Wei... tak habis lagi cerita bulan Januari, kome... 😁 Tak peduli, walaupun sudah lama berlalu, nak post juga.
Selasa, 27 Januari 2026 - Home sweet home. Berjalan roadtrip sangat enjoy. Tapi duduk rumah juga, hati rasa aman tenteram. Pada pagi Selasa itu, suami ada kerja. Dia ada aktiviti bersenam angkat beban di pejabatnya. Suami campak saya di padang Astaka, Sitiawan, dalam perjalanan nak ke officenya.
![]() |
| Langit pagi |
Sorang-sorang la kita, berjalan slow-slow. Bagus la. Sebab kome tahu tak, balik dari roadtrip, berat saya naik 2 kilo? Huwaaaa......
Kembalilah kita ke menu sihat (sihat la sangat) ya. Hentikan manis dalam air, lebihkan manis dalam senyuman.
![]() |
| Berjalan selama 1 jam 20 minit, dengan jarak 6.69 kilometer. |
Berjalan sekejap. Slowjogging sekejap. 3 pusingan, pusing padang, sebelum suami datang ambil saya semula lepas dia habis aktiviti. Alhamdulillah.
Lepas bakar kalori, top-up balik kalori. Kami pergi sarapan di PAKAR (Pasar Komuniti dan Karavan) Manjung.
![]() |
| Roti jala cicah kuah kari |
Ini hidangan sampingan. Kongsi makan berdua. Roti jala lembut, kuah kari pun cukup rasa.
![]() |
| Pinggan suami |
Suami saya makan nasi goreng dengan sambal paru.
![]() |
| Pinggan saya |
Saya makan nasi goreng ayam. Lepas makan, rasa nasi gorengnya sedap. Pesan menu sama untuk Sulaiman di rumah.
Syukur Alhamdulillah. Kembali kepada rutin biasa di rumah.
Jumpa lagi, ye. 💗





No comments:
Post a Comment