel, makan roti bakar. Kalau di rumah, tak makan roti bakar pula. Kih kih... saja suka letak roti dalam pembakar besar itu dan tengok ia berjalan. 😁 Sebenarnya, tempat orang ambil nasi, ada orang, tempat roti tak ada orang, itu yang saya tuju di bahagian roti dulu.
![]() |
| Nasi dagang gulai ikan tongkol |
Nasi dagang dia memang torrrrrbaik! 😋👍 Tak tahu nak cakap apa dah. Sedap, cukup rasa segala. Ini pinggan suami. Tapi, saya ambil tax sikit la, nak rasa juga. Setakat ini, kami makan nasi dagang di pasar malam dan tepi jalan Dungun sedap, di hotel pun sama sedap.
![]() |
| Nasi goreng dan kentang goreng |
![]() |
| Kopi o dan jus orange |
Kopi o yang disediakan tiada gula. Walaupun sudah siap dibancuh dalam bekas, dan mereka tiada coffee machine. Baguslah, sebab kami memang minum kopi tanpa gula. Kalau nak, tambah sendiri, ada disediakan.
Jus orange tu, kordial. Bukan perahan jus segar dari buah. Boleh rasa. Ok ler. Eh, minum air manis juga ni. Ha ah. Bila makan di hotel, tak ada pantang-pantang manis ke kosong ke. Pantang lihat saja. Ambil apa yang teringin dan tak masak di rumah.
Hotel tiada stesen telur yang biasanya tukang masak tolong masak scrambled egg atau omelette atau telur mata. Tapi, ada stesen goreng-goreng celup tepung panas-panas, di situ. Wah, menarik juga.
![]() |
| Ambil keledek, cucur dan pisang goreng. |
Makan benda panas-panas sambil menghirup kopi panas memang marbeles lah, ye! Alhamdulillah syukur nikmat.
![]() |
| Mi campur bihun sup |
Suami rajin pergi celur mi dan bihun di stesen mi. Sedap juga.
Ada juga bubur atau nasi air. Disertakan sekali segala jenis bahan tambahan yang boleh masuk dalam bubur. Tapi kami tak makan bubur pagi itu. Kenyang sudah.
![]() |
| Ambil puding roti |
Puding roti dia sedap juga. Semua la sedap pada tekak kami, Alhamdulillah. Ada orang pernah cadang kalau datang ke KT, jangan ambil hotel dengan sarapan, sebab pergilah cuba Nasi Dagang Atas Tol yang popular itu. Tempat itu memang sentiasa dipenuhi orang. Kata kawan suami semalam, kalau nak makan situ, kena solat subuh di masjid berhampiran dan terus pergi ke kedai selepas solat, sebab kalau lewat, memang beratur panjang. Dia juga kata, nasi dagangnya so-so je. Selalu macam tu lah kan, kalau tempat viral, rasa makanan sebenarnya biasa-biasa saja, mungkin orang nakkan suasana jer.
Tak apa, sarapan mana-mana pun ok. Lepas sarapan kami ke mana?
Sambung lain entri. Jumpa lagi, ya. 💗







No comments:
Post a Comment